Friday, 1 July 2011

ISLAM itu indah~


ASSALAMUALAIKUM


Pernah tak kita terfikir kita tak sebertuah orang lain yang dilahirkan bukan Islam? 
Pernah tak kita terfikir, kalau kita bukan Islam, adakah kita akan mencari Islam?
Cukup kuatkan kita untuk meninggalkan fahaman lama kita semata-mata untuk Islam? 
Sanggupkah kita tinggalkan keluarga tercinta yang menentang kuat Islam? 


Kadang-kadang saya rasa, manusia yang baru memeluk Islam itu adalah lebih baik dari manusia yang dilahirkan Islam kerana betapa nikmat dan damainya mereka setelah menjumpai sesuatu yang sangat bernilai yang mereka cari-cari selama ini. Mereka akan mencuba mendalami Islam dengan baik dan patuh semua perintahNya kerana mereka telah merelakan diri mereka masuk Islam. Mengapa mereka nak masuk Islam jika segala suruhan dalam Islam untuk dilanggari, kan? Malangnya adalah kepada manusia bertuah yang telah dilahirkan dalam keadaan Islam yang tidak sedar-sedar betapa bernilainya Islam ini.


Mereka hanya Islam kerana keturunan dan kerana nama semata-mata. Ibubapa mereka tunggang-langgang, mereka ikut, ibubapa mereka puasa,mereka puasa, ibubapa mereka larang itu ini, semua ikut. Tak ada salah pun cuma berbeza dengan golongan Muallaf ni, apa sahaja mereka akan persoalkan dahulu. Jadi, mereka lebih faham kenapa mereka harus buat semua itu, sekaligus menyebabkan ilmu mereka lebih dalam berbanding mereka yang sememangnya telah lahir dalam keadaan Islam. Kadang-kadang kita buat tapi, kita tak faham kenapa kita pelu buat semua itu. Sedangkan kita tahu, semua perintah yang Allah suruh, semuanya punyai alasan tersembunyi yang sangat indah dan mampu menguatkan keimanan kita lagi.


Manusia kini berarak, berhimpun dan memberontak sekadar nak menunjukkan amarah mereka sahaja. Sedangkan apa yang mereka perjuangkan? Kosong. Mereka hanya mencerminkan manusia yang lemah dan cetek akal serta cepat melatah. Dimana perginya Islam yang adil, saksama dan diplomatik? Semuanya kerana umat Islam sendiri yang sudah lemah pada pegangan Islam yang hebat ini telah disia-siakan. Kalau Rasulullah SAW lihat umatnya kini, agak-agak macam mana riaksi baginda, mungkin menitis air mata dan hancur hatinya kerana sunnahnya tak dituruti dan ajarannya ditinggalkan begitu sahaja.


layak ke kita jadi umat Baginda?


Segala nikmat di dunia adalah sementara tapi manusia sememangnya dah tergila-gilakan dunia. Mengapa? Sebab tiadanya kesedaran yang mampu mengajar kita erti keinsafan sebenar. Tak sedarkah kita? Dunia ini seperti satu ujian, jika kita gagal, kita dimasukkan ke syurga yang penuh nikmat yang tak pernah kita bayangkan, dan jika kita gagal ujian itu, kita bakal dihumban ke neraka yang tak pernah terlintas bagaimana seksanya. Tiada orang yang mahu gagal dalam ujian, jadi mengapa membazirkan masa lagi? Kita semua sudah dirisik malaikat maut yang bakal menemukan kita dengan kekasih kita, Allah SWT. Kita mahu jumpa kekasih kita dalam keadaan yang mulia atau hina? Kita tentukan sendiri.


~Cerita seorang Muallaf~


Sebenarnya kita tak pernah sangka begitu banyak nikmat yang Allah telah beri kepada kita, cuma kita tak reti bersyukur sahaja. Jika kita gagal mengingati Dia, adakah Dia akan menarik semua nikmat yang telah Dia beri kepada kita? Awak berulang kali gagal dalam exam, awak hilang kawan, awak hilang duit, awak rasa marah dan menyalahkan Dia, adakah Dia akan mengambil keluarga awak yang sentiasa ada dengan awak? adakah Dia akan mencacatkan tangan awak yang banyak berbakti? adakah Dia akan membutakan mata awak yang melihat rezeki? TIDAK. Dia tak akan pernah berlaku tidak adil kepada mahklukNya. Dia tetap memberi nikmat yang melimpah ruah walaupun kita alpa dan lalai mengingatiNya. Betapa Dia sangat menyayangi kita. Betapa tidak bersyukurnya kita dengan nikmat yang sedia ada. Tetapi kita, terkejar-kejarkan sesuatu yang belum pasti cintanya dan bukan milik kita selamanya.


kita sudah cukup bersyukur ke?


Ya, inilah manusia. Apabila mendapat kemewahan, mereka berbangga, riak dan lalai mengigati Dia yang telah meminjamkan nikmat itu. Tapi, apabila ditimpa kesusahan, barulah Al quran, sejadah dan telekung di cari. Dia sentiasa ada bersama-sama kita cuma kita sahaja yang sering lupa pada Dia. Cinta pada manusia tidak akan pernah kekal selamanya jika kita tak pernah bersyukur pada Dia yang telah meminjamkan cinta itu kepada kita dan orang lain. Sedangkan cinta pada Dia tak akan pernah pudar dan akan sentiasa dibalas selamanya. Betapa ruginya kita terkejar-kejarkan cinta dunia yang fana. Dia tidak akan pernah jemu mendengar rintihan kita, menutup keaiban dan menerima kemaafan serta taubat kita walaupun kita sudah putus asa pada doa dan harapan kita pada Dia. Sedarkah kita semua itu?


~Jagalah Allah , nescaya engkau akan mendapatkanNya di hadapanmu. 
Kenalilah Allah di waktu senang , nescaya Dia akan mengenalmu di waktu musibah. 
Ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan menimpamu. 
Dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu. 
Ketahuilah bahawa KEMENANGAN itu bersama-sama KESABARAN dan 
KEMUDAHAN itu bersama-sama KESULITAN dan 
bersama-sama KESULITAN ada KEMUDAHAN ~


2 comments:

Solihin Zubir said...

Tak dapat bayangkan kalau dilahirkan dlm keluarga bukan Islam.. Nauzubillah..
bersyukur sgt2 lahir sbg seorg yg Islam..
n harap2 bkn hnya Islam pd nama, keturunan dan IC..

LyaLuna said...

alhamdulillah lahir Islam kn... blom tntu lg kte jumpe Islam lau dlahirkn dlm klurga agma lain. sma2 la kte jd Islam sbnar2 Islam. smga diberi hdyh n ptunjuk amin :)