Wednesday, 13 July 2011

a step futher

ASSALAMUALAIKUM

yanadimple

Dengan ini, saya memperkenalkan orang bernama NURUL LYANA RAHMAN yang kadang-kadang suka tulis mengarut, kadang-kadang suka tulis pasal diri sendiri, kadang-kadang suka tulis suka hati je sampai ada orang yang terasa. Memandangkan papa dan mama saya sendiri pun adalah reader setia blog saya, saya terpaksa lah tulis yang baik-baik dan something yang sopan sikit. Papa saya nasihatkan saya supaya tulis elok-elok supaya tak terlalu pedas sangat, memandangkan dah ada yang sakit hati dan terasa dengan saya. Baiklah papa, taulah papa terasa panas sebab yana cakap pasal rokok kan  kan !!! :P haha.

Saya sedang usaha untuk membuat perubahan blog. Saya masih belum ada idea macam mana, tapi mungkin ada usaha untuk tarik lebih ramai readers. Sebab sebelum ni, macam biar je blog ni kan. Siapa nak baca, baca. Siapa tak nak sudaaa~  Macam tak best pula. Lagi ramai yang baca, lagi tersebar sikit ilmu yang saya nak share ni :) Memandangkan saya blogger baru, saya tak reti sangat nak letak link ke, banner ke pe. so, Baby steps sikit la taw. Okayla. Nak minta tolong sofia boleh tak?? Haha. Bye !!!

Monday, 11 July 2011

childhood memories??

ASSALAMUALAIKUM


guys.muka ribena korangg :P

Siapa ingat lagi dragonball?sailormoon?power rangers?sin chan?doraemon?powerpuff girls? Semua ni kartun-kartun favourite saya masa dulu-dulu tecikkk~ haha. Childhood memories eh? Banyak sebab nakal sangat kot. >.<

Masa kecik kecik dulu saya tomboy, rambut pendek ngat, saya tak suka pakai kain mahupun baju kurung. Kalau kena paksa juga, saya gantikan kain baju kurung tu dengan seluar panjang. Dulu-dulu saya kawan dengan budak lelaki je sebab jiran ramai laki la. Tiap-tiap petang keluar panjat pokok kat taman, lawan baling selipar, main galah panjang, main lumba basikal, main baseball, main ting ting, main ice water etc etc. Yang penting, lawan dengan laki, kompem asyik nak menang je, bajet gangsta. Haha.

Meningkat remaja semakin berubah, cewahhh~ MUNTAH. Tudung dijadikan hiasan kepala namun, kadang-kadang melayang entah kemana. Baju kurung menjadi kegemaran tapi hanya ke sekolah dan kenduri sahaja. At least, minat nak pakai dah bertambah sikit la. Dari kecil dulu memang suka involve dalam tarian dan lakonan. Ingat lagi, saya dan kawan-kawan buat persembahan tarian zapin untuk rukun tetangga. Time tu umur baru berapa eh, maybe around 7-8 tahun. Semua pakaian, tarian direka sendiri. UNDERGROUND and INDEPENDENT.

gamb skema lol


KHAWARIZMI

Time sekolah rendah sampai menengah memang prefect. Bezanya? Time sekolah rendah prefect kerek dan garang, suka tenung dan jeling orang. Time kat sekolah menengah pula, prefect hampir tak berapa nak function. Haha. Sebab kalau ada spotcheck ke, bagitahu kawan awal-awal lagi dan tolong dorang sorokkan barang terlarang. Pernah ponteng kelas sebab malas belajar, dah bosan.So, merayau-rayau luar kelas tapi, cikgu lain fikir tengah buat kerja prefect. Pernah juga ponteng kelas sampai keluar sekolah dan pergi makan KFC dengan dua orang kawan yang lain. Haha. Ponteng sikit-sikit cukup, banyak-banyak kantoi pula nanti.

