Saturday 25 June 2011

hampa bukan?


ASSALAMUALAIKUM



Pernah tak awak rasa seperti awak menyesal mengenali seseorang? Mungkin awak pernah berjumpa dan mengenali seseorang yang mungkin awak rasakan mampu membantu, menyelami dan sentiasa ada dengan awak namun, semua itu palsu. Setelah berbulan mengenali dan berkongsi suka duka, dia hilang entah kemana. Bayangan dan senyuman manisnya hanya tinggal angin dingin dan rasa pahit ditekak serta jarum kecil yang menusuk-nusuk dada. Kemana dia menghilang? Dahulu kemana sahaja awak pergi dia ambil tahu, kemana sahaja awak mahu pergi, dia mahu ikut. Adakah itu sifat sebenarnya sayang atau sekadar pura-pura kerana melindungi niat sebenar di hati?


Kadang-kadang awak tertanya-tanya berbaloikah semua yang awak lakukan untuk dia? Berbaloikah masa yang di buang untuk beristirehat dan sepatutnya di isi bersama-sama keluarga dan rakan di isi hanya untuk bersama-sama dengan dia. Berbaloikah segala kejujuran dan keikhlasan yang dihulurkan atau semuanya bakal dilupakan dan tak dipedulikan langsung. Berbaloikah membuat dia gembira dan berkorban segalanya jika akhirnya ditinggalkan dan tak dianggap kawan mahupun seseorang yang pernah hadir dalam hatinya?


Bagaimana dengan hati awak apabila seruan jahat menghasut awak untuk membencinya kerana sikap pura-pura dan ketidak-endahannya. Dia seperti manusia tanpa hati. Dia tak pernah endahkan awak, mengapa awak masih menunggu dan mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Awak mahukan kebahagiaan, jadi mengapa awak menunggu kesedihan kembali? Dia bersikap tidak adil? Ya, mungkin dia tidak adil tetapi awak mampu bersikap adil pada diri sendiri dengan menyayangi hati awak dan jangan biar ia terluka lagi.


Walaupun kenangan manis awak dan dia, disimpan kemas tanpa habuk dalam peti kaca emas tapi awak pastikah dia berbuat yang sama? Dia mungkin hanya pencinta janji palsu dan bertopengkan keimanan untuk menutup keinginan nafsunya dan kegembiraannya permainkan hati manusia. Kenangan awak dan dia telah lama dia campak ke laut tanpa sedikit pun belas kasihan rintihan janji itu pinta disimpan semula ke dalam hatinya.


Biarkan dia dengan hidup dia. Dia tak pernah berusaha masuk ke dunia awak. Mengapa awak berusaha memasuki dunianya yang tak pernah dia jemput untuk awak. Dia menutup rapi pintu dan tingkap hatinya. Dia keras hati. Dia sedang bergembira dengan hidupnya yang dia rasakan sudah bahagia kerana dia sangka awak tidak berharga dan kerana dia manusia yang tak pernah cuba menghargai keistimewaan awak yang orang lain mahukannya. Awak terluka kerana dia tinggalkan awak, sedangkan dia meninggalkan awak kerana dia belum cukup sempurna untuk awak yang sempurna dan seindah batu permata.


Lagu ini untuk awak tapi jangan menangis pula. Anggap sahaja dia tak pernah layak untuk seketul hati awak yang suci dan ikhlas itu. Pintu hati awak bakal diketuk seseorang yang lebih istimewa. InsyaAllah, sama-sama berdoa.


please mark this words dear ~Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah. semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah,buat bekalan di dalam perjalanan~


Friday 24 June 2011

bila syaitan pun pening


ASSALAMUALAIKUM


Pada suatu hari yang hening, kelihatan syaitan sedang mundar mandir dalam sebuah rumah. Syaitan itu berjalan-jalan antara dua orang mahkluk Allah. Seorang mahkluk Allah sedang tidur dengan nyenyaknya. manakala, lagi seorang mahkluk Allah sedang solat.

Syaitan itu pening untuk menggoda yang mana satu. Malaikat yang terlihat gelagat syaitan itu pun bertanya kepadanya.

