Tuesday, 14 June 2011

apa yang boys perlu tahu pasal girls


ASSALAMUALAIKUM

daripada : girl
kepada : boys


Most of boys memang susah nak faham girls because why? sebab hisap rokok banyak, otak lembab jadi malas fikir. Haha *jangan marah :P  Girls sangat senang difahami sebenarnya, apa yang perlu korang buat eh? Kena faham rentak dia. SIMPLE kan. Kalau boys ada masalah dan rasa susah sangat nak faham girls, take your time to read okay :D


1) Girls suka pada pujian 
Girls memang tak boleh lari dari benda ni. Walaupun bila boys puji girls nampak cantik hari ni and dia just akan cakap 'biase je, biase je' sambil lentok sana lentok sini dan main gulung-gulung rambut, dalam hati dia bunga-bunga taik ayam semua tumbuh mekar.So, silalah puji lagi. Haha tapi, kalau tak cantik, jangan menipu.


2) Girls bukan jenis yang straight to the point
Girls memang jenis yang suka berlapik-lapik dan cakap pusing-pusing. Kadang-kadang apa yang dia cakap pun bukan semua boys faham. Dengan bahasa pelat dia ala-ala comel lagi tu, haha memang nak pengsan lah boys nak faham. The point here is, girls jarang berterus-terang dan mengharapkan boys faham sendiri tapi, boys jarang faham tindak-tanduk girls sebab biasalah, boys selalu ambil mudah semua benda. Kadang-kadang girls merajuk and terasa hati pun, boys boleh tak perasan lansung.Lagi, girls memang prefer boys yang confess dulu. Girls selalu hanya akan bagi clue2 and hint2. Senang je, girls layan maknanya sukalah.


3) Girls tak suka boys smoke time bersama-sama dengan girls.
Kebanyakan boys kan memang smoke but you know what, sangat lah tak sopan kalau boys smoke depan-depan bila dengan girls. Gentleman will never do that. Kalau boys nak rosakkan badan, pergi rosak sorang-sorang, jangan involve kan girls. Walaupun girls buat tak kisah boys smoke depan dia, dalam hati dia tetap tak suka okey. Sakit tekak, loya, nak muntah bau rokok, entah macam mana boys boleh sedut tah.



4) Girls tak suka bila boys too worry about them
'Baby, ada kat mana?' 'baby, lepak dengan siapa?' 'baby, jangan keluar malam lama-lama' Uhhh, rimas rimas. Haha. Girls want space to breath. Kalau setiap minit pun nak kena message. Nak pergi mana, dengan siapa, bila nak balik pun semua nak kena report memang terlampaulah. Girls tak suka dikongkong. Macam mana boys suka lepak-lepak tanpa girls, macam tu juga apa yang girls mahukan. Girls pandai jaga diri, tak perlu risau lebih-lebih sangat macam ibu kucing hilang anak. You guys just chill haha


5) Girls suka boys yang belanja 
Bukan sebab girls nak kikis duit boys but memang girls sukalah. Tak tahu kenapa, tapi rasa macam sweet sangat bila boys belanja semua. Tak payah semua lah but untuk mula-mula tu memang patut boys treat girls dulu. Nak tahu tak, girls selalu saje je biar boys belanja dulu semua sebab girls nak tengok sampai bila boys sanggup layan girls without minta benda-benda lain as feedback. Bila girls dah nampak kesanggupan dan kejujuran boys tu, girls tak akan pernah kedekut lansung untuk treat boys pula. Money is never be everything for girls except girls yang mata duitan.


6) Girls suka main tarik tali
Masalah girls memang dekat sini. Mula-mula suka, tiba-tiba tak suka. Memang leceh. Girls suka boys kejar dia dan buat boys tercari-cari dia sebab girls rasa boys comel bila macam tu. Girls rasa phase main-main mata and main-main nak ngorat @ flirt flirt lagi best dari bila dah couple. Kalau dah couple, benda kecil pun kadang-kadang nak merajuk. Yalah, saja nak boys cari girls and pujuk dia. See see. Girls selalu merajuk tak lama. Jadi lama bila boys tak reti-reti nak pujuk balik. Cukuplah cakap 'Hai, awak sweet, dah makan belum. Janganlah merajuk lagi, nanti saya mati' haha Girls takan nak tengok boys mati pulak, tak jadi merajuk. Simple kan.



