Showing posts with label otherzHAL. Show all posts
Showing posts with label otherzHAL. Show all posts

Thursday, 21 July 2011

sorry sorry blog sayang :P

ASSALAMUALAIKUM


besarrr punyaa !!! >.<

Haihai bloggg saya ~Saya busy mem busy kan diri dengan agenda tersendiri seperti involve dalam event yang pelbagai untuk menambah skill skill yang hebat. Haha. Tambahan pula, saya sedang mengasah bakat dalam dunia modelling and photoshooting. Nak lagi? Sedang dalam usaha bina kerjaya dalam dunia fesyen. Saya cuba untuk reka baju kurung dan skirt skirt kgemaran ramai. Tapi, masih belum nak pro lewwwww~ =.= Asyik salah jahit je. Saya mahukan yang sempurna dan cantik untuk semua. Wink >.<

Lagi, duduk rumah layan kucing kesayangan dan habiskan masa dengan kawan-kawan yang setia. Cewahhh~ Saya akan update blog setelah selesai satu persatu hal okay. Saya dan kawan baik saya ada plan best untuk dibincangkan. Take care semua :) ASALAM

Wednesday, 13 July 2011

a step futher

ASSALAMUALAIKUM

yanadimple

Dengan ini, saya memperkenalkan orang bernama NURUL LYANA RAHMAN yang kadang-kadang suka tulis mengarut, kadang-kadang suka tulis pasal diri sendiri, kadang-kadang suka tulis suka hati je sampai ada orang yang terasa. Memandangkan papa dan mama saya sendiri pun adalah reader setia blog saya, saya terpaksa lah tulis yang baik-baik dan something yang sopan sikit. Papa saya nasihatkan saya supaya tulis elok-elok supaya tak terlalu pedas sangat, memandangkan dah ada yang sakit hati dan terasa dengan saya. Baiklah papa, taulah papa terasa panas sebab yana cakap pasal rokok kan  kan !!! :P haha.

Saya sedang usaha untuk membuat perubahan blog. Saya masih belum ada idea macam mana, tapi mungkin ada usaha untuk tarik lebih ramai readers. Sebab sebelum ni, macam biar je blog ni kan. Siapa nak baca, baca. Siapa tak nak sudaaa~  Macam tak best pula. Lagi ramai yang baca, lagi tersebar sikit ilmu yang saya nak share ni :) Memandangkan saya blogger baru, saya tak reti sangat nak letak link ke, banner ke pe. so, Baby steps sikit la taw. Okayla. Nak minta tolong sofia boleh tak?? Haha. Bye !!!

Wednesday, 25 May 2011

cakap seorang


ASSALAMUALAIKUM


              Aku sendirian di hadapan taman. Aku terdiam, aku termenung. Aku cuba mencoret sesuatu tetapi pemikiran aku seperti sudah letih dan tidak mahu berfikir. Fikiran aku kosong. Aku memandang permandangan di hadapanku. Apa yang aku nampak? Seorang ibu tua sedang menjual nasi lemak dan goreng pisang. Ada dua orang perempuan dan seorang lelaki sedang berborak di meja makan sebelah gerai itu. Mereka kelihatan seronok bergelak ketawa. Ibu tua itu pula kelihatan penat tetapi masih bersungguh mengoreng pisang dalam kuali. Aku terus memerhati sekeliling lagi.

            Sebuah motosikal berhenti di hadapanku. Seorang lelaki dan membonceng seorang perempuan di belakangnya. Aku berpaling pandangan, tak mahu dilihat seperti sedang memerhati mereka. Mereka berjalan berpimpinan tangan memasuki kedai runcit. Umur masih belasan tahun tapi, lagak seperti sudah kahwin. Aku biarkan mereka dengan dunia mereka. Aku cuba berfikir tentang aku. Aku bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Aku mengharapkan pemikiranku lebih segar apabila berjalan-jalan dan berfikir tentang apa sahaja.


             Apa yang aku mahukan dalam hidup? Aku terus menyuapkan jambu batu yang aku beli tadi sebelum aku duduk di bangku kayu ini. Aku berfikir sedalam dalamnya. Banyak juga yang aku telah harungi. Melihat sahaja apa yang di lalui oleh kedua ibubapa aku, kedua kakak aku. Banyak benda yang telah aku pelajari terutama apa yang berlaku pada diri aku sendiri. Aku pasti apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Bukan untuk memujuk diri dan memberi alasan tapi, dah sememangnya dunia begini. Apa yang terjadi memang dah suratan takdir sepatutnya ia jadi macam itu. 


              Aku rasa masa kecil dahulu kita lebih banyak gembira dan tak banyak berfikir. Apabila kita semakin besar, kita mula mengelak dari merungut dan tidak lagi memandang setiap benda itu satu keseronokan. Semakin dewasa, semakin serius. Ia ke ? Tak perlu bersikap macam itu rasanya. Kenapa mahu menyalahkan umur disebabkan masalah dalaman kita sendiri? Perbezaan antara fikir dan buat. Bila kita hanya berfikir dan tak buat. Lain jadinya. Bila kita fikir dan buat. Pun jadi lain. Bila kita fikir serius, dia jadi serius. Bila kita fikir setiap benda ada kecantikannya sendiri dan ada sebab dia macam itu, mesti kita tak akan seserius dewasa yang lain yang berlagak matang. 


