Tuesday, 17 May 2011

bila hati berdoa dan berharap


ASSALAMUALAIKUM

kepada : Dia
daripada : hamba Nya
mood : pasrah

Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku dan aku tercipta buatnya
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan miliku
dan aku bukan buat dirinya
Bawalah kami jauh dari pandangan masing-masing
Luputkanlah kami dari ingatan masing-masing
Dan peliharalah kami dari kekecewaan
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah kami kekuatan
Melontar bayangan masing-masing jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah agar kami bisa bahagia
Walaupun tanpa satu sama lain
Dan ya Allah yang tercinta
Gantillah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak lagi bersama

Ya Allah ya tuhanku
Pasrahkanlah kami dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat kami
kerana Engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat segala hambaMu 

Ya Allah
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemelihara kami
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari segala hamba Mu yang daif ini
Jangan engkau biarkan kami sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan kami kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah kami pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah pada kami keturunan yang soleh



4 comments:

A said...

aminnn. hehe. dah 20 and rasa dah patut pikir sume ni hehee :)

LyaLuna said...

azlah : doakn jdoh yg tbaek tok yana :D yg baek, briman, yg mmpu syg yana!!! uhuuu. n smoga azlah pon jmpe yg ssuai <3

Syed Ahmad Fathi said...

Berdoalah dengan penuh pengharapan.Semoga ALLAH kabulkan inshaallah.

LyaLuna said...

ye. trima ksh syed :)awk doakn sy jgk.