Showing posts with label tepekGambarss. Show all posts
Showing posts with label tepekGambarss. Show all posts

Friday, 29 July 2011

bukan ternak lemak

ASSALAMUALAIKUM

Entry 'LAYAN BFF' aka tutupmatakalaubencitengokgambarbanyak2 Harhar *siapa yang reti baca je faham. 

ALBUM : SOFIA = fya
                  YANA = na
album FYANA
picnicpicnic sambil snapsnap pict <3

Ini ENGKU SOFIA NADHIRAH. Semestinya lah dia kekasih hati saya. HAHA. Boleh klik album *kunun atas if if if nak tengok more pictures haritu punya hal. So, entry ni bukan entry ternak lemak *bak kata CIK EPAL. Cuma, jalan-jalan, melalak kat dalam singa which is Sunway Pyramid huhu our playground. *yang penting singa hebat lagi semalamlawanbola.

watak utama: tempe

watak utama : popia

Tempe dan popia suka dating shameshame. Mula-mula jumpa terus hughug macam dah bertahun tak jumpa *sedangkan baru minggu lepas jumpa  -_______-'

Tempe dan popia menuju ke arah tempat yang beshbesh untuk melalak sesukasuki hati. lalalalala * karok time

memories ngadengade fyana together

Selepas tercabut tekak, tempe dan popia bukan bercandle light dinner mahupun BBQ, tapi simple life cukupla *separa ternak lemak. Heeheee. Kat SIMPLE LIFE, shareshare porridge sweet corn *kalau tak silap nama makanan tu dan makan tauhu *goreng kot but seriously kering dan tak ada minyak langsung. 

hobi : makan tapi salu tak habis  -_______-'

hobi : tenung orang lepastu malu bila terkantoi =.=

Makanan kat Simple Life sangat shedap yummyummm jilat lidah haha. Tambahan berkhasiat sebab ala ala Jepun gituhh punya masakan. Porridge dye pun sangat niceeee~ ada rumpai laut, mushroom, sweet corn and red beans. Gudgud for health. 

Popia dan tempe kemudian beli cookies yummyummm plak kat subway. Den, berjalan pimpin tangan ke luar perut singa. Bubyee popia :'(  Popia dan tempe pun membawa haluan masing-masing. 

THE END

>.<

.....

Akan datang, nak tolong sofia ya ya ya buat video untuk 'contest the best pictures of me' and banyak lagi planning macammacam dengan dia. Korang pun boleh join sekaki dengan fyana punya planning nanti. So, semua usha POPIA sekarang juga okeyhh  heehee. :)


Monday, 11 July 2011

childhood memories??

ASSALAMUALAIKUM


guys.muka ribena korangg :P

Siapa ingat lagi dragonball?sailormoon?power rangers?sin chan?doraemon?powerpuff girls? Semua ni kartun-kartun favourite saya masa dulu-dulu tecikkk~ haha. Childhood memories eh? Banyak sebab nakal sangat kot. >.<

Masa kecik kecik dulu saya tomboy, rambut pendek ngat, saya tak suka pakai kain mahupun baju kurung. Kalau kena paksa juga, saya gantikan kain baju kurung tu dengan seluar panjang. Dulu-dulu saya kawan dengan budak lelaki je sebab jiran ramai laki la. Tiap-tiap petang keluar panjat pokok kat taman, lawan baling selipar, main galah panjang, main lumba basikal, main baseball, main ting ting, main ice water etc etc. Yang penting, lawan dengan laki, kompem asyik nak menang je, bajet gangsta. Haha.

Meningkat remaja semakin berubah, cewahhh~ MUNTAH. Tudung dijadikan hiasan kepala namun, kadang-kadang melayang entah kemana. Baju kurung menjadi kegemaran tapi hanya ke sekolah dan kenduri sahaja. At least, minat nak pakai dah bertambah sikit la. Dari kecil dulu memang suka involve dalam tarian dan lakonan. Ingat lagi, saya dan kawan-kawan buat persembahan tarian zapin untuk rukun tetangga. Time tu umur baru berapa eh, maybe around 7-8 tahun. Semua pakaian, tarian direka sendiri. UNDERGROUND and INDEPENDENT.