Nak cerita masuk MRSM PC pula, emm emmm haha. Relax je ! 3 bulan homesick, malam-malam termenung, mandi menangis, makanan semua jadi tawar, kawan semua pula kecek klate. tok pehe kawe !! Selalu kena buli. Makcik jual keropok lekor cakap total 'samah'. Saya pula ingat dia cakap siam. Kawan-kawan buat lawak, saya tak faham tapi buat-buat gelak~memang dasar HIPOKRIT. dulu la haha


bilik memang cantiklah hias <3

Dekat MRSMPC, saya bilik C10, siesly geng bilik best walaupun bukan semua kepala sama. But still okayla. We all had fun staying together like family for 2 years :) Kitaorang punya bilik paling strategik. Tingkap menghadap padang, level atas, tingkap pula terlindung sikit dengan pokok besar. Apa korang semua fikir? TERBAIK LAHH nak tropong budak laki main bola and other sport. Kalau tak mengaku buat, nanti dituduh penipu pula. Okay, memang saya suka usha pun. Saje je, nak tengok team mana menang *sedangkan.kuang kuang kuang~ haha

Lagi, kat PC tu kn, diri ini mengaku telah menconteng dinding luar bilik. Haha. Yang penting bukan idea saya tapi bila saya find out hal tu, saya sokong. HAHA. Jom buat memorial. Nanti dah beranak pinak datang balik, ada lagi contengan nama kita ni. HEBAK HEBAK. Boleh cerita kat cucu cicit, dulu opah otak bijak belajar MRSM PC, tapi tangan gatal buat vandalisme :P


cantek dinding tu

Kat sini lagi selalu ponteng, bukan ponteng kelas la. Ponteng prep je. Bukan tak belajar lansung, just suka stay bilik, sorang-sorang pun tak apa. Tak adalah la pula nak fikir seram ke apa time tu. TERLEBIH berani. haha. Kalau nampak toyol pun, say 'hi' !! Pernah kantoi dengan fellow tak turun prep, cepat-cepat buat-buat baring dan tidur, konon sakit la. Tapi, trick tak jadi, kena marah dan halau turun juga. Tapi, turun lambat-lambat *konon memberontak~mengada tak tentu pasal saya dulu ni. >.<

Lepas keluar asrama~fuhhhh~ freedom !! yesssszzzaaayessssyayyyy. seronok nye duduk dekat rumah goyang kaki. Dah tak payah ulang alik kelantan. SEKALIK~ ambek kaw TERENGGANU pula. Hahah. Dah kena sambung study kt negeri penyu pula.Tak kisah, memang saya minta sana pun, terengganu kan cantik~ceyhhhh ambil hati orang ganu.


turun pdg bukn na riadah pun.sje semak je tepi pdg :P


MRSMPC bubye

Itu jela, share sikit-sikit jela. Next time cerita lagi tawtawww. Ini semua kisah dahulu kala, tak ada kena mengena dengan sekarang. Banyak perubahan dah~  :')

Saturday, 9 July 2011

sila baiki keadaan


ASSALAMUALAIKUM




Maaf readers semua. Memandangkan ada masalah dalaman yang menimpa saya satu persatu, saya membiarkan diri saya berehat seketika. Sebenarnya tak lama sangat pun saya biarkan blog. Tak berabuk pun lagi. Ditambah pula dengan kesibukan saya  berusaha mengisi masa cuti dengan perkara yang berfaedah dan sebaiknya telah menyekat sikit usaha saya menulis blog.  Saya ada beberapa perkara berbangkit yang saya nak bincangkan dan share tapi, memandangkan mood selalu tak da sebab masalah yang tak lah sebesar mana pun sebenarnya, cuma ada memberi sedikit  impak pada saya.

Entry saya kali ini bukan berkisar masalah dunia mahupun akhirat , bukan mengenai kerenah manusia pelik mahupun mengenai kawan yang curi duit. Saya hanya akan bercerita pendek mengenai apa yang saya dah alami menerusi dimensi mata saya sendiri. Secara GENERALLY, manusia sememangnya berfikiran berbeza-beza dan mempunyai pandangan sendiri dalam menilai sesuatu perkara. Benda yang baik boleh jadi seseorang memikirkannya buruk dan ade pihak lain pula berfikiran sebaliknya pula. Selalunya orang yang melihat apa yang berlaku akan menyalahkan mereka yang menegur kerana teguran selalunya haruslah berhemah dan bijaksana. Namun, pernahkah kita  terfikir, sebenarnya setiap teguran itu hanyalah teguran dan boleh jadi sindiran yang pedas jika memang benar terkena batang hidung sendiri. Saya tak nafikan, terlalu banyak nasihat dan teguran orang lain yang mampu menguris hati saya juga.

