Friday, 22 April 2011

WouldYouMarryMe?



ASSALAMUALAIKUM

kepada : yang belum kawin
daripada : belum kawin jugak

mood : nak kawin tak?




Antara belajar@kerja dengan kahwin, mana satu korang choose dulu? haha :P


Hai semua, cloud9 sudah kembali. Hari ini, saya nak cerita pasal kahwin. bukan sebab saya nak kahwin tapi sebab saya rasa kena kahwin. Faham tak? Tak faham eh? Alolo, sini sini meh atuk cerita. Sebagai perempuan, saya akui sememangnya memerlukan seorang lelaki sebagai pemimpin dalam membimbing mereka. Walaupun hawa memerlukan adam, tapi ini tidak bermakna mereka ini kaum yang lemah. Janganlah disebabkan seorang hamba Allah itu memerlukan hamba Allah yang lain, mereka dianggap lemah. Bukankah Allah sudah mencipta lelaki dan perempuan itu saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama yang lain.


Mula-mula dahulu saya rasa excited bila saya jumpa orang yang saya rasa saya mahu sayang dia, mahu ikhlas cinta dia, dan mahu jadikan dia suami saya. Tapi, bila benda itu tak kekal lama dan berulang kali saya gagal mencari yang terbaik untuk saya, saya mulai ragu-ragu dan malas menaruh harapan tinggi lagi. Saya mula menyerah sepenuhnya pada takdir. Saya pernah tanya mama saya, macam mana nak tahu kita betu-betul dah jumpa orang yang paling sesuai dijadikan suami kita atau tak dan macam mana nak tahu betul tak dia akan setia dengan kita sampai bila -bila pun?




Korang tahu apa mama saya cakap? Mama saya cakap, bila masanya tiba, jodoh kita akan datang juga tanpa peru dicari. Kalau betul orang itu sayang pada kita, dia akan hadir lagi sekali dalam hidup kita. Walaupun sejauh mana korang berpisah, korang akan bertemu semula. Saya tak faham, saya tak nak terima sebab masa tu, saya baru lepas frust. menci menci :P


Mama saya betul sebenarnya. Memang betulah, saya saje je tak nak dengar nasihat and pura-pura degil. Mama saya memang faham benar perangai saya, mama saya ketawa semasa saya happy dengan relationship saya dan mama saya menangis bersama-sama saya bila saya sedih ditinggalkan dan dipermainkan. Saya memang yakin, jodoh tak perlu dicari, tapi pernah dengar tak? 'Manusia hanya merancang, Allah yang tentukan segalanya' Tapi, kalau manusia sendiri gagal merancang, macam mana Allah nak tentukan. Malah, Allah sendiri tidak akan mengubah sesuatu keadaan itu melainkan kita sendiri berusaha mengubahnya. 


Tak payahlah saya keluarkan apa-apa fatwa, korang boleh fikir dan cari bukti sendiri. Kawan saya pernah nasihat saya, dia cakap, tulang rusuk tidak akan berubah. Korang faham tak? alolo, sini nak terangkan. Haha. Tahu tak hawa dijadikan daripada tulang rusuk adam. Jadi, jika memang benar kau adalah jodoh dia, maka empunya tulang rusuk itu tak akan berubah dan jodoh kau dan dia memang kompem tak lari. betulbetulbetul.


Saya rasa dalam dunia yang serba moden lagi mencabar ini, memang elok sangat la hawa-hawa ni kahwin daripada maksiat bertambah. Bukannya ramai perempuan yang reti jaga diri sekarang ini termasuklah saya. Berkahwin itu perkara sunat. Jadi utamakan mana yang penting dulu. Kahwin penting lagi dari belajar dan bekerja. Tapi, depend on demand and lifestyle juga kan kan kan.




CONCLUSION : kalau dah tak jumpa sangat, parent tolong pilihkan eh. thank you. hahah.settle.  ~_^

6 comments:

anasrikandiislam said...

haha..dah bek balik ker..opss sori..yep..kalo dah jodoh xkemana..tapi usaha mesti! doa n then tawakkal...i.A jodoh itu ada. siapa jodoh kita ditentukan oleh perangai diri kita sendiri..kalo kita seorang yang baik disisi DIA i.A jodoh itu juga baik disisi DIA..

Anonymous said...

agree :)

timah said...

hee..yana,dont worry la dear.
somehow, kita mmg akan jmp org yg salah(actually bukan slh, juz tak sesuai ngan kita.tp dpd org2 yg kita jmpe tu la, byk ajar kita erti hidup an.chill dear.btw, nti da ad jgn lupa story2:P
-tim comel forecast utm-

cloud9 said...

fatin : haha. mmg da bek daa :P betul :)

anonymous : yeee :)

tim : betul3. doakn i jumpe yg baek2 okeee .heeeheee :)

Theye said...

as conclusion..
yana..would u marry me????
*Wink*

cloud9 said...

awww!! sure faz!! lets *wink2