ASSALAMUALAIKUM
kepada : putera
daripada : puteri
Assalamualaikum, hai awak, apa khabar? Sihat tak? Dah lama saya tak dengar khabar berita awak. Kalau dahulu kala, handphone saya tak pernah sunyi daripada message dan calling daripada awak. Saya tahu awak busy sekarang, saya faham tanggungjawab awak besar terhadap family awak. Malah, saya yakin, perpisahan kita juga mungkin disebabkan bebanan awak yang banyak dalam usaha awak menjadi tulang belakang keluarga awak. Saya sebenarnya kagum dengan awak, awak seorang anak yang baik dan bertanggungjawab. Awak tak pernah alpa dan lalai dalam menyayangi dan mengutamakan keluarga awak berbanding kepentingan yang lain. Saya pasti, jika arwah ayah awak masih ada, dia juga tersenyum bangga dari kejauhan melihat anaknya memimpin keluarga yang dicintai.
Tiada apa yang ingin saya ungkapkan di sini, cuma saya ingin memohon maaf sepanjang perkenalan rapat kita dahulu. Saya sedar, dahulu banyak dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. Sememangnya saya sedar semua itu tapi, manusia sememangya makhluk Allah yang mudah lupa dan tidak reti bersyukur apabila gembira. Nafsu sentiasa bermaharaja lela dan bisikan syaitan seperti ajakan yang sangat menyeronokkan. Walaupun begitu, setiap benda yang terjadi, saya yakin ada hikmahnya. Allah menguji kita. Walaupun kita kecundang pada mulanya dengan ujian itu, tapi akhirnya kita berjaya juga perbetulkannya. Bagi saya, orang yang rugi dan gagal adalah orang yang sentiasa hanyut dalam keseronokan dunianya sendiri dan apabila dia jatuh, dia tidak mampu untuk berdiri kembali. Tapi, bagi saya, orang yang pernah melakukan kesilapan adalah orang yang lebih kuat berbanding orang yang tidak pernah ditimpa sebarang masalah atau kesilapan yang mampu mengajarnya erti kesyukuran dan keinsafan. Pesanan awak kepada saya dahulu masih segar dalam kotak fikiran saya,
jangan sayang saya
melebihi sayang kepada Allah SWT
jangan sayang saya
melebihi sayang kepada Rasullullah SAW
jangan sayang saya
melebihi sayang kepada keluarga
jangan sayang saya
melebihi sayang kepada diri sendiri
Mungkin surat ini pada awak, tidak membawa erti apa-apa. Awak juga selalu cakap, yang lepas biarkan berlalu. Betul, saya bukanlah ingin mengingat perkara yang silam tetapi, hal yang lalu itulah yang menjadi pegangan untuk dijadikan pengajaran pada masa hadapan buat diri saya sendiri yang masih cetek akal dalam mengharungi dunia Allah yang penuh dugaan ini. Di sini juga, ingin saya nyatakan, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang menjadi sebahagian hidup dan hati awak walaupun buat seketika waktu. Sejujurnya, saya berasa amat gembira bersama-sama awak dahulu. Saya rasa sayalah orang yang paling bertuah kerana telah berjaya menarik hati awak dan berdamping dengan awak selalu. Sekali lagi, walaupun tidak kekal lama semua itu, saya tetap bersyukur.
Saya percaya, Allah sememangya ada perancangan yang tersendiri buat kita yang mungkin kita tak akan fahami dan tidak pernah sangka. Untuk pengetahuan awak, saya tak pernah menyimpan dendam dengan awak, walaupun sebanyak mana kesakitan yang saya rasa dan tekilan dengan tingkah laku dan perbuatan awak. Mungkin benar, cinta itu buta. Disebabkan buta itu juga lah, ia mampu menenggelamkan harga diri dan kemanusiaan. Selama saya dengan awak, saya tak pernah berlaku tidak jujur, malah saya sayang akan awak seikhlas-ikhlasnya dan hanya Allah sahaja yang tahu betapa banyaknya cinta yang saya hulurkan untuk awak. Demi Allah, dalamnya cinta saya kepada awak tidak mampu saya perlihatkan kepada awak dan mungkin awak sendiri tidak percaya.
Saya gagal melupakan awak
bukan bermakna saya masih memerlukan awak
saya gagal mencari penganti awak
bukan bermakna saya tidak membuka hati saya untuk yang lain
saya gagal melenyapkan kasih saya kepada awak
bukan bermakna saya mendambakan cinta awak
saya menangis kerana awak
bukan bermakna saya seorang yang lemah
tetapi semunya kerana saya sayangkan Allah yang telah menemukan saya dengan cinta sejati saya walaupun tidak kekal, saya redha dengan ketentuanNya. Mana mungkin mengalir semudah itu air mata kerana seseorang melainkan saya benar-benar menyayangi hamba Allah itu. Benar, hati saya telah saya kunci kerana saya mengharapkan hadirnya sekali lagi hamba Allah yang mampu membukanya kembali. Seorang yang mampu menerima baik buruk saya, yang mampu menghargai saya, yang mampu membimbing saya dan yang mampu melakukan kesilapan dan perbaiki diri bersama-sama di dunia dan kekal hingga akhirat kelak.
Saya tak pernah berniat untuk memusuhi awak. Saya manusia biasa yang memang tidak pernah lekang dari melakukan kesalahan dan tak pernah lari dari kekacauan jiwa. Maafkan saya. Saya bukan musuh awak. Saya kawan awak. Saya saudara seIslam awak. Saya tidak layak untuk memutuskan apa-apa tali persaudaraan antara kita. Buruk baik setiap manusia saya terima kerana tiada manusia yang sempurna. Akhir kata dari saya, saya ikhlas dengan setiap pemberian saya dahulu, sememangnya saya menganggap awak sempurna dan terbaik di mata saya. tapi, saya sedar, mungkin saya yang belum cukup sempurna dan tidak layak untuk awak. Saya menyokong setiap keputusan awak. Saya yakin, setiap keputusan yang awak ambil adalah demi kebaikan diri awak juga. Sekian. Salam.
status : trash
2 comments:
ada jodoh, xkemane. have faith lyana rahman. saya baca surat ni, saya boleh nampak keikhlasan anda. berdoalah selalu :)
surat je. tade pape pun. :) tenkiuuu :)
Post a Comment