gamb skema lol


KHAWARIZMI

Time sekolah rendah sampai menengah memang prefect. Bezanya? Time sekolah rendah prefect kerek dan garang, suka tenung dan jeling orang. Time kat sekolah menengah pula, prefect hampir tak berapa nak function. Haha. Sebab kalau ada spotcheck ke, bagitahu kawan awal-awal lagi dan tolong dorang sorokkan barang terlarang. Pernah ponteng kelas sebab malas belajar, dah bosan.So, merayau-rayau luar kelas tapi, cikgu lain fikir tengah buat kerja prefect. Pernah juga ponteng kelas sampai keluar sekolah dan pergi makan KFC dengan dua orang kawan yang lain. Haha. Ponteng sikit-sikit cukup, banyak-banyak kantoi pula nanti.

Nak cerita masuk MRSM PC pula, emm emmm haha. Relax je ! 3 bulan homesick, malam-malam termenung, mandi menangis, makanan semua jadi tawar, kawan semua pula kecek klate. tok pehe kawe !! Selalu kena buli. Makcik jual keropok lekor cakap total 'samah'. Saya pula ingat dia cakap siam. Kawan-kawan buat lawak, saya tak faham tapi buat-buat gelak~memang dasar HIPOKRIT. dulu la haha


bilik memang cantiklah hias <3

Dekat MRSMPC, saya bilik C10, siesly geng bilik best walaupun bukan semua kepala sama. But still okayla. We all had fun staying together like family for 2 years :) Kitaorang punya bilik paling strategik. Tingkap menghadap padang, level atas, tingkap pula terlindung sikit dengan pokok besar. Apa korang semua fikir? TERBAIK LAHH nak tropong budak laki main bola and other sport. Kalau tak mengaku buat, nanti dituduh penipu pula. Okay, memang saya suka usha pun. Saje je, nak tengok team mana menang *sedangkan.kuang kuang kuang~ haha

Lagi, kat PC tu kn, diri ini mengaku telah menconteng dinding luar bilik. Haha. Yang penting bukan idea saya tapi bila saya find out hal tu, saya sokong. HAHA. Jom buat memorial. Nanti dah beranak pinak datang balik, ada lagi contengan nama kita ni. HEBAK HEBAK. Boleh cerita kat cucu cicit, dulu opah otak bijak belajar MRSM PC, tapi tangan gatal buat vandalisme :P


cantek dinding tu

Kat sini lagi selalu ponteng, bukan ponteng kelas la. Ponteng prep je. Bukan tak belajar lansung, just suka stay bilik, sorang-sorang pun tak apa. Tak adalah la pula nak fikir seram ke apa time tu. TERLEBIH berani. haha. Kalau nampak toyol pun, say 'hi' !! Pernah kantoi dengan fellow tak turun prep, cepat-cepat buat-buat baring dan tidur, konon sakit la. Tapi, trick tak jadi, kena marah dan halau turun juga. Tapi, turun lambat-lambat *konon memberontak~mengada tak tentu pasal saya dulu ni. >.<

Lepas keluar asrama~fuhhhh~ freedom !! yesssszzzaaayessssyayyyy. seronok nye duduk dekat rumah goyang kaki. Dah tak payah ulang alik kelantan. SEKALIK~ ambek kaw TERENGGANU pula. Hahah. Dah kena sambung study kt negeri penyu pula.Tak kisah, memang saya minta sana pun, terengganu kan cantik~ceyhhhh ambil hati orang ganu.


turun pdg bukn na riadah pun.sje semak je tepi pdg :P


MRSMPC bubye

Itu jela, share sikit-sikit jela. Next time cerita lagi tawtawww. Ini semua kisah dahulu kala, tak ada kena mengena dengan sekarang. Banyak perubahan dah~  :')