             Matang? Matang pada aku seperti berfikiran secara dewasa dan orang yang berfikiran matang biasanya bijak mengawal emosi daripada mengusai rasional. Selalunya, lelaki itu ego, perempuan itu emo. Mungkin ada benarnya. Tapi, melihat pada bezanya. Perempuan tak kan buat perangai emo kalau lelaki tak bersikap tak peduli atau ego. Macam mana pula dengan ego? Ego ada baiknya ke? Kenapa lelaki mesti ego? Untuk menunjukkan hebat mereka? Kelakian  mereka. Setidaknya, perempuan yang terasa atau emo, dia ada sebab untuk menunjukkan dia rasa tak dihargai atau sedih dengan tindak tanduk lelaki. Ego lelaki pula sekadar nak menyakitkan hati perempuan. Aku hanya akan bangga kepada lelaki yang egonya rendah dan bertolak ansur kepada perempuan. Ego tak akan bawa ke mana pun.


          Aku termenung lagi. Aku berfikir lagi. Aku bukan manusia sempurna. Macam mana aku boleh jadi sempurna? Kenapa setiap kali aku bercakap seperti disalah ertikan oleh dia. Kenapa setiap perbuatanku seperti dirasa pura-pura oleh dia.Apa yang aku fikirkan tidak dia endahkan. Apa yang aku rasa tidak dia pedulikan.Huluran baikku tak dihargai.Setiap tingkah laku, percakapanku, nasihatku, semuanya sentiasa salah sahaja di matanya. Aku keliru. 


          Aku dihargai oleh semua teman dan orang sekelilingku. Keluargaku selalu berbangga mempunyai anak sepertiku. Bukan ingin riak. Tapi, aku sedang berfikir, mana salahku. Kadang-kadang aku buntu. Dalam usaha aku mahu berubah ke arah kebaikan, aku tempuh pelbagai halangan. Aku berusaha elak tapi aku pernah gagal dan kecundang malah, tenggelam jauh. Orang yang aku sangka mampu memimpin aku juga rupanya adalah cubaan dan halangan aku yang paling hebat. 


          Aku kecewa. Bukan pada dia tapi pada diriku sendiri. Aku mahu berubah dan sepatutnya aku membawa dia bersama tetapi aku tenggelam bersama dia. Aku menarik nafas sedalamnya. Bersyukur masih bernyawa dan mampu bertaubat dan berusaha kembali dengan niat utamaku dahulu ingin berubah. Aku bangga, aku berjaya perbaiki diri sedikit demi sedikit. Ada aku kisah apa orang lain fikir. Tak ada, aku cuma berharap aku dapat menjadi contoh buat kawan-kawan ku yang lain.


              Dia manusia teristimewa. Aku pernah bercerita tentang kisah aku tentang dia-dia yang lain kepada dia. Sebab aku mahukan perhubungan yang jujur. Aku tidak pernah menyayangi dia-dia seperti mana aku menyayangi dia. Dia kecundang separuh jalan. Aku berusaha bangun semula untuk mempertahamkan kita. Tapi, aku berjuang seorang diri dan aku bertepuk sebelah tangan. Aku rasa sayang dia kepada aku semakin pudar,tapi  sayang aku kepada dia semakin berkembang mekar. Ternyata aku tersalah orang lagi.

             
              Aku betul-betul kecewa. Hidupku tidak seperti dulu lagi, air mata menjadi temanku, sejadah menjadi tempat tidurku, doa menjadi medium mengadu, bercerita dan berharap sepuas-puasnya kepada Dia. Aku lemah sebab aku tidak menyangka ia terjadi. Aku ikhlas, aku setia, aku mahu membina hidup bersama dia. Aku kecewa, ya, aku kecewa. Dia tidak memberi peluang kepada aku untuk berubah bersama-samanya. Setiap harapan dan janji yang dilontarkan seakan-akan tipu semuanya.Kerana apa? kerana dia tidak membuktikannya. 


              Aku terusan memandang sekeliling. Aku tersenyum melihat seekor kucing comel melintas di hadapanku. Kucing itu kelihatan gembira, berlari larian di sekeliling dedaun lalang. Telatahnya mencuit hatiku. Aku gembira. Aku yakin, setiap benda yang sedih ada gembiranya. Setiap benda yang susah, ada senangnya. Semuanya atas dasar, apa yang kita fikirkan dan mahukan ia terjadi bagaimana. Aku memang bukan sempurna. Aku dah cakap dah tadi. Tiada apa yang dapat aku hulurkan, melainkan persahabatan yang setia, doa seorang saudara yang ikhlas, teman sehidup semati di kala susah dan senang. Kasihku hanya pada Dia. Jika Dia membuatkan aku kasih kepada dia juga. Aku tak akan menyalahkan Dia kerana mewujudkan sayang aku  kepada dia.


