Thursday, 14 April 2011

couple kepek


ASSALAMUALAIKUM

kepada : couples
daripada : unstated

mood : bukan jiwang


apa anda rasa bila anda sedang couple ? marimari tanya Dr Cloud9 ~




 bunga nyanyi lagu bunga-bunga cinta bersama-sama
 hujan menitik payung bersama-sama
 terik mentari berkelah bersama-sama
 salji putih peluk bersama-sama
 hutan hijau redah bersama-sama
 angin sejuk tatap mata bersama-sama
 rama-rama comel menari bersama-sama
 petir dan pelangi kongsi bersama-sama 


Apa pula anda rasa bila anda breakup?~




bunga layu mulai muram 
 hujan menitik mulai menangis 
 terik mentari mulai membara
 salji putih mulai kaku
 hutan pupus mulai terasing
 angin sejuk mulai menjeling 
 rama-rama sepi mulai sedih
 petir dan pelangi mulai hilang








conclusion : well, bila sayang, macam-macam janji ditaburkan. bila dah tak sayang, nak berkata-kata pun dah tak mampu. lupakanlah semuanya. kalau ada jodoh, adalah.tc end



Wednesday, 13 April 2011

kiamat dah d3kat


ASSALAMUALAIKUM

kepada : umat ISLAM
daripada : hamba ALLAH

mood : islamic

Gambaran Hari Kiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Conclusion: marilah kita sama-sama perbaiki diri kita. ALLAH itu kan maha pemurah lagi maha penyayang. pintu taubat sentiasa dibuka untuk hambanya yang ingin bertaubat. cukupkah amal ibadat kita untuk dihitungkan. cukupkah usaha kita dalam mengenali pencipta kita. anda menerima atau menolak setiap petunjuk dan hidayah ALLAH. thus, tepuk dada tanya iman :)

sumber daripada : Amar Sufi

Friday, 8 April 2011

friend plant


ASSALAMUALAIKUM

kepada : a friend
daripada : a friend

mood : friendship

if you plant honesty , you will reap trust
if you plant humulity , you will reap greatness
if you plant perseverance , you will reap contentment
if you plant consideration , you will reap perspective 
if you plant hard work , you will reap success
if you plant forgiveness , you will reap reconciliation 
if you plant goodness , you will reap friends









The friendship between two eyes~

they blink together 
they move together
they cry together 
they see things together
they sleep together

although , they never see each other

when a good friend leave a friend~ doesn't mean he/she's not a good friend , but maybe bcuz her/his friend has not being a good friend for her or him anymore. *kalau tapaham juz ignore 
(mood fedup) ~_~


CONCLUSION :  A good friend allows you a safe space to share your deepest thoughts and needs without worry of being judged, criticized or made to feel silly for feeling the way you do. Friends cheer each other on, laugh and cry together, and just plain commiserate and listen to each other. 

Saturday, 2 April 2011

PULAU HELANG


ASSALAMUALAIKUM

kepada : pencinta travel
daripada : traveller
mood : holiday !

Saya Dr cloud9 dengan ini sangat berbesar dan bermurah hati ingin berkongsi mengenai Pulau Langkawi a.k.a PULAU HELANG.  Saya dah pernah pergi pulau langkawi *sedangkan sekali je pun tapi , saya ter excited lagi batak sket la *fine!xcited banyak sebenarnya. Alrite, lets dun waste time *ALLAH tak suka :)



1st of all, actually, saya follow geng rakan muda yang tersangat muda lagi comey lotey. tujuan? of couse juz for fun bebeh ! ;D




sampai sampai je terus pergi naik boat. berhenti tengok ikan pari , ikan kepala besar , ikan kepala kecik :P
next, pergi Geoforest Park . pakcik boat gyle rock , drift bawak boat. terbang sume harta karun saya, cisss~ tapi seronok.



then, ktrunk pergi jumpa encik kluang. disebabkan kami tak dibenarkan snap picture dalam gua *bimbang akan mengejutkan encik kluang yang sedang enak dibuai mimpi. so, snapping picts lua gua pun jadik :)


kuna kuno kupa


tak pernah masuk gua macam nila jadik nye


Our next destination, for sure~ kereta cable !! yay yay



bingit telinga sebab galgal kuat jerit lam cable car :P 


at the top of the world~



here come the best part~ chocolate shopping !!!



and then, continue jalan2 :)



before alek, ktrunk dating dulu dengan encikhelang poyo ni~



okay thats all~ bubye lungkawi !!! <3 <3 <3



MORAL OF THE STORY : sila pergi melancong. then, you'll get the big picture of this precious world. jgn trperap bace buku je. boringgg~ :P cuticuti malaysia !! :)

galgal pelik


ASSALAMUALAIKUM

kepada : boiboi
daripada : galgal

mood : mood larilari. malas na kejar alek




saya seorang galgal @ perempuan tapi saya sendiri kadang-kadang pening dengan diri saya sendiri. 'cuba check alek, maybe maybe la, kau PMS' (pre menstrual symdrome) 

kalau nak tahu perempuan memang ada masanya sangat susah difahami , terutama time PMS dia . kalau bukan time PMS dia pun, dia memang suka buat hal taw sebab nak tarik perhatian kau sebenarnya.




MORAL OF THE STORY : pandai pandai la kau faham galgal :P yang penting galgal bukan sengaja cari pasal *kredits to boiboi yang dah berjaya memahami galgal sebab bukan senang okay :D

Friday, 1 April 2011

aprilB***H


ASSALAMUALAIKUM

kepada : penyambut aprilfool
daripada : tak penyambut aprilfool

mood : mood kena tipu



hamba ALLAH : cloud9 , hari ini kelas cancel 

cloud9 : yes ! *bukak baju sume , campak beg , buku , stokin ratarata 

hamba ALLAH : wey , APRILFOOL !

cloud9 : B****$%#()(&%@!^$$$$$$$$$  *pakai alek baju leklok , kutip alek beg , buku , stokin .'oh, atas kipas rupanya'


Saya benci aprilfool sebab saya lahir bulan april. ada ke patut  april = fool tapi, saya pandai :P mana boleh macam ni. tacin la T_T tukatuka. aprilbeautiful~ LIKE haha.


CONCLUSION :  orang ISLAM tak sambut aprilBEAUTIFUL . sekian tingkayu :)