7) Girls mudah memaafkan tapi akan selalu ingat
Yes, once broken considered sold. Hati girls pula, once broken, you leave scars. Girls hati dia sangat lembut dan sangat sensetif. Boys pula, hati keras, otak beku, lidah kelu. Tak reti-reti nak minta maaf sebab ego besar. Selalunya girls juga yang akan minta maaf dulu. You know what, girls prefer boys yang lebih alert dan sanggup mengaku salah kalau betul boys yang salah. Girls lebih suka boys yang egonya rendah and put the blame on them walaupun girls yang salah sebenarnya. Automatic, girls akan memaafkan boys. 'When your ex asks if you can still be friends right after a break up its the same thing as having a kidnapper tell you to keep in touch'. Yang ini lagi satu, girls memang susah lupakan boys yang dah sakitkan hati dia and dumped dia.Girls akan ambil masa bertahun-tahun untuk pulih bila boys yang dia sayang tinggalkan dia sebab girls sangat setia melainkan dia playgirl.


8) Girls suka attention
Bila dia pakai cantik, tolong puji dia. Bila dia masak sedap, tolong puji dia. Ada paham? haha. Bukan girls gila pujian but she is trying hard to get your attention, boys. Apeda susah sangat nak faham ni. Bila boys busy, dia akan pergi keluar dengan orang lain dan berlagak dengan boys. Korang rasa kenapa? Tak lain dan tak bukan nak curi attention korang. Boys pura-pura lah jealous ape lagi. Girls memang macam ini. Girls suka bila boys perasan apa yang dia buat walaupun sekecil kuman. Stalk la dia puas-puas. haha


9) Girls bukan sengaja emo dan pelik
Boys perasan tak, kadang-kadang girls ni boleh tiba-tiba nak marah, boleh tiba-tiba nak merajuk,boleh tiba-tiba jadi pendiam macam bukan diri dia. Yes, ini sebab angin period girls dah datang. Haha. Boys jarang faham benda ni sebab boys tak pernah alami okey. Kadang-kadang girls boleh nak makan itu ini, mengidam itu ini, dan benda yang dia tak suka tiba-tiba jadi suka. Dia boleh jadi blur dan tak faham diri sendiri pun sebab hormon girls dah lari-lari. Sila jangan marah girls dan cuba lah faham okey. Goodboys.



10) Girls tak gila sex dan tak suka janji palsu
Nafsu boys 1, nafsu girls 9. Logik tak girls tak gila sex? Sangat. Kalau boys tak bagi pun, ada kami kisah? Lansung tak. Haha. Girls hanya mahukan love love and attention. Tak perlu semua itu untuk tunjukkan kasih sayang but usually, bila boys ajak benda tu kadang-kadang girls just dont know how to respond. Samada nak biarkan or nak layan. But boys, please, girls just dont want it. You can keep it after marriage okey. Boys also very good in sweet talks. Bagi janji yang sangat meyakinkan but everything jadi debu dan pasir. Girls tak kisah pun kalau boys nak bina istana emas, just make sure you keep your promises because girls memang kuat ingatan dan akan ingat semua janji boys. Senang cerita, boleh simpan je janji palsu tu dalam poket or girls akan campak dalam laut.



CONCLUSION : 10 dah cukup sangat. Sila buat-buat faham kalau tak faham juga girls. Bukan senang nak faham girls. As a beginner, start to learn to understand your own beloved mom first. Dah lepas phase tuh, mesti girls lain pun boys akan senang je nak faham. Bereh blako. Haha

Tuesday, 7 June 2011

ways to live


ASSALAMUALAIKUM

Bak kata Bon Jovi~ I just wanna live while i am alive. Selagi hidup, kenala feel betul-betul hidup ni.Janganlah sia-siakannya. Sebahagian daripada kita memang selesa dengan kehidupan sekarang and ada yang tak puas hati. Ada juga yang rasa hidup ni unfair. Well, this is life right? Ada masa kita kat bawah, ada masa kita kat atas. LALALA~ whatever happen, we must admit it that we deserve to try and never give up in life :) Lets cekikdow ways of living ~




