Tuesday 14 June 2011

apa yang boys perlu tahu pasal girls


ASSALAMUALAIKUM

daripada : girl
kepada : boys


Most of boys memang susah nak faham girls because why? sebab hisap rokok banyak, otak lembab jadi malas fikir. Haha *jangan marah :P  Girls sangat senang difahami sebenarnya, apa yang perlu korang buat eh? Kena faham rentak dia. SIMPLE kan. Kalau boys ada masalah dan rasa susah sangat nak faham girls, take your time to read okay :D


1) Girls suka pada pujian 
Girls memang tak boleh lari dari benda ni. Walaupun bila boys puji girls nampak cantik hari ni and dia just akan cakap 'biase je, biase je' sambil lentok sana lentok sini dan main gulung-gulung rambut, dalam hati dia bunga-bunga taik ayam semua tumbuh mekar.So, silalah puji lagi. Haha tapi, kalau tak cantik, jangan menipu.


2) Girls bukan jenis yang straight to the point
Girls memang jenis yang suka berlapik-lapik dan cakap pusing-pusing. Kadang-kadang apa yang dia cakap pun bukan semua boys faham. Dengan bahasa pelat dia ala-ala comel lagi tu, haha memang nak pengsan lah boys nak faham. The point here is, girls jarang berterus-terang dan mengharapkan boys faham sendiri tapi, boys jarang faham tindak-tanduk girls sebab biasalah, boys selalu ambil mudah semua benda. Kadang-kadang girls merajuk and terasa hati pun, boys boleh tak perasan lansung.Lagi, girls memang prefer boys yang confess dulu. Girls selalu hanya akan bagi clue2 and hint2. Senang je, girls layan maknanya sukalah.


3) Girls tak suka boys smoke time bersama-sama dengan girls.
Kebanyakan boys kan memang smoke but you know what, sangat lah tak sopan kalau boys smoke depan-depan bila dengan girls. Gentleman will never do that. Kalau boys nak rosakkan badan, pergi rosak sorang-sorang, jangan involve kan girls. Walaupun girls buat tak kisah boys smoke depan dia, dalam hati dia tetap tak suka okey. Sakit tekak, loya, nak muntah bau rokok, entah macam mana boys boleh sedut tah.



4) Girls tak suka bila boys too worry about them
'Baby, ada kat mana?' 'baby, lepak dengan siapa?' 'baby, jangan keluar malam lama-lama' Uhhh, rimas rimas. Haha. Girls want space to breath. Kalau setiap minit pun nak kena message. Nak pergi mana, dengan siapa, bila nak balik pun semua nak kena report memang terlampaulah. Girls tak suka dikongkong. Macam mana boys suka lepak-lepak tanpa girls, macam tu juga apa yang girls mahukan. Girls pandai jaga diri, tak perlu risau lebih-lebih sangat macam ibu kucing hilang anak. You guys just chill haha


5) Girls suka boys yang belanja 
Bukan sebab girls nak kikis duit boys but memang girls sukalah. Tak tahu kenapa, tapi rasa macam sweet sangat bila boys belanja semua. Tak payah semua lah but untuk mula-mula tu memang patut boys treat girls dulu. Nak tahu tak, girls selalu saje je biar boys belanja dulu semua sebab girls nak tengok sampai bila boys sanggup layan girls without minta benda-benda lain as feedback. Bila girls dah nampak kesanggupan dan kejujuran boys tu, girls tak akan pernah kedekut lansung untuk treat boys pula. Money is never be everything for girls except girls yang mata duitan.


6) Girls suka main tarik tali
Masalah girls memang dekat sini. Mula-mula suka, tiba-tiba tak suka. Memang leceh. Girls suka boys kejar dia dan buat boys tercari-cari dia sebab girls rasa boys comel bila macam tu. Girls rasa phase main-main mata and main-main nak ngorat @ flirt flirt lagi best dari bila dah couple. Kalau dah couple, benda kecil pun kadang-kadang nak merajuk. Yalah, saja nak boys cari girls and pujuk dia. See see. Girls selalu merajuk tak lama. Jadi lama bila boys tak reti-reti nak pujuk balik. Cukuplah cakap 'Hai, awak sweet, dah makan belum. Janganlah merajuk lagi, nanti saya mati' haha Girls takan nak tengok boys mati pulak, tak jadi merajuk. Simple kan.