'Wahai cik syaitan kenapa engkau berperangai begini? Dari tadi aku lihat engkau mundar-mandir sahaja,'

Syaitan pun menjawab ' Aku pening mahu kacau anak Adam yang mana satu sebab yang seorang ini sedang tidur tapi, tidurnya dalam keimanan dan berilmu. Manakala, seorang lagi mahkluk Allah ini sedang solat tapi, solatnya tidak khusyuk dan tunggang langgang,'

Malaikat berkata lagi ' Cik syaitan janganlah engkau mengganggu kedua-dua anak Adam ini'

Syaitan menjawab semula, ' Buat apa aku kacau makhluk Allah yang sedang solat itu, kerana solatnya sememangnya sudah tidak khusyuk tapi, jika aku kacau yang sedang tidur dalam keimanan ini pula, nanti dia bangun dan membetulkan sahabatnya yang sedang solat itu pula,'

Malaikat tersenyum sambil berdoa syaitan akan terusan gagal mengganggu anak Adam dan terus beredar meninggalkan syaitan yang masih keliru mahu mengganggu yang mana satu antara dua orang makhluk Allah tadi.



CONCLUSION : solat lah dengan khusyuk seperti anda betul-betul menghadapNYA dan tidurlah dalam keimanan dan berilmu kerana tidur juga ibadah dengan niat hanya kerana Allah  :) mari buat syaitan pening lagi :P

Thursday 23 June 2011

why girls smarter than boys?


ASSALAMUALAIKUM

Suppose boys lagi bijak dari girls but it seem oppositely happen now. Kenapa? Ada sebabnya.



1) Girls pandai masak

Bila lapar, girls akan buat apa? Memasak lah kan. How about boys? Boys akan makan apa? Yes, MAGGIE. Benda paling senang di masak.Haha. Tahu tak maggie tu sangat tak elok kalau makan banyak-banyak dan akan menyebabkan otak jadi lembab. As you all pun tahu, igredient dalam maggie pun memang dah tak elok kan. Apa jadi bila boys makan  maggie setiap kali dia lapar? Rosak rosak.

2) Girls tak addicted to games

Boys main apa? Dota Dota Dota. Games games games. Haha. Girls jarang-jarang sekali habiskan masa yang sangat bernilai untuk melayan dunia imaginasi tu. Girls hidup dalam dunia realiti sahaja. Masa yang terlebih akan digunakan untuk benda-benda berfaedah sahaja. Tak pun berehat, memasak, menjahit, membaca dan membuat assigment.

3) Girls tak hisap racun

Bila pergi kedai, apa yang akan girls cari? Kotak kismis. Kalau boys apa yang diaorang cari? Yes yes, kotak apa kawan-kawan? Kotak rokok. Haha. Boys dan rokok memang sangat sinonim. Boys sangat meyanjungi rokok yang mampu merosakkan badan dan otak mereka itu. Girls tak hisap rokok, otak mereka sentiasa bergerak ligat dan cerdas untuk berfikir.

4) Girls tak gila bola

Boys kalau dah tiap-tiap malam ada bola. Europe match la, Spain match la dan match-match dalam Malaysia pun semua bedal nak tengok, memangla masa banyak terbuang kat situ. Girls jarang tengok gila-gila bola. Paling tak pun ambil tahu result je.Girls malam-malam tak lepak lama-lama pun, girls prefer buat revision lagi.

5) Girls ada kelebihan tersendiri

Tahu tak apa benda yang girls ada dan boys tak ada? Girls ada kerajinan. Girls ada kecantikan. Girls ada ketabahan. Girls sememangnya lebih rajin daripada boys. Kalau boleh nota memang nak kemas, ada salah sikit buat baru, ada cacat sikit tak mahu. Sentiasa nak yang perfect je dalam pelajaran. Girls cantik. So? Girls pandai bodek la apa lagi. Tambahan kalau lecturer tu laki dan suka yang comel-comel. Dapat markah lebih. Boys boleh buat? Haha. Girls tabah jadi kalau dia gagal macam mana pun, girls tetap akan usaha sampai berjaya. Kalau girls stress pun, girls tak akan cari rokok. Compare to boys, stress sikit cari rokok, stress sikit cari rokok. Bukan makin pandai, makin lembab otak. See see. Haha



CONCLUSION : Boys dan girls actually ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Just boys should realize that girls sekarang memang semakin hebat dan dah pandai nak mencabar boys. Berebut-rebut girls semua nak lawan boys. So, boys janganlah nak chill sangat. Haha. lets fight sweet fight sweet :P

Thursday 16 June 2011

melayu dan pemikiran


ASSALAMUALAIKUM


Melayu boleh jadi sangat lapuk dan ketinggalan zaman. Sebab apa? Sebab pemikiran yang cetek dan never think beyond limitation. Melayu dan sifat rendah diri sangat sinonim dan seperti tidak dapat dipisahkan lagi. Mengapa? Kerana kami melayu sangat bersyukur dengan apa yang kami dah ada sekarang tapi, tak salah untuk menjadi hebat dan always compete for more right?Melayu suka membuat andaian sendiri. Melayu dan pemikiran tipikalnya ahhh~