1) Feeling of fear

Contoh, zac efron adalah seorang yang hebat memasak. Semua jenis masakan dia boleh masak. Hebak hebak. Kalah perempuan dia masak. Dia ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan. tapi, dia takut kawan-kawan dia yang lain semua mentertawakannya dan memandang dia sebagai lelaki lembut. Ibubapa dia pun suruh dia melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Akhirnya, impian dia untuk menjadi chef terkubur begitu sahaja kerana dia takut pada kritikan dan pandangan orang lain. Dia takut dia gagal buktikan dia mampu menjadi tukang masak yang hebak. Dia takut berdepan dengan kegagalan. Takut takut takut.


Yeah bebeh, saya pernah dalam situasi ini. Dimana ketakutan mengusai kebolehan kita. So, why why baby let someone else jugde you and decide what you should do? haha. Macam mana orang lain boleh tahu kita boleh berjaya ke tak.Mereka bukan tuhan untuk tentukan semuanya. Well, the biggest revenge is when you prove you can do what everyone else says you cannot. Manusia yang hidup dalam ketakutan biasanya akan kucundang and gagal. because they dont have the spirit to go beyond limitation. What i can say is let the winner in you win. Never let the fail win. Kenapa nak takut untuk berjaya?




2) Feeling of anger and frustration

Contoh, Percy Jackson bekerja sebagai waiter di sebuah restoran mewah di Bukit Bintang. Dia bekerja keras kerana dia bukanlah pelajar pintar mahupun kaya. Dia bekerja untuk menampung keluarga yang tercinta.Tapi kan, manager dia memang garang sangat. Selalu makin hamun tak tentu pasal, kena kerja lebih masa lah, gaji tak naik pun. Kalau dia berhenti kerja, tak mungkin dia dapat kerja yang lagi tinggi gaji berbanding kerja yang sekarang ni.Nak bayar duit sewa rumah lagi, duit kereta lagi, hutang-piutang semua lagi. Tak mungkin berhenti kerja satu tindakan yang bijak buat masa sekarang. Jadi, dia terusan hidup stress in anger and frustration. Sabar jela layan customer yang macam ragam, kawan-kawan pekerja lain yang perangai tak matang and pe'el  manager yang macam hantu. Frust frust frust.


Feeling macam ini pun saya pernah ada. Asyik rasa tak puas hati je kan. Well, benda ini benda biasa. Apa yang boleh saya cakap kan, kadang-kadang kita tak tahu apa yang baik dan buruk untuk kita. Apa yang kita suka tak semestinya yang terbaik untuk kita, apa yang kita benci tak semestinya buruk untuk kita. Hanya Allah yang tahu. Fikir macam ini, ramai lagi orang lain yang tak sebertuah kita. Tapi, kalau ada jalan penyelesaian lain yang lebih baik, i insist you to follow what your heart say. Kalau dah tak minat juga nak belajar tak payah lah belajar. Buat business bagus. haha 




3) Feeling of joy, peace and contentment

Contoh, Imam muda Asyraf seorang yang berjaya dalam kerjayanya yang tersendiri. Dia memiliki keluarga yang bahagia. Dia sentiasa berusaha memimpin umat Islam yang lain. Dia bijak berbelanja dan tiada masalah kewangan. Dia hidup selesa, gembira dan dia tersangat bersyukur dengan nikmat kebahagiaan yang dia miliki kini. Freedom freedom freedom.



Semua orang memang nak hidup macam ini tapi, bukan semua orang boleh capainya. Feeling ini hanya orang yang betul-betul bersyukur dan hampir sempurna dalam hidup dia. Tak ada masalah kewangan, hidup bahagia dengan orang yang tersayang, dihormati dan disanjungi orang sekeliling. Wow, freedom of life.