Tetapi, kita harus sedar yang setiap sesuatu teguran atau pendapat orang lain haruslah diterima dengan hemah dan bijaksana juga. Malahan, para ulamak sendiri pernah menyatakan, tak salah menegur orang lain yang mungkin tidak sedar kesilapan mereka walaupun diri kita sendiri buruk dan masih belum sempurna kerana apa? Kerana setiap pendapat kita mungkin mampu mengubah perspektif orang lain ke arah kebaikan dan mampu membantu diri sendiri berubah memperbaiki diri juga. Masalahnya, adakah  kita bijak menerima teguran, nasihat, pendapat atau sindiran orang lain yang secara umumnya menegur? Apa yang saya boleh katakan, setiap teguran yang baik haruslah diterima dengan baik. Jika pendapat dan nasihat orang lain di rasakan tak boleh pakai atau tak ada kena mengena dengan kita, jadi mengapa harus terasa dan menyalahkan orang yang melontarkan pandangan itu, yang mungkin memiliki pandangan yang berbeza dari kita ? Mana yang baik di ambil dan dijadikan pengajaran , mana yang buruk dibuang dan jangan sesekali membenci mereka yang sudah usaha menasihati kita, sebaliknya pandangan mereka haruslah dihormati.




Maafkan saya kerana laman sesawang bukan dijadikan diari hidup saya, maafkan saya kerana laman sesawang saya bukan dijadikan tempat saya untuk bergedik dan mencari perhatian murahan, maafkan saya laman sesawang bukan dijadikan tempat untuk saya menjaja pujian dan menarik semua orang untuk menyayangi saya dan maafkan saya kerana terlalu berterus-terang, berdebat dan melontarkan pandagan yang mampu menghiris benak dan menganggu emosi mana-mana pihak.  Boleh jadi diam adalah lebih baik namun, tak salah jika kita melihat sesuatu dan cuba berkongsi pandangan dengan umum mengenai perkara yang sama. Mungkin orang lain mampu melontarkan pandangan yang berbeza dengan kita dan dalam masa yang sama , kita peroleh ilmu yang mampu di manfaatkan.

Saya bukan sementah itu untuk membuang kawan-kawan lain yang baru dikenali mahupun yang dah lama semata-mata kerana seorang dua yang tidak sependapat dengan saya. Nilai seorang kawan sangat tinggi , inikan pula beratus-ratus kenalan yang tiada kena mengena dengan hal yang berkaitan. Saya tak akan membuang laman sesawang saya~ fb, twit, blog etc yang mnjadi tempat saya bertemu teman-teman dan berkongsi pandangan walaupun berbeza. Saya tak akan mudah melatah dan membuang kawan walaupun seberat mana kesalahannya kerana manusia sememangnya mudah melakukan kesalahan tetapi, mereka mampu berubah jika mereka mahukannya. Janganlah bertindak melulu dan membiarkan emosi menguasai minda. Hanya kerana teguran umum yang kita rasakan tak dapat diterima, kita membuang kawan-kawan yang tak ada kena mengena dengan semua itu. Teguran adalah sekadar pandagan orang lain dari perspektif yang mungkin berbeza.

MAAF. Teman rapat saya pesan. Jangan mudah mengungkapkan ucapan maaf kerana mencerminkan diri sendiri yang lemah dan sememangya bersalah namun, saya degil. Saya punyai polisi yang saya pegang sendiri. Maaf tak semestinya bererti kita di pihak yang salah.Maaf kerana saya tidak lagi mahu mengeruhkan keadaan. Saya rela mengungkapkan maaf dahulu walaupun saya mungkin di pihak yang benar. Setiap perbalahan tak akan berlanjutan jika sebelah pihak sanggup menarik diri dan mengungkapkan maaf dahulu. Saya rela menjadi pihak yang mengungkapkan maaf itu dahulu walaupun mungkin dituduh di pihak yang salah atau terlalu berlembut. Macam mana benar pun kita, tapi pihak lawan tetap fikir kita yang salah, no point untuk kita tengakkan kita di pihak yang benar atau salah. Semuanya akan tetap dipandang kita sahaja yang salah. Jadi, saya sememangnya berkeras untuk tidak memanjangkan hal yang sangat remeh ini. Saya menyatakan sejuta kemaafan bagi mereka yang telah terasa dengan saya walaupun saya tak berniat menegur atau melontarkan pandangan mengarut untuk  saja-saja menyakitkan hati orang.  

