Sunday 31 July 2011

ramadhan bakal tiba lagi

ASSALAMUALAIKUM
harapan ramadhan

Syabaan telah pun berakhir. Ramadhan bakal menjelang tiba. Syabaan adalah masa yang sangat sesuai untuk semua umat Islam membersihkan diri daripada dosa dengan melakukan ibadah seperti puasa 3 hari pertama, 3 hari pertengahan dan 3 hari pada penghujung Syabaan. Malah, indahnya Syabaan kerana terdapatnya Nisfu Syabaan juga.

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda :
Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, 
seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan 
keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan 
ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.” 

Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan.

  rindu makan shameshame C10~MRSMPC

Ramadhan tahun ini bakal mengukir pelbagai lagi kenangan manis dan mungkin juga pahit bersama-sama keluarga dan kenalan yang tercinta. Kenangan bangun pagi untuk bersahur bersama-sama rakan taulan di sekolah asrama penuh dan tidak lupa yang di perantauan, cekalnya menahan lapar dan dahaga pada siang hari, semangat yang berkobar-kobar untuk ke bazar untuk membeli makanan berbuka yang menyelerakan, nikmatnya berbuka bersama-sama keluarga yang tercinta sambil berkongsi-kongsi juadah dan seronoknya berkumpul di masjid dengan umat Islam yang lain bagi menunaikan tarawih. Amalan bersedekah dan umrah juga semakin menjadi-jadi di bulan yang mulia ini kerana pahalanya yang berlipat ganda. Indahnya Ramadhan ini.

RASULULLAH bersabda :
'Islam dibina atas 5 perkara, 
bersaksi bahawa tiada Tuhan yang 
berhak disembah selain Allah,
bahawa Muhammad adalah utusan Allah, 
menegakkan solat,menunaikan zakat,melaksanakan haji,
BERPUASA RAMADHAN'

Puasa dalam bulan Ramadhan adalah wajib bagi semua umat Islam. Inilah masanya Allah menguji kesabaran kita dalam menunaikan tanggungjawab puasa dengan menahan diri daripada lapar *perut kruk kruk dan dahaga *tengok air kosong pun terliur kan. Selain itu, manahan diri kita daripada dosa dan maksiat. Oleh itu, laksanakanlah puasa dengan sebaiknya *no ponteng ponteng for boys >.<

balik kampung oh oh balik kampung


'Sesungguhnya termasuk sikap berlebihan ialah
apabila kamu makan setiap kali 
kamu menginginkannya'

Janganlah amalkan sikap berlebih-lebihan. Tambahan, time puasa ni, pergi bazar macam pergi supermarket siap bawak troli lagi kan, sedangan yang nak berbukanya dua orang je *terlebeyy sudey. Cukuplah sekadar untuk menghilangkan lapar dan menikmati keseronokan berbuka itu. Apabila ada makanan yang berlebihan itulah yang dah termasuk dalam sikap berlebih-lebihan. Bersederhanalah dalam berbelanja dan jangan bazirkan juadah yang akhirnya masuk kedalam perut tong sampah. Sedangkan, ada orang di luar sana yang tidak tahu berbuka apa kerana kesempitan wang.

amir n shira say yayyyyyayyyy poceee. DUIT RAYA ^^,


'Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah,
nescaya Allah akan menjauhkan wajahnya dari neraka
sejauh (perjalanan) 70 musim gugur (tahun)'

Puasalah dengan nawaitu untuk beribadah semata-mata kerana Allah, bukan untuk riak, bukan untuk diet, bukan untuk makan besar dan sebagainya. Salah niat, berkuranglah pahala nanti. Jadi, perbetulkanlah niat kerana semua benda yang kita buat pun bermula dengan niat. Baik niat, baik lah perlakuan seterusnya, buruk niat, nanti lain pula jadinya.

fikir dulu sebelum kowek heehee :P


'Lakukan amalan setakat kamu terdaya,
sesungguhnya Allah tidak jemu'

Bagi yang uzur mahupun yang tak mampu tu, janganlah nak paksa diri pula. Termasuklah yang ada gastrik tu, makan ubat, jangan skip. Kalau dah tak tahan juga, berbuka jela. Nanti tak pasal-pasal raya dalam hospital pula nanti. Islam tak pernah memaksa umatnya dan Islam itu mudah tapi, bukan untuk dipermudahkan sewenang-wenangnya. Puasalah selagi terdaya tapi janganlah baru sakit perut kena gigit semut terus berbuka pula eh :P

p/s : utamakan puasa dulu~ jangan ingat nak shopping raya dan makan besar je  >.<

5 comments:

A said...

waaa rindu bukak pose kat skola hehehee. nway cmt pose yana :)

Far8 budak baik said...

hahahaah..
selamat berpuasa ehh..
jangan lupe main meriam k..
hahahahaha...
pastu jgn lupe sahur..
bangun awal k..
pastu kuih raya nnti..
sila share2 ehh..nk rase jugakk =)

LyaLuna said...

@azlah : yeahyeahh rindu benorr kn kn kn azlahhh :) utoo dearr smt pose

@far8 : heehee. wahwah. awk ajk sy leee men meriam tuhh sbb sy tade :P okay. utoooo >.<

Anonymous said...

cumelnye kanak2 riang tuh.kekekeke.selamat berpuasa yana ^_^

LyaLuna said...

ank sdare tuuhh hehehe mmg comey n mesra sgtsgt >.< salam rmdhan too you tooo cheqwa :) smga mmbwa sribu eri :)