CONCLUSION : Actually, semua feeling ni memang kita pernah rasai. Samada kekal atau tak je kan. Semuanya bergantung kepada kita untuk tentukan feeling yang mana kita nak rasai dan kuasai kita. Well, people learn to overcome their fear, anger and frustration rather than let their emotions run their life. Kita pun kena macam itu selalu okay :)

~rich dad poor dad~

Monday, 6 June 2011

learning


ASSALAMUALAIKUM




if you are going to play the game, then you had best learn the game, know the rules, speak the same language, and know with whom you are playing

if not instead of playing the game, the game will be played on you

Wednesday, 25 May 2011

cakap seorang


ASSALAMUALAIKUM


              Aku sendirian di hadapan taman. Aku terdiam, aku termenung. Aku cuba mencoret sesuatu tetapi pemikiran aku seperti sudah letih dan tidak mahu berfikir. Fikiran aku kosong. Aku memandang permandangan di hadapanku. Apa yang aku nampak? Seorang ibu tua sedang menjual nasi lemak dan goreng pisang. Ada dua orang perempuan dan seorang lelaki sedang berborak di meja makan sebelah gerai itu. Mereka kelihatan seronok bergelak ketawa. Ibu tua itu pula kelihatan penat tetapi masih bersungguh mengoreng pisang dalam kuali. Aku terus memerhati sekeliling lagi.

            Sebuah motosikal berhenti di hadapanku. Seorang lelaki dan membonceng seorang perempuan di belakangnya. Aku berpaling pandangan, tak mahu dilihat seperti sedang memerhati mereka. Mereka berjalan berpimpinan tangan memasuki kedai runcit. Umur masih belasan tahun tapi, lagak seperti sudah kahwin. Aku biarkan mereka dengan dunia mereka. Aku cuba berfikir tentang aku. Aku bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Aku mengharapkan pemikiranku lebih segar apabila berjalan-jalan dan berfikir tentang apa sahaja.


             Apa yang aku mahukan dalam hidup? Aku terus menyuapkan jambu batu yang aku beli tadi sebelum aku duduk di bangku kayu ini. Aku berfikir sedalam dalamnya. Banyak juga yang aku telah harungi. Melihat sahaja apa yang di lalui oleh kedua ibubapa aku, kedua kakak aku. Banyak benda yang telah aku pelajari terutama apa yang berlaku pada diri aku sendiri. Aku pasti apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Bukan untuk memujuk diri dan memberi alasan tapi, dah sememangnya dunia begini. Apa yang terjadi memang dah suratan takdir sepatutnya ia jadi macam itu. 


              Aku rasa masa kecil dahulu kita lebih banyak gembira dan tak banyak berfikir. Apabila kita semakin besar, kita mula mengelak dari merungut dan tidak lagi memandang setiap benda itu satu keseronokan. Semakin dewasa, semakin serius. Ia ke ? Tak perlu bersikap macam itu rasanya. Kenapa mahu menyalahkan umur disebabkan masalah dalaman kita sendiri? Perbezaan antara fikir dan buat. Bila kita hanya berfikir dan tak buat. Lain jadinya. Bila kita fikir dan buat. Pun jadi lain. Bila kita fikir serius, dia jadi serius. Bila kita fikir setiap benda ada kecantikannya sendiri dan ada sebab dia macam itu, mesti kita tak akan seserius dewasa yang lain yang berlagak matang. 


             Matang? Matang pada aku seperti berfikiran secara dewasa dan orang yang berfikiran matang biasanya bijak mengawal emosi daripada mengusai rasional. Selalunya, lelaki itu ego, perempuan itu emo. Mungkin ada benarnya. Tapi, melihat pada bezanya. Perempuan tak kan buat perangai emo kalau lelaki tak bersikap tak peduli atau ego. Macam mana pula dengan ego? Ego ada baiknya ke? Kenapa lelaki mesti ego? Untuk menunjukkan hebat mereka? Kelakian  mereka. Setidaknya, perempuan yang terasa atau emo, dia ada sebab untuk menunjukkan dia rasa tak dihargai atau sedih dengan tindak tanduk lelaki. Ego lelaki pula sekadar nak menyakitkan hati perempuan. Aku hanya akan bangga kepada lelaki yang egonya rendah dan bertolak ansur kepada perempuan. Ego tak akan bawa ke mana pun.