Sunday, 22 May 2011

kasih ibu


ASSALAMUALAIKUM

kepada : mama sayang
daripada : sayang mama
mood : sayang-menyayangi



Dia memahami saya walaupun saya tidak memahaminya
Dia menyayangi saya walaupun saya tidak mahu disayangi
Dia membelai lembut saya walaupun saya cuba mengeraskan hati
Dia menangis pilu apabila saya kecundang walaupun saya menyelindungkan duka 
Dia tersenyum bangga apabila saya berjaya walaupun dia yang terakhir di khabari
Dia mampu tertawa walaupun keringat mengalir
melayan kerenah saya yang tak diduga
Dia insan teristimewa di hati seorang anak
kerana dia cekal walaupun tidak dihiraukan layanannya
Dia mengerut risau walaupun saya hanya berada jauh sedepa darinya
Dia memeluk erat memujuk saya walaupun dia lebih sedih dan terluka berbanding saya
Dia ceria memendam perasaan walaupun hanya Allah yang tahu betapa rindunya dia kepada saya
Dia rela gembira untuk saya walaupun hatinya sedang berdarah derita
Dia sentiasa sabar walaupun saya memaling muka daripadanya 
Dia berusaha mengapai tangan saya walaupun saya berusaha mengapai tangan orang lain
Dia berusaha menyemai cinta suci dalam hati saya 
walaupun saya berusaha mencari cinta baru yang lain
Dialah insan utama hati saya
Dialah insan mulia di hati saya
Dialah cinta utama saya
dan syurga adalah di bawah telapak kakinya
Dialah ibu kesayangan saya 






Selamat hari lahir kepada JAMALIAH HAJI SAAD~ saya sentiasa berdoa semoga mama panjang umur, murah rezeki dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang mulia dan disayangi ALLAH. Amin. Semoga mama saya sentiasa gembira dan tidak pernah kenal putus asa dalam melayan anak-anaknya :) ILOVEYOU MAMA <3 <3 <3 kasih sampai syurga~

Sunday, 8 May 2011

bubu d kelabu cat


ASSALAMUALAIKUM

kepada : pencinta kucing
daripada : kucing paling mengada

mood : meow meow


nama saya kelabu aka BUBU

saya suka berlagak

saya suka bajet cool

saya suka main bulu tangkis

saya suka tidur macam sopan

saya suka tidur katil tuan saya

saya suka superman terbalik

saya suka sibuk dalam almari

saya suka kena buli dengan tuan saya

saya suka suka hati la 

habis dah cerita saya. haha. nice to meet all of you. jangan lupa kirim friskis kat saya okay :)

Thursday, 28 April 2011

kakak kakaka


ASSALAMUALAIKUM

kepada : beloved sisters
daripada : adik mengada korang

mood : sisters' love



saya suka shopping dengan kakak saya
saya suka buat lawak bodoh dengan kakak saya
saya suka paksa kakak saya gelak dengan lawak bodoh saya
saya suka share makanan dengan kakak saya
saya suka comment gambar kakak saya banyak-banyak
saya suka buli kakak saya
saya suka kacau boifren kakak saya
saya suka menyibuk bila kakak saya moody
saya suka gelak kuat kuat dengan kakak saya
saya suka curi baju, kasut, beg kakak saya
saya suka memebebel panjang biar kakak saya bosan
saya suka mengada dengan papa mama biar kakak saya meluat


Saya memang sayang kakak saya, walaupun diaorang kadang-kadang suka cari pasal dengan saya, saya peduli apa, saya buli diaorang balik. Saya memang suka mintak papa mama saya macam-macam, tapi last-last saya share dengan diaorang jugak kan. Saya memang suka berjalan-jalan buang masa dengan diaorang compare to other people sebab diaorang faham saya dan diaorang pandai bagi pendapat pelik-pelik. Saya terima je, sebab saya pun pelik kot. Saya tak kisah lah kakak saya marah saya pun, esok lusa diaorang kompem cari saya alek sebab diorang memang sayang saya sebenarnya, malas nak mengaku je kan. Betul tak ??? HAHA. :)




Tujuan entry sebenarnya nak cakap : 
happy birthday to NURUL AIN RAHMAN 

~be a good sister, jangan nakal-nakal, kita kan dah besar. jangan lupa untuk sentiasa perbaiki diri, jangan mengejar nikmat dunia sahaja, jangan lupa akhirat menanti kita, jangan selalu stress sangat. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Jangan lupa adik kesayangan ada dua orang ni. Selalulah happy dan bersyukur dengan apa yang kita dah ada sekarang. Last but not least, boleh kahwin cepat sikit tak? sebab adiknya dah tak sabar nak kahwin lah ! HAHA. Encik Ambok, bila lagi??? :P