1) Pakai selekeh, kompem dari kampung


2) Perempuan cantik hanya mahukan lelaki kaya


3) Dunia business hanya untuk orang cina sahaja


4) Melayu pemalas, cina pengotor, india pembelit


5) Anak orang kaya mesti manja


6) Lelaki pemalas dan tak reti masak


7) Gagal exam sebab bodoh dan pemalas


8) Tak pakai tudung mesti tak solat


9) Masuk club mesti minum arak


10) Orang kaya sombong dan kedekut


11) Orang miskin cetek akal dan kolot


12) Orang bandar berlagak dan pentingkan diri 


13) Orang kampung pemurah dan ringan tulang


14) Artis jual maruah dan banyak buat maksiat


15) Pakai shawl untuk cantik bukan menutup aurat


16) Kahwin awal sebab dah gatal sangat


17) Kahwin lari sebab perempuan dah mengandung


18) Cina paling pandai matematik


19) Tak makan sebab diet


20) Belajar overseas menakutkan dan mencabar


Semua di atas adalah antara opinion and not fact. Manusia memang suka membuat andaian terutama melayu. Lebih suka menjadi katak di bawah tempurung tanpa berusaha mencari kebenaran dan membuktikan samada opinion itu auta atau fakta. Semua tanggapan di atas bukan semuannya benar. Jangan tahu cakap dan menuduh sahaja. Sila pastikan apa yang anda cakap itu adalah fakta untuk mengelakkan anda memperbodohkan diri sendiri.




People tend to believe more in opinion instead of fact. That's why we are afraid of  trying something new and afraid of people judging us.

Wednesday 15 June 2011

sex appeal


ASSALAMUALAIKUM




Sex?This is seriously not lucah entry. Haha. Well, saya ada baca tentang sex appeal kat other blogger and it is interesting. Macam mana seseorang tu boleh ada daya magnet yang kuat without trying that hardHow can you as well be part of them? Macam mana nak tahu anda ada sex appeal @ not and how to improve?


Alrite, mula-mula bangun bangun sekalang montot malas. Ambil sekeping kertas serta pen. Next, pergi cari cermin yang paling besar dan berdiri depan cik cermin. Tenung diri anda lama-lama. Haha. Lepastu, tanya pada diri anda.

'Hoi, eh, assalamualaikum, nak tanya ni, apa hebak nya kau ni hah?' haha

Lepas dah tanya, boleh listkan semua kehebatan, kebolehan mahupun skills yang anda ada. Kenapa buat macam ni? Ini adalah cara-cara untuk anda detect kelebihan anda yang mungkin selama ini anda tak sangka banyak rupanya. Haha


Next, question. 'mirror mirror, how many people fall for you?'

Alrite, listkan berapa ramai orang yang pernah cakap dia sayang kat anda depan-depan. Tak kisah lah balak ke ranting ke, awek ke, BFF ke, classmates ke selain family. Sekarang nak detect berapa orang yang betul-betul dah tertarik dengan anda.


Lagi, ' heyo, besday kau bila eh?' Haha salah question

Listkan nama-nama orang yang wish anda masa your latest birhday. Ni nak tahu berapa ramai yang anggap anda special sampai birthday anda pun mereka ingat. *tak termasuk wish kat FB, tak aci okay.


Tak puas hati lagi, ' Uiii, molek sket baju tuh, aurat aurat' Haha

Listkan nama-nama orang yang pernah puji anda cantik @ hensem tak kira lah time bila pun. Mesti ingat kan orang yang pernah puji anda kan? Teknik ni nak tahu pembawakan dan pemakaian anda memainkan peranan sebagai daya tarikan tak.


Tanya lagi, ' Sexy tak you?' Haha

Ce listkan part of your body yang anda suka atau ramai yang puji suka @ cantik. Eg, mata yang bulat. Cara ni nak tahu body language anda mainkan peranan tak.


Last sekali, 'kau ni kan, ramai ke yang suka ni?' :P

Listkan nama orang yang pernah minta pendapat @ nasihat kat anda macam mana nak jadi cool @ cantik @ bergaya macam anda. Nak tahu berapa ramai yang dah inspired by you and dan jadikan anda sebagai idol dan penasihat tak rasmi mereka tentang penampilan dan macam mana nak jadi hebat macam anda.