          Aku termenung lagi. Aku berfikir lagi. Aku bukan manusia sempurna. Macam mana aku boleh jadi sempurna? Kenapa setiap kali aku bercakap seperti disalah ertikan oleh dia. Kenapa setiap perbuatanku seperti dirasa pura-pura oleh dia.Apa yang aku fikirkan tidak dia endahkan. Apa yang aku rasa tidak dia pedulikan.Huluran baikku tak dihargai.Setiap tingkah laku, percakapanku, nasihatku, semuanya sentiasa salah sahaja di matanya. Aku keliru. 


          Aku dihargai oleh semua teman dan orang sekelilingku. Keluargaku selalu berbangga mempunyai anak sepertiku. Bukan ingin riak. Tapi, aku sedang berfikir, mana salahku. Kadang-kadang aku buntu. Dalam usaha aku mahu berubah ke arah kebaikan, aku tempuh pelbagai halangan. Aku berusaha elak tapi aku pernah gagal dan kecundang malah, tenggelam jauh. Orang yang aku sangka mampu memimpin aku juga rupanya adalah cubaan dan halangan aku yang paling hebat. 


          Aku kecewa. Bukan pada dia tapi pada diriku sendiri. Aku mahu berubah dan sepatutnya aku membawa dia bersama tetapi aku tenggelam bersama dia. Aku menarik nafas sedalamnya. Bersyukur masih bernyawa dan mampu bertaubat dan berusaha kembali dengan niat utamaku dahulu ingin berubah. Aku bangga, aku berjaya perbaiki diri sedikit demi sedikit. Ada aku kisah apa orang lain fikir. Tak ada, aku cuma berharap aku dapat menjadi contoh buat kawan-kawan ku yang lain.


              Dia manusia teristimewa. Aku pernah bercerita tentang kisah aku tentang dia-dia yang lain kepada dia. Sebab aku mahukan perhubungan yang jujur. Aku tidak pernah menyayangi dia-dia seperti mana aku menyayangi dia. Dia kecundang separuh jalan. Aku berusaha bangun semula untuk mempertahamkan kita. Tapi, aku berjuang seorang diri dan aku bertepuk sebelah tangan. Aku rasa sayang dia kepada aku semakin pudar,tapi  sayang aku kepada dia semakin berkembang mekar. Ternyata aku tersalah orang lagi.

             
              Aku betul-betul kecewa. Hidupku tidak seperti dulu lagi, air mata menjadi temanku, sejadah menjadi tempat tidurku, doa menjadi medium mengadu, bercerita dan berharap sepuas-puasnya kepada Dia. Aku lemah sebab aku tidak menyangka ia terjadi. Aku ikhlas, aku setia, aku mahu membina hidup bersama dia. Aku kecewa, ya, aku kecewa. Dia tidak memberi peluang kepada aku untuk berubah bersama-samanya. Setiap harapan dan janji yang dilontarkan seakan-akan tipu semuanya.Kerana apa? kerana dia tidak membuktikannya. 


              Aku terusan memandang sekeliling. Aku tersenyum melihat seekor kucing comel melintas di hadapanku. Kucing itu kelihatan gembira, berlari larian di sekeliling dedaun lalang. Telatahnya mencuit hatiku. Aku gembira. Aku yakin, setiap benda yang sedih ada gembiranya. Setiap benda yang susah, ada senangnya. Semuanya atas dasar, apa yang kita fikirkan dan mahukan ia terjadi bagaimana. Aku memang bukan sempurna. Aku dah cakap dah tadi. Tiada apa yang dapat aku hulurkan, melainkan persahabatan yang setia, doa seorang saudara yang ikhlas, teman sehidup semati di kala susah dan senang. Kasihku hanya pada Dia. Jika Dia membuatkan aku kasih kepada dia juga. Aku tak akan menyalahkan Dia kerana mewujudkan sayang aku  kepada dia.


            Apa yang aku harapkan tak semestinya terjadi seperti yang aku mahukan. Apa yang aku mahukan tak semestinya aku miliki. Apa yang aku miliki tak semestinya menjadi hak aku selamanya. Kebahagiaan bukan milik aku. Bila bila masa sahaja Dia boleh ambil semula. Yang sihat tak semestinya hidup esok hari, yang sakit tak semestinya mati esok hari, yang cantik tak semestinya peroleh kebahagiaan, yang buruk tak semestinya hidup dalam kesedihan. Aku tersenyum mengenangkan nasibku. Apa yang aku rancang untuk terjadi esok pula?  