Saya merelakan perginya seorang kawan dari hidup saya jika itu yang lebih baik walaupun mungkin kehilangan kawan mampu menitiskan air mata kesedihan kerana seperti sedang bermusuhan. Tetapi itu sememangnya adalah terbaik untuk saya mengelakkan kekecewaan mengundang kembali. Dia telah lama terkubur dari memori saya. Saya tidak mengedahkannya bukan kerana dia musuh saya atau saya telah membuang dia. Tapi, saya sedang berusaha untuk move on dan sebenarnya saya telah lama berjaya. Namun, dia kembali memeningkan kepala saya dengan hal remeh ini. Saya rela awak pergi kerana saya yakin sememangnya awak berbeza pandangan dengan saya. Saya punyai hidup saya sendiri yang awak tidak usaha untuk faham.Malahan, semunya selalu dipandang serong oleh awak. Langsung saya tak salahkan awak. Namun, jangan pernah melibatkan orang lain sekali dalam kekeliruan awak tentang saya. Saya sayangkan nilai seorang kawan itu. Tapi, jika awak mahu bawa kawan-kawan awak bersama-sama awak saya tak kisah. Apa yang awak rasakan terbaik untuk awak, awak boleh buat semuanya dan saya tak pernah kisah dan tak akan peduli sudah sejak sekian lama lagi.




~saya mohon drama bersiri bosan saya dengan awak dihentikan kerana tak ada faedah. Semua perkara yang berlaku wajar dilupakan jika hanya akan mengundang kemarahan dan perbalahan. Mana yang baik disimpan elok dan dijadikan pengajaran serta iktibar hidup . Saya mohon pandangan saya juga dihormati walaupun mungkin berbeza dari awak semua.

~Saya berkeras, saya tak mahu panjangkan hal remeh ini. Hal negara kini lagi merisaukan kita berbanding masalah salah faham dan gaduh budak-budak ini. Marilah sama-sama kita fikirkan apa yang terbaik untuk negara kita yang tercinta ini. :)

Friday, 1 July 2011

ISLAM itu indah~


ASSALAMUALAIKUM


Pernah tak kita terfikir kita tak sebertuah orang lain yang dilahirkan bukan Islam? 
Pernah tak kita terfikir, kalau kita bukan Islam, adakah kita akan mencari Islam?
Cukup kuatkan kita untuk meninggalkan fahaman lama kita semata-mata untuk Islam? 
Sanggupkah kita tinggalkan keluarga tercinta yang menentang kuat Islam? 


Kadang-kadang saya rasa, manusia yang baru memeluk Islam itu adalah lebih baik dari manusia yang dilahirkan Islam kerana betapa nikmat dan damainya mereka setelah menjumpai sesuatu yang sangat bernilai yang mereka cari-cari selama ini. Mereka akan mencuba mendalami Islam dengan baik dan patuh semua perintahNya kerana mereka telah merelakan diri mereka masuk Islam. Mengapa mereka nak masuk Islam jika segala suruhan dalam Islam untuk dilanggari, kan? Malangnya adalah kepada manusia bertuah yang telah dilahirkan dalam keadaan Islam yang tidak sedar-sedar betapa bernilainya Islam ini.


Mereka hanya Islam kerana keturunan dan kerana nama semata-mata. Ibubapa mereka tunggang-langgang, mereka ikut, ibubapa mereka puasa,mereka puasa, ibubapa mereka larang itu ini, semua ikut. Tak ada salah pun cuma berbeza dengan golongan Muallaf ni, apa sahaja mereka akan persoalkan dahulu. Jadi, mereka lebih faham kenapa mereka harus buat semua itu, sekaligus menyebabkan ilmu mereka lebih dalam berbanding mereka yang sememangnya telah lahir dalam keadaan Islam. Kadang-kadang kita buat tapi, kita tak faham kenapa kita pelu buat semua itu. Sedangkan kita tahu, semua perintah yang Allah suruh, semuanya punyai alasan tersembunyi yang sangat indah dan mampu menguatkan keimanan kita lagi.


Manusia kini berarak, berhimpun dan memberontak sekadar nak menunjukkan amarah mereka sahaja. Sedangkan apa yang mereka perjuangkan? Kosong. Mereka hanya mencerminkan manusia yang lemah dan cetek akal serta cepat melatah. Dimana perginya Islam yang adil, saksama dan diplomatik? Semuanya kerana umat Islam sendiri yang sudah lemah pada pegangan Islam yang hebat ini telah disia-siakan. Kalau Rasulullah SAW lihat umatnya kini, agak-agak macam mana riaksi baginda, mungkin menitis air mata dan hancur hatinya kerana sunnahnya tak dituruti dan ajarannya ditinggalkan begitu sahaja.


layak ke kita jadi umat Baginda?


