Saturday, 25 June 2011

hampa bukan?


ASSALAMUALAIKUM



Pernah tak awak rasa seperti awak menyesal mengenali seseorang? Mungkin awak pernah berjumpa dan mengenali seseorang yang mungkin awak rasakan mampu membantu, menyelami dan sentiasa ada dengan awak namun, semua itu palsu. Setelah berbulan mengenali dan berkongsi suka duka, dia hilang entah kemana. Bayangan dan senyuman manisnya hanya tinggal angin dingin dan rasa pahit ditekak serta jarum kecil yang menusuk-nusuk dada. Kemana dia menghilang? Dahulu kemana sahaja awak pergi dia ambil tahu, kemana sahaja awak mahu pergi, dia mahu ikut. Adakah itu sifat sebenarnya sayang atau sekadar pura-pura kerana melindungi niat sebenar di hati?


Kadang-kadang awak tertanya-tanya berbaloikah semua yang awak lakukan untuk dia? Berbaloikah masa yang di buang untuk beristirehat dan sepatutnya di isi bersama-sama keluarga dan rakan di isi hanya untuk bersama-sama dengan dia. Berbaloikah segala kejujuran dan keikhlasan yang dihulurkan atau semuanya bakal dilupakan dan tak dipedulikan langsung. Berbaloikah membuat dia gembira dan berkorban segalanya jika akhirnya ditinggalkan dan tak dianggap kawan mahupun seseorang yang pernah hadir dalam hatinya?


Bagaimana dengan hati awak apabila seruan jahat menghasut awak untuk membencinya kerana sikap pura-pura dan ketidak-endahannya. Dia seperti manusia tanpa hati. Dia tak pernah endahkan awak, mengapa awak masih menunggu dan mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Awak mahukan kebahagiaan, jadi mengapa awak menunggu kesedihan kembali? Dia bersikap tidak adil? Ya, mungkin dia tidak adil tetapi awak mampu bersikap adil pada diri sendiri dengan menyayangi hati awak dan jangan biar ia terluka lagi.


Walaupun kenangan manis awak dan dia, disimpan kemas tanpa habuk dalam peti kaca emas tapi awak pastikah dia berbuat yang sama? Dia mungkin hanya pencinta janji palsu dan bertopengkan keimanan untuk menutup keinginan nafsunya dan kegembiraannya permainkan hati manusia. Kenangan awak dan dia telah lama dia campak ke laut tanpa sedikit pun belas kasihan rintihan janji itu pinta disimpan semula ke dalam hatinya.


Biarkan dia dengan hidup dia. Dia tak pernah berusaha masuk ke dunia awak. Mengapa awak berusaha memasuki dunianya yang tak pernah dia jemput untuk awak. Dia menutup rapi pintu dan tingkap hatinya. Dia keras hati. Dia sedang bergembira dengan hidupnya yang dia rasakan sudah bahagia kerana dia sangka awak tidak berharga dan kerana dia manusia yang tak pernah cuba menghargai keistimewaan awak yang orang lain mahukannya. Awak terluka kerana dia tinggalkan awak, sedangkan dia meninggalkan awak kerana dia belum cukup sempurna untuk awak yang sempurna dan seindah batu permata.


Lagu ini untuk awak tapi jangan menangis pula. Anggap sahaja dia tak pernah layak untuk seketul hati awak yang suci dan ikhlas itu. Pintu hati awak bakal diketuk seseorang yang lebih istimewa. InsyaAllah, sama-sama berdoa.


please mark this words dear ~Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah. semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah,buat bekalan di dalam perjalanan~


14 comments:

Engku Sofea said...

yana. <3

dj mudd said...

alalaa....swit jep dak yana nih..:p

LyaLuna said...

sofea sygggg tenkiu 4 bein thre 4me ;) <3

LyaLuna said...

yekeeee najaa. :P sek ganu plus slago meme gini :P

namasayatihah said...

nice post..it is true indeed...been there babe~

LyaLuna said...

yeah. smtime we juz hve to face it all. den we'll learn smthng frm it :) manusia mmg smua rmbut sma hitm, hati lenlen. hnya DIA je yg tahu ape dlm hati n niat sbnr org mcmniii

Anonymous said...

mesti menyesal kwn dgn org mcm Am jugak enn.

Anonymous said...

saya setuju. dan sedang menghadapi masalah yang sama. namun, saya ingatkan diri sendiri dan anda juga, jangan membenci, dan ingat kebaikan mereka. Allah itu maha mengetahui, insyaAllah ada jalan yang sempurna buat kita. saya nak nasihatkan anda dan juga diri sendiri, jangan mudah terpengaruh dengan orang. ada jenis manusia yang saya tak tahu lah apa masalah mereka, baik di luar, tapi di dalam, tuhan sahaja yang tahu. bukan saya nak mengadili manusia, namun ada yang saya nampak menjurus kearah tersebut. saya sebagai manusia, kalau boleh ingin berkongsilah apa yang saya rasa. kita sesama Islam, apa salahnya berkongsi kan? moga Allah merahmati kita semua. kamu juga Lyana :)

LyaLuna said...

am: tadelaa.. suma org bwt silap. tade org yg smpurna. yana pun ade bwt silap. ksilpn mngjr kita. no worries. :) iAllah ada hkmah suma yg tjadi

LyaLuna said...

ano : tq so muchh 4 d advise. love it. :) betul kdg2 kita mghrapkn sume org smpurna dmata kita sdgkn smpurna itu tak pernh wjud dlm mhkluk Allah. hnya Dia je yg smpurna. kta ptut trima baik bruk org len. wlupn org itu jaat, mgkin da mmg sift dia mcmtu. wlupun kta da usaha betulkn org tu, kdg2 suma tu tak berbaloi klau dia tak hrgai pun. at least kte da cuba. doa mgkin IAllah Allh tlog hmba Allah mcmtu :)

Anonymous said...

ya. sebenarnya, orang yang dah lama kita kenal, dan orang yang baru kita nak kenal, kadang-kadang sama je. yang lama, ada lagi part yang kita tak kenal sepenuhnya. dan yang baru, jangan kita sangka semuanya baik, mungkin cara dia baik, tapi orang yang dah lama kenal, kenal perangai dia yang sebenarnya. macam yang saya cakap, bukan nak nilai orang, tapi kalau boleh, kita kena tanam sifat hati-hati terhadap semua orang. semoga kita terhindar dari benda benda yang di akhir nanti, akan melukakan diri sendiri. saya sendiri pernah rasa, dan lyana sendiri pun mungkin pernah alami kan? ni berdasarkan entry yang saya pernah baca la. kuatkan diri. kita perempuan, kena ada satu sifat jangan mudah percaya dekat orang. sebaik-baik manusia, ada yang kurangnya. diri saya ni pun macam tu. banyak yang kurang. harap dapat diperbaiki la. sama-sama berdoa pada Allah. agar dikurniakan yang terbaik.

dan maaf, saya memang silent reader blog lyana. teruskan post benda yang boleh bagi input kat semua orang. :-)

Nobita Sensei said...

very good entry.

LyaLuna said...

ano : trima ksh awk... very tacen tacen laa.. sy yg na ngisss T_T wuuu.truskn usha bloggg sy k. :) sy pun ta pena smprna n perlukn bmbngn n tnjk ajr org len jgk .

LyaLuna said...

nobita : tenkiuuu my reader :)