Dah senaraikan semua dah? Good good. Cuba check alek, kalau semua yang anda listkan tu lebih daripada 10, anda adalah king of sex appeal ! Tahniah. Anda tak perlu kerja keras untuk menjadikan orang suka anda kerana anda ada invisible magnet yang mampu menarik orang untuk suka anda tanpa sebab yang terlalu nyata, tanpa perlu pakai blinkblink, tanpa perlu mulut bising dan tanpa perlu gosip murahan. Haha. Yang gagal, sila cuba lagi. :)




CONCLUSION:  as long as you be yourself, people will love you for who you are. No worries. Chill chill :)


Tuesday 14 June 2011

apa yang boys perlu tahu pasal girls


ASSALAMUALAIKUM

daripada : girl
kepada : boys


Most of boys memang susah nak faham girls because why? sebab hisap rokok banyak, otak lembab jadi malas fikir. Haha *jangan marah :P  Girls sangat senang difahami sebenarnya, apa yang perlu korang buat eh? Kena faham rentak dia. SIMPLE kan. Kalau boys ada masalah dan rasa susah sangat nak faham girls, take your time to read okay :D


1) Girls suka pada pujian 
Girls memang tak boleh lari dari benda ni. Walaupun bila boys puji girls nampak cantik hari ni and dia just akan cakap 'biase je, biase je' sambil lentok sana lentok sini dan main gulung-gulung rambut, dalam hati dia bunga-bunga taik ayam semua tumbuh mekar.So, silalah puji lagi. Haha tapi, kalau tak cantik, jangan menipu.


2) Girls bukan jenis yang straight to the point
Girls memang jenis yang suka berlapik-lapik dan cakap pusing-pusing. Kadang-kadang apa yang dia cakap pun bukan semua boys faham. Dengan bahasa pelat dia ala-ala comel lagi tu, haha memang nak pengsan lah boys nak faham. The point here is, girls jarang berterus-terang dan mengharapkan boys faham sendiri tapi, boys jarang faham tindak-tanduk girls sebab biasalah, boys selalu ambil mudah semua benda. Kadang-kadang girls merajuk and terasa hati pun, boys boleh tak perasan lansung.Lagi, girls memang prefer boys yang confess dulu. Girls selalu hanya akan bagi clue2 and hint2. Senang je, girls layan maknanya sukalah.


3) Girls tak suka boys smoke time bersama-sama dengan girls.
Kebanyakan boys kan memang smoke but you know what, sangat lah tak sopan kalau boys smoke depan-depan bila dengan girls. Gentleman will never do that. Kalau boys nak rosakkan badan, pergi rosak sorang-sorang, jangan involve kan girls. Walaupun girls buat tak kisah boys smoke depan dia, dalam hati dia tetap tak suka okey. Sakit tekak, loya, nak muntah bau rokok, entah macam mana boys boleh sedut tah.



4) Girls tak suka bila boys too worry about them
'Baby, ada kat mana?' 'baby, lepak dengan siapa?' 'baby, jangan keluar malam lama-lama' Uhhh, rimas rimas. Haha. Girls want space to breath. Kalau setiap minit pun nak kena message. Nak pergi mana, dengan siapa, bila nak balik pun semua nak kena report memang terlampaulah. Girls tak suka dikongkong. Macam mana boys suka lepak-lepak tanpa girls, macam tu juga apa yang girls mahukan. Girls pandai jaga diri, tak perlu risau lebih-lebih sangat macam ibu kucing hilang anak. You guys just chill haha


5) Girls suka boys yang belanja 
Bukan sebab girls nak kikis duit boys but memang girls sukalah. Tak tahu kenapa, tapi rasa macam sweet sangat bila boys belanja semua. Tak payah semua lah but untuk mula-mula tu memang patut boys treat girls dulu. Nak tahu tak, girls selalu saje je biar boys belanja dulu semua sebab girls nak tengok sampai bila boys sanggup layan girls without minta benda-benda lain as feedback. Bila girls dah nampak kesanggupan dan kejujuran boys tu, girls tak akan pernah kedekut lansung untuk treat boys pula. Money is never be everything for girls except girls yang mata duitan.


6) Girls suka main tarik tali
Masalah girls memang dekat sini. Mula-mula suka, tiba-tiba tak suka. Memang leceh. Girls suka boys kejar dia dan buat boys tercari-cari dia sebab girls rasa boys comel bila macam tu. Girls rasa phase main-main mata and main-main nak ngorat @ flirt flirt lagi best dari bila dah couple. Kalau dah couple, benda kecil pun kadang-kadang nak merajuk. Yalah, saja nak boys cari girls and pujuk dia. See see. Girls selalu merajuk tak lama. Jadi lama bila boys tak reti-reti nak pujuk balik. Cukuplah cakap 'Hai, awak sweet, dah makan belum. Janganlah merajuk lagi, nanti saya mati' haha Girls takan nak tengok boys mati pulak, tak jadi merajuk. Simple kan.



7) Girls mudah memaafkan tapi akan selalu ingat
Yes, once broken considered sold. Hati girls pula, once broken, you leave scars. Girls hati dia sangat lembut dan sangat sensetif. Boys pula, hati keras, otak beku, lidah kelu. Tak reti-reti nak minta maaf sebab ego besar. Selalunya girls juga yang akan minta maaf dulu. You know what, girls prefer boys yang lebih alert dan sanggup mengaku salah kalau betul boys yang salah. Girls lebih suka boys yang egonya rendah and put the blame on them walaupun girls yang salah sebenarnya. Automatic, girls akan memaafkan boys. 'When your ex asks if you can still be friends right after a break up its the same thing as having a kidnapper tell you to keep in touch'. Yang ini lagi satu, girls memang susah lupakan boys yang dah sakitkan hati dia and dumped dia.Girls akan ambil masa bertahun-tahun untuk pulih bila boys yang dia sayang tinggalkan dia sebab girls sangat setia melainkan dia playgirl.


8) Girls suka attention
Bila dia pakai cantik, tolong puji dia. Bila dia masak sedap, tolong puji dia. Ada paham? haha. Bukan girls gila pujian but she is trying hard to get your attention, boys. Apeda susah sangat nak faham ni. Bila boys busy, dia akan pergi keluar dengan orang lain dan berlagak dengan boys. Korang rasa kenapa? Tak lain dan tak bukan nak curi attention korang. Boys pura-pura lah jealous ape lagi. Girls memang macam ini. Girls suka bila boys perasan apa yang dia buat walaupun sekecil kuman. Stalk la dia puas-puas. haha


9) Girls bukan sengaja emo dan pelik
Boys perasan tak, kadang-kadang girls ni boleh tiba-tiba nak marah, boleh tiba-tiba nak merajuk,boleh tiba-tiba jadi pendiam macam bukan diri dia. Yes, ini sebab angin period girls dah datang. Haha. Boys jarang faham benda ni sebab boys tak pernah alami okey. Kadang-kadang girls boleh nak makan itu ini, mengidam itu ini, dan benda yang dia tak suka tiba-tiba jadi suka. Dia boleh jadi blur dan tak faham diri sendiri pun sebab hormon girls dah lari-lari. Sila jangan marah girls dan cuba lah faham okey. Goodboys.



10) Girls tak gila sex dan tak suka janji palsu
Nafsu boys 1, nafsu girls 9. Logik tak girls tak gila sex? Sangat. Kalau boys tak bagi pun, ada kami kisah? Lansung tak. Haha. Girls hanya mahukan love love and attention. Tak perlu semua itu untuk tunjukkan kasih sayang but usually, bila boys ajak benda tu kadang-kadang girls just dont know how to respond. Samada nak biarkan or nak layan. But boys, please, girls just dont want it. You can keep it after marriage okey. Boys also very good in sweet talks. Bagi janji yang sangat meyakinkan but everything jadi debu dan pasir. Girls tak kisah pun kalau boys nak bina istana emas, just make sure you keep your promises because girls memang kuat ingatan dan akan ingat semua janji boys. Senang cerita, boleh simpan je janji palsu tu dalam poket or girls akan campak dalam laut.



CONCLUSION : 10 dah cukup sangat. Sila buat-buat faham kalau tak faham juga girls. Bukan senang nak faham girls. As a beginner, start to learn to understand your own beloved mom first. Dah lepas phase tuh, mesti girls lain pun boys akan senang je nak faham. Bereh blako. Haha

Tuesday 7 June 2011

ways to live


ASSALAMUALAIKUM

Bak kata Bon Jovi~ I just wanna live while i am alive. Selagi hidup, kenala feel betul-betul hidup ni.Janganlah sia-siakannya. Sebahagian daripada kita memang selesa dengan kehidupan sekarang and ada yang tak puas hati. Ada juga yang rasa hidup ni unfair. Well, this is life right? Ada masa kita kat bawah, ada masa kita kat atas. LALALA~ whatever happen, we must admit it that we deserve to try and never give up in life :) Lets cekikdow ways of living ~