Segala nikmat di dunia adalah sementara tapi manusia sememangnya dah tergila-gilakan dunia. Mengapa? Sebab tiadanya kesedaran yang mampu mengajar kita erti keinsafan sebenar. Tak sedarkah kita? Dunia ini seperti satu ujian, jika kita gagal, kita dimasukkan ke syurga yang penuh nikmat yang tak pernah kita bayangkan, dan jika kita gagal ujian itu, kita bakal dihumban ke neraka yang tak pernah terlintas bagaimana seksanya. Tiada orang yang mahu gagal dalam ujian, jadi mengapa membazirkan masa lagi? Kita semua sudah dirisik malaikat maut yang bakal menemukan kita dengan kekasih kita, Allah SWT. Kita mahu jumpa kekasih kita dalam keadaan yang mulia atau hina? Kita tentukan sendiri.


~Cerita seorang Muallaf~


Sebenarnya kita tak pernah sangka begitu banyak nikmat yang Allah telah beri kepada kita, cuma kita tak reti bersyukur sahaja. Jika kita gagal mengingati Dia, adakah Dia akan menarik semua nikmat yang telah Dia beri kepada kita? Awak berulang kali gagal dalam exam, awak hilang kawan, awak hilang duit, awak rasa marah dan menyalahkan Dia, adakah Dia akan mengambil keluarga awak yang sentiasa ada dengan awak? adakah Dia akan mencacatkan tangan awak yang banyak berbakti? adakah Dia akan membutakan mata awak yang melihat rezeki? TIDAK. Dia tak akan pernah berlaku tidak adil kepada mahklukNya. Dia tetap memberi nikmat yang melimpah ruah walaupun kita alpa dan lalai mengingatiNya. Betapa Dia sangat menyayangi kita. Betapa tidak bersyukurnya kita dengan nikmat yang sedia ada. Tetapi kita, terkejar-kejarkan sesuatu yang belum pasti cintanya dan bukan milik kita selamanya.


kita sudah cukup bersyukur ke?


Ya, inilah manusia. Apabila mendapat kemewahan, mereka berbangga, riak dan lalai mengigati Dia yang telah meminjamkan nikmat itu. Tapi, apabila ditimpa kesusahan, barulah Al quran, sejadah dan telekung di cari. Dia sentiasa ada bersama-sama kita cuma kita sahaja yang sering lupa pada Dia. Cinta pada manusia tidak akan pernah kekal selamanya jika kita tak pernah bersyukur pada Dia yang telah meminjamkan cinta itu kepada kita dan orang lain. Sedangkan cinta pada Dia tak akan pernah pudar dan akan sentiasa dibalas selamanya. Betapa ruginya kita terkejar-kejarkan cinta dunia yang fana. Dia tidak akan pernah jemu mendengar rintihan kita, menutup keaiban dan menerima kemaafan serta taubat kita walaupun kita sudah putus asa pada doa dan harapan kita pada Dia. Sedarkah kita semua itu?


~Jagalah Allah , nescaya engkau akan mendapatkanNya di hadapanmu. 
Kenalilah Allah di waktu senang , nescaya Dia akan mengenalmu di waktu musibah. 
Ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan menimpamu. 
Dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu. 
Ketahuilah bahawa KEMENANGAN itu bersama-sama KESABARAN dan 
KEMUDAHAN itu bersama-sama KESULITAN dan 
bersama-sama KESULITAN ada KEMUDAHAN ~


Saturday, 25 June 2011

hampa bukan?


ASSALAMUALAIKUM



Pernah tak awak rasa seperti awak menyesal mengenali seseorang? Mungkin awak pernah berjumpa dan mengenali seseorang yang mungkin awak rasakan mampu membantu, menyelami dan sentiasa ada dengan awak namun, semua itu palsu. Setelah berbulan mengenali dan berkongsi suka duka, dia hilang entah kemana. Bayangan dan senyuman manisnya hanya tinggal angin dingin dan rasa pahit ditekak serta jarum kecil yang menusuk-nusuk dada. Kemana dia menghilang? Dahulu kemana sahaja awak pergi dia ambil tahu, kemana sahaja awak mahu pergi, dia mahu ikut. Adakah itu sifat sebenarnya sayang atau sekadar pura-pura kerana melindungi niat sebenar di hati?