Sunday, 22 May 2011

kasih ibu


ASSALAMUALAIKUM

kepada : mama sayang
daripada : sayang mama
mood : sayang-menyayangi



Dia memahami saya walaupun saya tidak memahaminya
Dia menyayangi saya walaupun saya tidak mahu disayangi
Dia membelai lembut saya walaupun saya cuba mengeraskan hati
Dia menangis pilu apabila saya kecundang walaupun saya menyelindungkan duka 
Dia tersenyum bangga apabila saya berjaya walaupun dia yang terakhir di khabari
Dia mampu tertawa walaupun keringat mengalir
melayan kerenah saya yang tak diduga
Dia insan teristimewa di hati seorang anak
kerana dia cekal walaupun tidak dihiraukan layanannya
Dia mengerut risau walaupun saya hanya berada jauh sedepa darinya
Dia memeluk erat memujuk saya walaupun dia lebih sedih dan terluka berbanding saya
Dia ceria memendam perasaan walaupun hanya Allah yang tahu betapa rindunya dia kepada saya
Dia rela gembira untuk saya walaupun hatinya sedang berdarah derita
Dia sentiasa sabar walaupun saya memaling muka daripadanya 
Dia berusaha mengapai tangan saya walaupun saya berusaha mengapai tangan orang lain
Dia berusaha menyemai cinta suci dalam hati saya 
walaupun saya berusaha mencari cinta baru yang lain
Dialah insan utama hati saya
Dialah insan mulia di hati saya
Dialah cinta utama saya
dan syurga adalah di bawah telapak kakinya
Dialah ibu kesayangan saya 






Selamat hari lahir kepada JAMALIAH HAJI SAAD~ saya sentiasa berdoa semoga mama panjang umur, murah rezeki dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang mulia dan disayangi ALLAH. Amin. Semoga mama saya sentiasa gembira dan tidak pernah kenal putus asa dalam melayan anak-anaknya :) ILOVEYOU MAMA <3 <3 <3 kasih sampai syurga~

Saturday, 21 May 2011

type of dreamers~


ASSALAMUALAIKUM

kepada : all dreamers
daripada : dreamer
mood :  jom dreaming 


Ladies and gentlemen, sangat penting untuk korang tahu, samada korang just hangat-hangat tahi ayam or betul-betul korang plan apa yang korang nak capai tu. Sebab mungkin korang tak sedar yang korang just sekadar memasang mimpi instead of impian. Sangat besar bezanya. Sila cekikdow bawah :)




1) Dream in past


Biasanya orang macam ini tak reti nak terima hakikat yang dia tak lagi hebat macam dulu. Contohnya,

hamba Allah ni kan pemain handal pasukan bola sepak masa kat sekolah menengah dulu. Dahla buat sport, badan hot, hensem plak tu 
dan ramai sangat yang minat kat dia. Tapi, sekarang dia dah study kat universiti. 
Dia tak sehebat dulu lagi, dia tak se cool dulu. Malangnya, 
dia sentiasa mengungkit kat orang lain pasal hebat dia dulu dan dia berharap 
dia hebat macam dulu sedangkan dia dah kat universiti, suppose dia grow up 
and pasang cita-cita dewasa yang baru. see see ~




2) Dream only small dream


This kind of people pula kan, dia tak nak ambil risiko kecewa sebab pasang impian besar-besar.So, dia pasang kecil-kecil je la. Macam play small, play safe. Haha. Selalunya orang macam ini punya impian senang je nak capai cuma banyak bagi alasan. Contohnya,


seorang hamba Allah ini, dia cakap dia nak melawat kakak dia yang tinggal di overseas. Dia tak ada masalah wang untuk berulang-alik ke overseas. 
Alasan dia cuma tiada masa sedangkan masa dia terbuang untuk buat benda lain. 
Sekarang dia nak pergi pun boleh tapi, 
alasan yang selalu orang ni bagi 'saya ada komitmen lain'
'saya akan pergi melawat dia kemudian' 
tapi sampai ke tahun-tahun hadapan pun, dia gagal untuk 
buat impian dia sebab dia rasa benda itu 
senang untuk dia achieve bila-bila masa sahaja. 
see see ~