7) Girls mudah memaafkan tapi akan selalu ingat
Yes, once broken considered sold. Hati girls pula, once broken, you leave scars. Girls hati dia sangat lembut dan sangat sensetif. Boys pula, hati keras, otak beku, lidah kelu. Tak reti-reti nak minta maaf sebab ego besar. Selalunya girls juga yang akan minta maaf dulu. You know what, girls prefer boys yang lebih alert dan sanggup mengaku salah kalau betul boys yang salah. Girls lebih suka boys yang egonya rendah and put the blame on them walaupun girls yang salah sebenarnya. Automatic, girls akan memaafkan boys. 'When your ex asks if you can still be friends right after a break up its the same thing as having a kidnapper tell you to keep in touch'. Yang ini lagi satu, girls memang susah lupakan boys yang dah sakitkan hati dia and dumped dia.Girls akan ambil masa bertahun-tahun untuk pulih bila boys yang dia sayang tinggalkan dia sebab girls sangat setia melainkan dia playgirl.


8) Girls suka attention
Bila dia pakai cantik, tolong puji dia. Bila dia masak sedap, tolong puji dia. Ada paham? haha. Bukan girls gila pujian but she is trying hard to get your attention, boys. Apeda susah sangat nak faham ni. Bila boys busy, dia akan pergi keluar dengan orang lain dan berlagak dengan boys. Korang rasa kenapa? Tak lain dan tak bukan nak curi attention korang. Boys pura-pura lah jealous ape lagi. Girls memang macam ini. Girls suka bila boys perasan apa yang dia buat walaupun sekecil kuman. Stalk la dia puas-puas. haha


9) Girls bukan sengaja emo dan pelik
Boys perasan tak, kadang-kadang girls ni boleh tiba-tiba nak marah, boleh tiba-tiba nak merajuk,boleh tiba-tiba jadi pendiam macam bukan diri dia. Yes, ini sebab angin period girls dah datang. Haha. Boys jarang faham benda ni sebab boys tak pernah alami okey. Kadang-kadang girls boleh nak makan itu ini, mengidam itu ini, dan benda yang dia tak suka tiba-tiba jadi suka. Dia boleh jadi blur dan tak faham diri sendiri pun sebab hormon girls dah lari-lari. Sila jangan marah girls dan cuba lah faham okey. Goodboys.



10) Girls tak gila sex dan tak suka janji palsu
Nafsu boys 1, nafsu girls 9. Logik tak girls tak gila sex? Sangat. Kalau boys tak bagi pun, ada kami kisah? Lansung tak. Haha. Girls hanya mahukan love love and attention. Tak perlu semua itu untuk tunjukkan kasih sayang but usually, bila boys ajak benda tu kadang-kadang girls just dont know how to respond. Samada nak biarkan or nak layan. But boys, please, girls just dont want it. You can keep it after marriage okey. Boys also very good in sweet talks. Bagi janji yang sangat meyakinkan but everything jadi debu dan pasir. Girls tak kisah pun kalau boys nak bina istana emas, just make sure you keep your promises because girls memang kuat ingatan dan akan ingat semua janji boys. Senang cerita, boleh simpan je janji palsu tu dalam poket or girls akan campak dalam laut.



CONCLUSION : 10 dah cukup sangat. Sila buat-buat faham kalau tak faham juga girls. Bukan senang nak faham girls. As a beginner, start to learn to understand your own beloved mom first. Dah lepas phase tuh, mesti girls lain pun boys akan senang je nak faham. Bereh blako. Haha

4 comments:

Red Herring said...

Post yang bagus. Dijemput Cik Cloud9 melayari blog kami, tajuk terbaru

http://redherringmindcontrol.blogspot.com/2011/06/cops-ah-long-slogan-mesra-cepat-betul.html

LyaLuna said...

tq. 0oohh.. alrite. tjuk bru tjuk bru. :D

Blog Wave 110 said...

wah..menarik betol entri nih..baru r terbuka sikit pndangan otak lelaki yg beku ini walaupon diri ini bukannye ade teman sekarang ini..haha..
neways,,good entri

LyaLuna said...

onez makio : special entryyy 4 boyyysssszzzaaa :D