Thursday 21 April 2011

love matter


ASSALAMUALAIKUM

kepada : teman-teman cloud9
daripada : teman rahsia cloud9

mood : sharing something

Memandangkan Dr cloud9 busy berpoya -poya dengan revision dia, dia tak mahu nasihat apa-apa hari ini. Dia hantar aku suruh cerita pelik-pelik kat kau orang. Aku malas nak buat pelik hari ini sebab mood swing aku pun belum pulih lagi. Kau ingat kau sorang je exam mode ke? Aku pun lah. Aku lagi stress lah, dengan masalah rumah tangga kucing aku lagi, masalah ikan kembung aku nak bercerai lah, masalah biawak aku nak anak kembar lah, macam-macam tau.

Baiklah, aku tak nak buang masa yang dah banyak terbuang sebab tolong tikus sebelah rumah tadi bersalin. Aku just nak share pasal CINTA. what is love? LOVE? kau orang tahu tak apa itu cinta? kalau aku tanya budak sekolah mesti diaorang cakap cinta itu monyet. cinta=monyet. Well, itu kalau aku tanya budak gigi rongak. kalau kau yang dah besar panjang ini tak kan nak jawab macam itu. malu lah aku nak mengaku kau kawan cloud9. haha. Selalunyalah, mula-mula bercinta memang indah lah, tapi bila dah tak lalu nak tengok muka pasangan kau, mesti kau pun dah bosan dengan perangai dia dan kau tak jumpa dia pun tak apa, kalau ada orang nak campak gf/bf kau dalam laut pun kau tak kisah betul tak? memang macam itulah.

Pernah tak korang jumpa orang yang sanggup buat apa sahaja untuk kau? pernah tak dia mengaku macam-macam susah senang dia dekat kau, konon-konon macam nak share semua benda dengan kau, macam tiada rahsia lah antara korang lah. Dia macam berusaha nak gain trust korang, berusaha nak ambil hati korang dengan belanja korang macam-macam, bawa korang jalan-jalan, bawa tengok wayang, suap-suap makanan, sanggup mengaku sayang banyak-banyak dan beri harapan beriburibu batu. Semua yang dia buat macam untuk kau je, macam dia hidup mati pun untuk kau, dia bagi janji-janji manis dia, ajak kau kahwin, plan masa depan bawah pokok mangga walaupun banyak kerengga tak kisah pun kan. Apa yang aku melalut? kau tak faham kan budak kecik? Aku tengah cerita pasal kaki penipu cinta lah hoi !

mula-mula, dia cakap sayang kat kau, dia saja je ambil hati kau. dia nak something dari kau. kalau kau perempuan, jangan percaya sangat kat laki kau tuh, belum tentu dia jadi laki kau. laki tak kisah pun kalau nak tinggalkan perempuan, tambahan kalau dah dapat barang perempuan tu. kau tak percaya? member aku semua laki. asal duduk semeja je, benda tu kompem keluar. kau ingat perempuan je cerita semua benda nih? so. watch out girls ! boys dangerous ! pendapat aku lah yang dah banyak makan garam ni kan, bagi mereka yang tak tahan stress and rejection cinta, jangan bercinta dengan manusia, bercinta dengan haiwan pun okay. kau declare bercinta dengan arnab cute kau ke, ayam katik kau ke, burung gagak ke. ha, alrite gak kan. at least, dia tak akan minta benda yang bukan-bukan. kalau date pun, tak payah keluar bajet banyak. kasi makan roti cukuplah. membebel banyak-banyak kat dia pun, bukan dia tutup telinga dia pun, kompem dia akan buat-buat paham and caring.

Kat sini aku tak ada solution, tapi aku just nak cakap, betapa hurt nya sayang seseorang itu bila kau memang dah nampak dia sebagai masa depan kau, macam tu jugak dia, tapi pertengahan jalan, something went wrong and walaupun kau berusaha untuk pertahankan perjuangan kau tu , tapi kalau kau seorang sahaja yang berjuang kau akan surrender dan letak pedang samurai kau tu juga akhirnya. selama mana pun kau tunggu untuk dia patah balik dan cari kau balik, semuanya ambil masa dan belum tentu dia jumpa jalan pulang kepada engkau. mungkin, dalam masa dia mancari jalan pulang itu, dia dah pun berjumpa dengan orang lain dan tak hiraukan kau lagi. Nasihat aku, tak perlulah kau tunggu orang yang tak matang macam tu, dia belum cukup ready for serious relationship


Aku rasa kalau orang macam tu tak datang balik dalam hidup kau pun, aku sure kau still boleh hidup, betul tak? kau tak perlu bergantung hidup pada manusia yang tak reti nak hargai kau. sesetia mana pun kau dengan dia, tapi kalau dia tak mampu untuk setia dengan kau, lansung tak berbaloi kau tunggu dia. kau patut sedar dari awal lagi. Cinta itu buta, kau dahla dah rabun, tak nak pakai spec pula tu, memang lah kau dah macam buta. serious relationship need time, so, take your time. biarlah semua perangai hantu raya pasangan kau tu keluar dulu, bila dah keluar semua barulah kau decide, kau boleh adapt tak dengan dia. janganlah bila kau dah sayang dia sangat, dah bagi dia macam-macam dan bila dia nak blah dari hidup kau, baru kau nak teriak ayam. dah terlambat. kau akan rasa macam kau seorang je banyak masalah, kau akan rasa macam tak ada orang yang sayang kau pun, sedangkan dia seorang je pun yang tinggalkan kau. family and kawan-kawan kau yang lain kan still ada.

CONCLUSION : cinta memang bukan monyet. cinta itu indah bila kau tidak memaki hamunnya, kau serikannya dengan keikhlasan dan kasih sayang yang harum mewangi. cinta itu bak parang yang tersekat di jantung hati dan tekak bila kau sebatikannya dengan nafsu dan emosi kebudak-budakan kau yang tidak matang. bukan salah cinta tapi, kau yang perlu tentukan macam mana pengakhiran cinta kau dan dia. ASALAM.

2 comments:

Theye said...

firstly..nak tanya...
ni ayat siapa yana rembat nih??
klu ni ayat yana..
eemmm quiete tapercaya..sebabnyer..skemanyer!!!
hahahhaha

LyaLuna said...

da name kwn rahsia. mne bley bitaw. haha