            Apa yang aku harapkan tak semestinya terjadi seperti yang aku mahukan. Apa yang aku mahukan tak semestinya aku miliki. Apa yang aku miliki tak semestinya menjadi hak aku selamanya. Kebahagiaan bukan milik aku. Bila bila masa sahaja Dia boleh ambil semula. Yang sihat tak semestinya hidup esok hari, yang sakit tak semestinya mati esok hari, yang cantik tak semestinya peroleh kebahagiaan, yang buruk tak semestinya hidup dalam kesedihan. Aku tersenyum mengenangkan nasibku. Apa yang aku rancang untuk terjadi esok pula?  


Tuesday, 19 April 2011

test mengarut


ASSALAMUALAIKUM

kepada : siapa yang nak tahu
daripada : tak tahulah

mood : boring

1) nama-nama pelik yang orang lain pernah panggil kau?
- tempe
- pending a.k.a blur
- kuna
- pakar otak
- adik manis
- sizuka
- gadis barat

2) pernah merantau ke?
- kelantan 2tahun
- johor 5 bulan
- kuala lumpur 1 tahun
- terengganu nak masuk setahun dah

3) keturunan?
- jawa belah papa
- mami jarum belah mama

4) hobi kau?
- menonton wayang @ movie
- membaca
- outdoor games
- hanging out
- surfing internet

5) peel makanan kau?
- tak suka makan nasi
- tak suka makan sayur
- tak suka makan seafood
- tak suka makan steamboat
- tak suka makan burger
- tak suka makan manis dan pedas

6) kau rasa kau pelik tak?
kalau tak kenal, mungkin kau rasa tak. bila kau dah kenal aku, makin lama kau akan rasa, aku makin pelik. tak caya tanya roommate aku. haha

7) kenapa kau jawab soalan boring ni?
sebab aku tengah boringlah !

8) kau nak tag sapa2 tak?
taknak. haha. next ques plez.

9) kau ni jiwang tak?
tak. aku romantik je. haha

10) kau suka masak tak? masakan kegemaran?
sangat suka bereksperimen. suka masak western food

11) perangai pelik kau?
- aku diam bila aku tensyen
- aku menangis bila aku geram @ marah
- aku suka sangat makan tempe dengan kicap dan sos banyak2
- nasi bukan makanan rugi aku. aku makan roti je
- aku tengok kartun bila aku sedih
- aku makan buah-buahan sepanjang hari pun dah cukup
- aku suka duduk dalam gelap sebab malas pasang lampu
- aku suka mengarut bila aku rasa boring
- aku suka buat lawak bila aku tengok kawan aku stress
- aku ketawa dan senyum banyak2 bila aku nervous
- time exam, aku malas mandi, malas makan, malas keluar rumah sebab aku rasa buang masa

12) dah berapa kali couple?sekarang single?
malas jawab sebab dah give up. haha

13) cepatlah jawab soalan atas tadi.
namooowww! haha

14) kau nak melancong ke mana?
- MAKKAH dan Madinah
- Japan
- Paris
- New Zealand
- Australia. senang cerita seluruh dunia lah

15) boring tak test ni?
SANGAT. bila nak habis?

16) haiwan yang pernah kau pelihara?
- kucing parsi
- hamster
- ikan emas
- ikan laga
- sugar glider *coming soon haha

17) kau rasa kau hebat tak malam pertama nanti?
weyh ! menyesal aku layan test ni ! NEXT! HAHAHHA

18) kau rasa kau hot?
aku sejuk sekarang

19) happy tak test dah nak habis?
SANGAT!

20) listkan 10 nama-nama orang yang paling kau sayang selain keluarga.
1) engku sofia
2) syahirah
3) anis suraya
4) farzana
5) nadiah
6) ain khalidah
7) fatihah
8) shakira
9) ainul
10) syiqin dan ramai lagilahhh! tenape mintak 10 je??...:(

Conclusion : dah boleh sambung study sekarang jugak  ~_^

Sunday, 20 March 2011

newbie

ASSALAMUALAIKUM

kepada : entahla
daripada : newbie

mood : rajinkan diri

salam sejahtera. nama saya cloud9. haha. tralalalala. bley panggil yana :) okay. i am the newbie here.loonggggg time ago , yana malas main blog bcuz yana sangat malas bercerita cerita ni. but now, i think its quite okay . so , i am going to share something here but not all .haha.


this is definately me

yana tak tahu kenapa yana tetebe buat blog . maybe bcuz my best friend menmen blogginggggs . yana macam terpanggil2 , berjangkit nak main blog juga .at first , plan nak usha blog -blog yang best je. at last , tapela kalau yana join sekaki buat blog juga . suka hati lahhhhhh !!! :P haha. okay , enough here. c ya lalalaterrr :)