3) Dreamers who has achieved their dreams and have not set a new dream

Orang macam ini stuck dalam dunia dia yang tersendiri. Dia rasakan dia sudah capai semua yang dia mahukan dan dia lupa untuk set a new dream which at last, dia bosan dengan apa yang dia dah capai sekarang. Contohnya,



 hamba Allah ni dah lama belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan 
yang tinggi. Akhirnya, dia berjaya menjadi doktor pakar.
Dia berasa bangga dengan dirinya sendiri kerana impiannya sejak sekolah rendah
lagi telah tercapai. Setelah bekerja selama bertahun-tahun di hospital 
yang sama, kerja yang sama, dan berhempas pulas melayan pesakit, akhirnya
dia mula bosan dengan kerjanya. Dia semakin letih dan masa dia untuk bersama-sama
keluarga juga semakin kurang. Pesakit yang ramai
menyebabkan dia terpaksa bekerja lebih masa dan jika dia berhenti kerja
dia tidak akan mampu untuk menyara keluraganya lagi. Akhirnya, dia terus hidup 
bosan bekerja dan melakukan benda yang sama setiap hari.


Dalam kehidupan kita sebenarnya tiada 'stage berjaya' yang sebenar-benar berjaya.Jika kita berjaya dilantik sebagai pengawas, kita masih gagal dilantik sebagai ketua pengawas. Life is about continueing what your are doing now and every step you make must be step which further apart from yesterday, than you will move forward without doubt. See see~




4) Dreamer who dream BIG dreams but do not have plan on how to achieve them. So, wind up achieving nothing.

Dreamers macam ini perasan bagus maaaa. Ingat hebat sangat lah tu, dia pasang cita besar punya, dia cerita kat semua orang hebat tak hebat impian dia, lepastu, dia fikir dia boleh capai dalam sekelip mata. Contohnya,

Hamba Allah ni, dia cakap kat emak dia, dia nak beli rumah banglo dua tingkat untuk
kelaurga tersayang, dia cakap kat teman wanita dia, dia sayang sampai mati nak belikan
cincin emas 5gram, dia cakap kat kawan-kawan dia, dia nak beli kereta Audi mewah minggu depan, tapi dia dah setahun tak kerja, tanam anggur kat rumah dan 
buat tahi mata sampai tengah hari.


Cakap besar orang macam ini memang tak boleh pakai. Cakap je tahu, buat tak reti. Banyak orang memang pandai bermimpi sebab benda itu free. Tapi, untuk mencapai mimpi kita itu, ia perlukan masa, tenaga dan impian itu ada harganya yang tersendiri untuk dicapai. Sama ada, we fail to plan, or we plan to fail. See see~




5) Dreamer who dream BIG dreams, achieve those dreams and go on to dream BIGGER dreams.


Makhluk Allah macam ini memang patut sangat dicontohi. Dia bijak dalam berusaha untuk mencapai impianya dan tak lupa untuk pasang cita-cita yang lebih one step futher setelah impian dia yang sebelumnya telah berjaya dia capai. Contohnya,


Hamba Allah ini ingin membuka sebuah gerai burger di tepi jalan, simpang rumahnya.
Dia berjaya menarik ramai pelanggan kerana menjual burger yang sedap, fresh dan beraneka jenis.
Setelah untung besar, dia mula membuka sebuah kedai burger atas namanya sendiri. 
Ramai yang berkunjung ke kedai makan burgernya kerana restorannya bersih, halal dan sangat 
sedap burger-burgernya. Dia mula membuka francies kedai burgernya ke negeri-negeri 
yang lain pula. Namanya kian dikenali sebagai antara peniaga or businessman melayu termuda 
di Malaysia. Dia ingin membuka perniagaan seterusnya ke luar negara.


CONCLUSION :  Dah tahu dah what type of dreamer korang ni? Haha sila sedar diri dan perbetulkan niat dan mimpi masing-masing. Jangan salah percaturan, nanti diri hanyut dalam mimpi yang sia-sia.  :)

~rich dad poor dad~