Saturday, 30 April 2011

Not perfect is PERFECT


ASSALAMUALAIKUM

kepada : saudara saudari seIslam
daripada : hamba Allah

mood : kesedaran

Practise makes perfect. Really? Well, nobody is perfect actually. So how? Sebenarnya saya just nak cakap, semua orang tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan malah, dengan kesilapan itulah manusia mula belajar dan perbaiki diri kita. Most of people today very enjoy their life sangat pula dan sampai tak sedar diri dah terlalu banyak buat silap. Alpa dan lalai untuk berfikir sejenak tentang macam mana nak perbaiki diri sendiri yang secara zahirnya memang tak mungkin sempurna tapi pasti boleh menjadi insan yang lebih baik. Betul tak?




Percaya tak hidayah itu milik Allah? Ya, Dia mampu memberikannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya namun, kita sebagai hambanya janganlah hanya duduk bersila di atas tikar emas dan mengharapkan hidayah itu datang bergolek di atas riba anda kerana hidayah itu perlu di cari.


Kenapa perlu di cari? Sebab benda yang di cari apabila dijumpai,

 pasti anda akan rasa puas hati
anda akan rasa nikmatnya, 
anda akan menghargainya
dan akan lebih menghayatinya. 
Then2, anda akan cakap,
 ' Inilah yang saya cari2 selama ini,
 inilah yang saya harap-harapkan 
akhirnya saya jumpa juga'  
*pastu lompat-lompat happy


Well, that is totally true. Perubahan dalam diri anda, pasti anda akan dapat rasai sebab anda dah penat bergelumang dengan dosa dan kesilapan. Hidup anda terumbang-ambing, ketenangan yang anda harap-harapkan tak pernah hadir dan anda bernama ISLAM tapi anda sendiri tak mengamalkan gaya hidup Islam itu sendiri. So how? Saya rasa, dah elok sangatlah anda semua mula sedar diri sekarang.




GROW UP please! bukan nak marah, tapi saje nak buat gempak. Dr Cloud9 nak nasihat ni, tolong dengar elok-eloklah okay. Saya nak cakap dulu memang seronoklah time budak-budak. 


Gelak sana sini,
  terkinja sana sini,
 berjalan sana sini, 
laki perempuan pun semua macam sama je. 
Serious, dulu yela tak sedar diri,
 tapi kan, sekarang dah besar dah boleh fikir kot, 
tak akan nak tunggu orang beritahu esok anda mati
baru nak berubah kan
and bila anda tak berubah2,
 anda bagi alasan 'tak dapat hidayah lagi' 


Masalahnya, anda pergi cari tak hidayah tu? Kalau ada orang tegur anda, anda terima tak? Ke masuk telinga kanan, keluar telinga kiri? Ke buat-buat tak faham? Macam inilah, memandangkan saya pernah mengalami situasi yang sama macam anda, saya rasa memanglah mula-mula susah nak berubah, tapi pecayalah, titik permulaan memang susah, seterusnya akan mudah. Try dulu, mesti anda akan lebih seronok setelah berubah dan berhijrah ke yang lebih baik.

Ada sesetengah orang, nak berubah pun segan
Nanti kena kutuk dengan kawan,
 nanti kena pulau dengan kawan,
 nanti orang lain cakap belakang

Senang je solutionnya, sebenarnya orang lain jealous anda dah berubah dan diorang tak reti-reti nak berubah. Okay, settel. Belum settle sebenarnya, jangan lupa ajak kawan  yang kutuk anda tu sekali supaya dia berubah. Okay, baru settle. 


CONCLUSION The biggest problem is not when nobody understand you, but when you do not understand yourself.  Its either we fail to plan or we plan to fail


Ingat macam ini sahaja lah, kenapa nak terkejarkan sangat keseronakan dunia yang sementara dan hanya pinjaman ini sedangkan nikmat akhirat yang kekal itu lagi menyeronokan. Cuma kesedaran je belum ada lagi, so sama-sama lah kita sedarkan diri sekarang dan nyanyi lagu Maher Zain~Open your eyes . Kesilapan yang lalu biarkan berlalu, hidup yang sekarang pasti lebih tenang walaupun dengan sedikit perubahan yang berperingkat-peringkat dan istiqamah. 


Saya bukan cakap seorang diri mahupun bercakap kepada anda sahaja. Saya bercakap kepada korang semua dan kepada diri saya sendiri juga. :) oke bye. asalam

6 comments:

Arimi/KimiWarrior said...

the bestest post! thumbs up yana! :)

cloud9 said...

tenkiuuu arimi!!! :) hope Allah bless all of us :)

apetbarreto said...

nobody is perfect. i am nobody. so?

cloud9 said...

so u r perfect in ur own imperfection

nelly said...

nice entri!
=)

follow here ^^

cloud9 said...

hey tq nelly :)