1) Feeling of fear

Contoh, zac efron adalah seorang yang hebat memasak. Semua jenis masakan dia boleh masak. Hebak hebak. Kalah perempuan dia masak. Dia ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan. tapi, dia takut kawan-kawan dia yang lain semua mentertawakannya dan memandang dia sebagai lelaki lembut. Ibubapa dia pun suruh dia melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Akhirnya, impian dia untuk menjadi chef terkubur begitu sahaja kerana dia takut pada kritikan dan pandangan orang lain. Dia takut dia gagal buktikan dia mampu menjadi tukang masak yang hebak. Dia takut berdepan dengan kegagalan. Takut takut takut.


Yeah bebeh, saya pernah dalam situasi ini. Dimana ketakutan mengusai kebolehan kita. So, why why baby let someone else jugde you and decide what you should do? haha. Macam mana orang lain boleh tahu kita boleh berjaya ke tak.Mereka bukan tuhan untuk tentukan semuanya. Well, the biggest revenge is when you prove you can do what everyone else says you cannot. Manusia yang hidup dalam ketakutan biasanya akan kucundang and gagal. because they dont have the spirit to go beyond limitation. What i can say is let the winner in you win. Never let the fail win. Kenapa nak takut untuk berjaya?




2) Feeling of anger and frustration

Contoh, Percy Jackson bekerja sebagai waiter di sebuah restoran mewah di Bukit Bintang. Dia bekerja keras kerana dia bukanlah pelajar pintar mahupun kaya. Dia bekerja untuk menampung keluarga yang tercinta.Tapi kan, manager dia memang garang sangat. Selalu makin hamun tak tentu pasal, kena kerja lebih masa lah, gaji tak naik pun. Kalau dia berhenti kerja, tak mungkin dia dapat kerja yang lagi tinggi gaji berbanding kerja yang sekarang ni.Nak bayar duit sewa rumah lagi, duit kereta lagi, hutang-piutang semua lagi. Tak mungkin berhenti kerja satu tindakan yang bijak buat masa sekarang. Jadi, dia terusan hidup stress in anger and frustration. Sabar jela layan customer yang macam ragam, kawan-kawan pekerja lain yang perangai tak matang and pe'el  manager yang macam hantu. Frust frust frust.


Feeling macam ini pun saya pernah ada. Asyik rasa tak puas hati je kan. Well, benda ini benda biasa. Apa yang boleh saya cakap kan, kadang-kadang kita tak tahu apa yang baik dan buruk untuk kita. Apa yang kita suka tak semestinya yang terbaik untuk kita, apa yang kita benci tak semestinya buruk untuk kita. Hanya Allah yang tahu. Fikir macam ini, ramai lagi orang lain yang tak sebertuah kita. Tapi, kalau ada jalan penyelesaian lain yang lebih baik, i insist you to follow what your heart say. Kalau dah tak minat juga nak belajar tak payah lah belajar. Buat business bagus. haha 




3) Feeling of joy, peace and contentment

Contoh, Imam muda Asyraf seorang yang berjaya dalam kerjayanya yang tersendiri. Dia memiliki keluarga yang bahagia. Dia sentiasa berusaha memimpin umat Islam yang lain. Dia bijak berbelanja dan tiada masalah kewangan. Dia hidup selesa, gembira dan dia tersangat bersyukur dengan nikmat kebahagiaan yang dia miliki kini. Freedom freedom freedom.



Semua orang memang nak hidup macam ini tapi, bukan semua orang boleh capainya. Feeling ini hanya orang yang betul-betul bersyukur dan hampir sempurna dalam hidup dia. Tak ada masalah kewangan, hidup bahagia dengan orang yang tersayang, dihormati dan disanjungi orang sekeliling. Wow, freedom of life.


CONCLUSION : Actually, semua feeling ni memang kita pernah rasai. Samada kekal atau tak je kan. Semuanya bergantung kepada kita untuk tentukan feeling yang mana kita nak rasai dan kuasai kita. Well, people learn to overcome their fear, anger and frustration rather than let their emotions run their life. Kita pun kena macam itu selalu okay :)

~rich dad poor dad~

Monday 6 June 2011

learning


ASSALAMUALAIKUM




if you are going to play the game, then you had best learn the game, know the rules, speak the same language, and know with whom you are playing

if not instead of playing the game, the game will be played on you