Kadang-kadang awak tertanya-tanya berbaloikah semua yang awak lakukan untuk dia? Berbaloikah masa yang di buang untuk beristirehat dan sepatutnya di isi bersama-sama keluarga dan rakan di isi hanya untuk bersama-sama dengan dia. Berbaloikah segala kejujuran dan keikhlasan yang dihulurkan atau semuanya bakal dilupakan dan tak dipedulikan langsung. Berbaloikah membuat dia gembira dan berkorban segalanya jika akhirnya ditinggalkan dan tak dianggap kawan mahupun seseorang yang pernah hadir dalam hatinya?


Bagaimana dengan hati awak apabila seruan jahat menghasut awak untuk membencinya kerana sikap pura-pura dan ketidak-endahannya. Dia seperti manusia tanpa hati. Dia tak pernah endahkan awak, mengapa awak masih menunggu dan mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Awak mahukan kebahagiaan, jadi mengapa awak menunggu kesedihan kembali? Dia bersikap tidak adil? Ya, mungkin dia tidak adil tetapi awak mampu bersikap adil pada diri sendiri dengan menyayangi hati awak dan jangan biar ia terluka lagi.


Walaupun kenangan manis awak dan dia, disimpan kemas tanpa habuk dalam peti kaca emas tapi awak pastikah dia berbuat yang sama? Dia mungkin hanya pencinta janji palsu dan bertopengkan keimanan untuk menutup keinginan nafsunya dan kegembiraannya permainkan hati manusia. Kenangan awak dan dia telah lama dia campak ke laut tanpa sedikit pun belas kasihan rintihan janji itu pinta disimpan semula ke dalam hatinya.


Biarkan dia dengan hidup dia. Dia tak pernah berusaha masuk ke dunia awak. Mengapa awak berusaha memasuki dunianya yang tak pernah dia jemput untuk awak. Dia menutup rapi pintu dan tingkap hatinya. Dia keras hati. Dia sedang bergembira dengan hidupnya yang dia rasakan sudah bahagia kerana dia sangka awak tidak berharga dan kerana dia manusia yang tak pernah cuba menghargai keistimewaan awak yang orang lain mahukannya. Awak terluka kerana dia tinggalkan awak, sedangkan dia meninggalkan awak kerana dia belum cukup sempurna untuk awak yang sempurna dan seindah batu permata.


Lagu ini untuk awak tapi jangan menangis pula. Anggap sahaja dia tak pernah layak untuk seketul hati awak yang suci dan ikhlas itu. Pintu hati awak bakal diketuk seseorang yang lebih istimewa. InsyaAllah, sama-sama berdoa.


please mark this words dear ~Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah. semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah,buat bekalan di dalam perjalanan~


Friday, 24 June 2011

bila syaitan pun pening


ASSALAMUALAIKUM


Pada suatu hari yang hening, kelihatan syaitan sedang mundar mandir dalam sebuah rumah. Syaitan itu berjalan-jalan antara dua orang mahkluk Allah. Seorang mahkluk Allah sedang tidur dengan nyenyaknya. manakala, lagi seorang mahkluk Allah sedang solat.

Syaitan itu pening untuk menggoda yang mana satu. Malaikat yang terlihat gelagat syaitan itu pun bertanya kepadanya.

'Wahai cik syaitan kenapa engkau berperangai begini? Dari tadi aku lihat engkau mundar-mandir sahaja,'

Syaitan pun menjawab ' Aku pening mahu kacau anak Adam yang mana satu sebab yang seorang ini sedang tidur tapi, tidurnya dalam keimanan dan berilmu. Manakala, seorang lagi mahkluk Allah ini sedang solat tapi, solatnya tidak khusyuk dan tunggang langgang,'

Malaikat berkata lagi ' Cik syaitan janganlah engkau mengganggu kedua-dua anak Adam ini'

Syaitan menjawab semula, ' Buat apa aku kacau makhluk Allah yang sedang solat itu, kerana solatnya sememangnya sudah tidak khusyuk tapi, jika aku kacau yang sedang tidur dalam keimanan ini pula, nanti dia bangun dan membetulkan sahabatnya yang sedang solat itu pula,'

Malaikat tersenyum sambil berdoa syaitan akan terusan gagal mengganggu anak Adam dan terus beredar meninggalkan syaitan yang masih keliru mahu mengganggu yang mana satu antara dua orang makhluk Allah tadi.



CONCLUSION : solat lah dengan khusyuk seperti anda betul-betul menghadapNYA dan tidurlah dalam keimanan dan berilmu kerana tidur juga ibadah dengan niat hanya kerana Allah  :) mari buat syaitan pening lagi :P