CONCLUSION :  well, what is sister for, kalau bukan untuk huru-hara kan hidup korang kan. ~_^

Saturday, 16 April 2011

1 SYAWAL


ASSALAMUALAIKUM

kepada : everyone
daripada : myself

mood : bukan raya

yummihh

Selamat hari raya! eh, cilap la. Selamat Hari Lahir cloud9. Yesza, today is my birthday everyone. totally and definately not aidilfitri eid. but actully, FYI, saya sememangnya dilahirkan pada pagi raya. 1 SYAWAL 1412 Hijrah. so, lepas ni dont forget to wish me happy birthday setiap pagi raya. haha

alhamdulilah, i am turning 20th today :)



well, most people do request alot of things as a birthday present. however, for my 20th birthday, i do request some new, fresh, and priceless presents.



my beloved papa and mama : bukan duit dunia yang saya mahukan, bukan kesenangan dunia yang saya kejarkan. saya hanya mahukan doa kebaikan yang tak pernah lekang daripada seorang ibu ayah dan kasih sayang yang hakiki hingga ke akhirat 

my beloved sisters : bukan kegembiraan dunia yang mampu menghanyutkan kita dan material yang saya mahukan. saya mahukan perubahan dan pegangan tangan yang erat antara kita dalam memegang janji kita pada Allah dan saya mahukan pegangan itu erat hingga ke akhirat

my beloved friends : bukan kemeriahan dan tawa riuh yang saya hanya mahukan pada hari bermakna saya. saya  mahukan kepercayaan, kesetiaan dan persahabatan yang kekal abadi hingga ke akhirat.




 cian mama saya sambut pagi raya kat hospital btw, thanks mama for giving birth me

tq sis taty n papa <3

not to forget my sis enn, she's busy working~tq for d perfume :)

well, they are all my heart and soul. of course, i can never live without them. they are always there with me all the time. Nothing special about my birthday, Alhamdulillah, at least i am still alive and been giving a chance by Allah to feel how is it life as a 20th years old girl. i will not ask more than, just to achieve my next 21th birthday and giving a chance to wake up and watch all my beloved people by my side <3

CONCLUSION : happy birthday to me .haha berehhh :) 

Saturday, 2 April 2011

PULAU HELANG


ASSALAMUALAIKUM

kepada : pencinta travel
daripada : traveller
mood : holiday !

Saya Dr cloud9 dengan ini sangat berbesar dan bermurah hati ingin berkongsi mengenai Pulau Langkawi a.k.a PULAU HELANG.  Saya dah pernah pergi pulau langkawi *sedangkan sekali je pun tapi , saya ter excited lagi batak sket la *fine!xcited banyak sebenarnya. Alrite, lets dun waste time *ALLAH tak suka :)



1st of all, actually, saya follow geng rakan muda yang tersangat muda lagi comey lotey. tujuan? of couse juz for fun bebeh ! ;D




sampai sampai je terus pergi naik boat. berhenti tengok ikan pari , ikan kepala besar , ikan kepala kecik :P
next, pergi Geoforest Park . pakcik boat gyle rock , drift bawak boat. terbang sume harta karun saya, cisss~ tapi seronok.



then, ktrunk pergi jumpa encik kluang. disebabkan kami tak dibenarkan snap picture dalam gua *bimbang akan mengejutkan encik kluang yang sedang enak dibuai mimpi. so, snapping picts lua gua pun jadik :)


kuna kuno kupa


tak pernah masuk gua macam nila jadik nye


Our next destination, for sure~ kereta cable !! yay yay



bingit telinga sebab galgal kuat jerit lam cable car :P 


at the top of the world~



here come the best part~ chocolate shopping !!!



and then, continue jalan2 :)



before alek, ktrunk dating dulu dengan encikhelang poyo ni~



okay thats all~ bubye lungkawi !!! <3 <3 <3



MORAL OF THE STORY : sila pergi melancong. then, you'll get the big picture of this precious world. jgn trperap bace buku je. boringgg~ :P cuticuti malaysia !! :)