Thursday, 5 May 2011

kami sayang smokers


ASSALAMUALAIKUM

kepada : kaki smoking
daripada : kaki tak smoking
mood : caring sangat




Okay, hari ini kita akan membincangkan tajuk smoking. Kaki smoking lah, tak akan mulut smoking pula kan walaupun mulut yang hisap.Haha. Baiklah, kenapa seseorang itu merokok? Kebanyakan daripada kita taw cangat la asal mamat-mamat dan ada juga minah-minah yang hisap rokok, tapi tak apa, mari kita selak lagi sekali sebab-sebabnya :


1) saya stress lah ! *kau ingat kau sorang je stress? pirahhhhhh.
2) saya rasa saya cool ! *kau dah macam paip gas bocor kat umah aku dah.tak cool lansung
3) saya suka lah main-main asap *kau ingat kau bomoh nak main-main asap plak?  
4) saya mencari idea dengan menhisap rokok *rokok tu buat otak kau jadi lembab lagi adala
5) saya lelaki mestilah hisap rokok *kenapa kalau kau tak hisap rokok kau bertukar jadi perempuan ke?


Haha, well seriously, reasons para perokok ini memang pelbagai. Kalau kau suruh dia pilih gf dia or rokok pun, silap-silap ada yang pilih rokok. Hebat betul rokok ni kan. Kenapa? Kenapa rokok itu berbahaya.Saya rasa ramai yang dah tahu ingredient2 dalam rokok tu sendiri so, takpayah la saya nak rungkaikan lagi. Semua ingredient dalam rokok sememangnya berbahaya seperti bahan-bahan bakar, bahan-bahan toksik dan yang sekutu dengannya yang mampu merosakkan hati dan otak anda.Baik kau tunggang je barang tu mentah-mentah lagi hebat. Kalau saya cerita pun, kompem perokok sendiri dah naik mual dengar sebab dorang memang tahu sebenarnya cuma, saje je kan mengada buat-buat tak tahu.ALOLO. nak muntah mengada korang. :P




Tetapi, disebalik kebodohan, kepura-puraan dan kehipokritan anda yang buat-buat tak tahu bahaya merokok ni kan, adakah anda sedar bahawa anda telah turut sama melibatkan nyawa orang lain dalam bahayanya juga?


Daripada kajian Universiti Yota, hasil penelitian mereka menunjukkan sesungguhnya zat berbahaya yang dihisap oleh wanita dari asap cerut orang lain akan beralih ke sel-sel leher rahim melalui darah dan akan mengancamnya dengan jangkitan kanser


Thus, korang ada rasa macam pentingkan diri sendiri tak dengan keseronokan korang hisap rokok tu? Dahla korang berpotensi besar dengan pelbagai kerosakan organ dan penyakit. Ditambah pula dengan merosakkan harapan wanita lain yang sangat meginginkan cahaya mata kesayangan mereka. Wahwah. Betul lah, this is serious matter. Guys, please think about it.


'Apakah senang bila engkau melihatku ditimpa penyakit kanser kerana rokokmu? Sanggupkah?'


Memang benar, rokok adalah sumber ekonomi. Kerajaan atau sesuatu jabatan tidak mampu menghentikan penjualan rokok itu. Tapi, pernah belajar ekonomi tak? Apabila sesuatu barangan itu semakin kurang mendapat perhatian, ini akan menyebabkan pengeluarannya berkuarangan. Apabila semakin berkurangan, lama-kelamaan, tiada lagi barang itu dijual di pasaran. Bila tak ada orang yang nak membeli rokok, tak ada lah orang yang nak menjual nya. see see !


WHEN WE DECREASE THE PRODUCT DEMAND, WE WILL DECREASE THE PRODUCT SUPPLY AS WELL.


Tak percaya pergi cari graph dia. HAHA. :) This is what we call kuasa pembeli. yes! Kita sebagai pembeli sangat berkuasa, apa-apa kesalahan pembeli ke, barangan ke, jualan ke, penjual tak senonoh ke, penjual pakai make up over ke, semuanya kita mampu lakukan sesuatu tindakan. Hari tu saya tengok buku Law, perrrrgggh. Salah sikit pun boleh saman macam-macam. Hebat oh pembeli ni.


non-smoking heart VS smoking heart yucks


Sebenarnya, kami perempuan sangat caring lagi penyayang kepada smoker sekalian. Tahukah anda, umur para perokok juga lebih pendek dari para tak perokok. Maka, kami perempuan sangat tak mahu kalian mati cepat dan bertemu Ilahi, memandangkan amal ibadat korang pun belum cukup banyak lagi untuk dihitungan. Tak malu ke banyak dosa? Lepastu tambah dosa dengan merosakkan diri sendiri yang Allah dah cipta dengan sebaik-baik ciptaan.


Anda memang tak reti appreciate ciptaan Allah. Sama seperti perumpamaan, memberi bunga kepada beruk. Andalah beruknya. Allah ciptakan anda sangat istimewa sehingga malaikat pun tunduk memberi hormat kepada Nabi Adam. Anda tu pula, dah cantik, hensem, comel lotey, then anda hitamkan hati anda dengan arang, asap, racun,minyak,tar sampai hitam bin legam yekk, tak ada siapa kenal hati anda dah.






CONCLUSION :  kalau ada orang yang tegur anda supaya anda stop smoking, janganlah tengking balik or marah. Actually, orang itulah yang paling sayang anda. Kalau orang tu ajak anda smoke, orang itulah yang nak sangat tengok anda mati cepat kot. Saya yakin anda mampu berubah, sama ada anda mahu atau tidak je.

Janganlah anda menzalami diri anda lagi, perbuatan menzalimi diri sendiri dah termasuk dalam benda-benda HARAM dah pun. ALLAH tak suka taw. Jika anda sayang  Allah, family anda, isteri anda, anak-anak anda, kawan-kawan dan diri sendiri, dah boleh stop hisap rokok dan hisap rocky plak lepas ni. COMEL nya, hisap rocky eh. Siap boleh share dengan gf and orang lain lagi tu. Kalau kau share rokok dengan gf, memang penyepak lah kau dapat. Share rocky dapat sayang. Well, SHARING IS LOVING. haha :)

semoga teguran dan nasihat yang baik diterima.Amin <3


9 comments:

Unknown said...

bagus3,pengaplikasian ilmu ekonomi yg mantap...merokok mmg merbahaya.katakan xnak walaupun sy x merokok,haha...

Zaza said...

ya allah, sye pon x suke org yg smoking2 ni.. aishh! asap nye sungguh busuk!

LyaLuna said...

ayob : oh.bguz la eh. smoga awk mnjadi cth tbaek kwn2 :D

zaza : dorg mmg ske bwt jerebu free2. bwt klabu pndgn je an.

geram said...

entry yg menarik..menakutkan..tq share..

LyaLuna said...

geram :tq :) takut ehhh~ silasila shre:)

Anonymous said...

merokok boleh kena bronchogenic carcinoma,chronic bronchitis yang boleh menyebabkan emphysema dan laen2, lagi. kebanyak penyakit yang jd dekat lung sbb rokok. haha

LyaLuna said...

yesyes. bnyk pbyakit bleyh timbul. plg cikai pun kne batukkk.. itu pun da myushkn. silasila la genti kn :)

Aziah Razak said...

boysssss *rolling eyes laju laju sampai juling :D

LyaLuna said...

@apple zara : hahaha. smpai julin ehhh mcmmne tah rupenyaa knknkn >.<