Tuesday 7 June 2011

ways to live


ASSALAMUALAIKUM

Bak kata Bon Jovi~ I just wanna live while i am alive. Selagi hidup, kenala feel betul-betul hidup ni.Janganlah sia-siakannya. Sebahagian daripada kita memang selesa dengan kehidupan sekarang and ada yang tak puas hati. Ada juga yang rasa hidup ni unfair. Well, this is life right? Ada masa kita kat bawah, ada masa kita kat atas. LALALA~ whatever happen, we must admit it that we deserve to try and never give up in life :) Lets cekikdow ways of living ~




1) Feeling of fear

Contoh, zac efron adalah seorang yang hebat memasak. Semua jenis masakan dia boleh masak. Hebak hebak. Kalah perempuan dia masak. Dia ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan. tapi, dia takut kawan-kawan dia yang lain semua mentertawakannya dan memandang dia sebagai lelaki lembut. Ibubapa dia pun suruh dia melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Akhirnya, impian dia untuk menjadi chef terkubur begitu sahaja kerana dia takut pada kritikan dan pandangan orang lain. Dia takut dia gagal buktikan dia mampu menjadi tukang masak yang hebak. Dia takut berdepan dengan kegagalan. Takut takut takut.


Yeah bebeh, saya pernah dalam situasi ini. Dimana ketakutan mengusai kebolehan kita. So, why why baby let someone else jugde you and decide what you should do? haha. Macam mana orang lain boleh tahu kita boleh berjaya ke tak.Mereka bukan tuhan untuk tentukan semuanya. Well, the biggest revenge is when you prove you can do what everyone else says you cannot. Manusia yang hidup dalam ketakutan biasanya akan kucundang and gagal. because they dont have the spirit to go beyond limitation. What i can say is let the winner in you win. Never let the fail win. Kenapa nak takut untuk berjaya?




2) Feeling of anger and frustration

Contoh, Percy Jackson bekerja sebagai waiter di sebuah restoran mewah di Bukit Bintang. Dia bekerja keras kerana dia bukanlah pelajar pintar mahupun kaya. Dia bekerja untuk menampung keluarga yang tercinta.Tapi kan, manager dia memang garang sangat. Selalu makin hamun tak tentu pasal, kena kerja lebih masa lah, gaji tak naik pun. Kalau dia berhenti kerja, tak mungkin dia dapat kerja yang lagi tinggi gaji berbanding kerja yang sekarang ni.Nak bayar duit sewa rumah lagi, duit kereta lagi, hutang-piutang semua lagi. Tak mungkin berhenti kerja satu tindakan yang bijak buat masa sekarang. Jadi, dia terusan hidup stress in anger and frustration. Sabar jela layan customer yang macam ragam, kawan-kawan pekerja lain yang perangai tak matang and pe'el  manager yang macam hantu. Frust frust frust.


Feeling macam ini pun saya pernah ada. Asyik rasa tak puas hati je kan. Well, benda ini benda biasa. Apa yang boleh saya cakap kan, kadang-kadang kita tak tahu apa yang baik dan buruk untuk kita. Apa yang kita suka tak semestinya yang terbaik untuk kita, apa yang kita benci tak semestinya buruk untuk kita. Hanya Allah yang tahu. Fikir macam ini, ramai lagi orang lain yang tak sebertuah kita. Tapi, kalau ada jalan penyelesaian lain yang lebih baik, i insist you to follow what your heart say. Kalau dah tak minat juga nak belajar tak payah lah belajar. Buat business bagus. haha 




3) Feeling of joy, peace and contentment

Contoh, Imam muda Asyraf seorang yang berjaya dalam kerjayanya yang tersendiri. Dia memiliki keluarga yang bahagia. Dia sentiasa berusaha memimpin umat Islam yang lain. Dia bijak berbelanja dan tiada masalah kewangan. Dia hidup selesa, gembira dan dia tersangat bersyukur dengan nikmat kebahagiaan yang dia miliki kini. Freedom freedom freedom.



Semua orang memang nak hidup macam ini tapi, bukan semua orang boleh capainya. Feeling ini hanya orang yang betul-betul bersyukur dan hampir sempurna dalam hidup dia. Tak ada masalah kewangan, hidup bahagia dengan orang yang tersayang, dihormati dan disanjungi orang sekeliling. Wow, freedom of life.


CONCLUSION : Actually, semua feeling ni memang kita pernah rasai. Samada kekal atau tak je kan. Semuanya bergantung kepada kita untuk tentukan feeling yang mana kita nak rasai dan kuasai kita. Well, people learn to overcome their fear, anger and frustration rather than let their emotions run their life. Kita pun kena macam itu selalu okay :)

~rich dad poor dad~

No comments: