Sunday, 15 May 2011

tak faham


ASSALAMUALAIKUM

kepada : belia belia *ramai
daripada : belia *sorang je
mood : kalau faham~ anda pemikir masa depan


Rasa tercabar tak bila ada orang lain yang merendah-rendahkan kemampuan kita? Mungkin dia fikir dengan cara dia sarcasim adalah bijaksana, dimana kita akan rasa terbakar dan tercabar sekaligus, kita akan buat lebih baik untuk buktikan kemampuan kita. Well, saya rasa beza orang beza pendapat dan cara kerja. Bila kita terlalu berlembut, orang cakap kita memanjakan mereka dan mereka akan jadi malas. Pendapat tu boleh diterima juga. Namun, bagi mereka yang tersangat lemah dan masih cetek ilmu dalam sesuatu kemahiran, mesti diaorang akan rasa rendah diri dan rasa tak dihargai lansung.


Hamba Allah pernah cakap kat saya, 'Jika kita kasihankan orang itu, kita merosakan orang itu.' Agreed. Faham tak kenapa? Tak paham? Meh sini nak cerita, contohnya,



kawan kita menganggur, tak kerja. Hari-hari datang rumah kita minta duit. Kita yang kaya bin raya lagi mesra kawan, baik hati hari-hari sponser dia makan. Lama-lama dia rosak, dia malas kerja, datang rumah kita dengan muka seposen lagi tak hensem minta simpati dan duit kat kita. Kita bukan sahaja dah meningkatkan kemalasannya malah, meningkatkan jumlah orang yang hidup happy menganggur.


Solution? Bukan nak kedekut or tamak but the best way is to teach orang macam itu cari makan daripada kita beri dia makan. Panjang lebar cerita, kalau korang tak faham juga pergi baca selawat banyak-banyak okay. Tadi intro je, just nak story sikit pasal life right now. Reality life.


Saya rasa budak-budak sekarang sangat malas dan tak sedar diri kot. Sebab most of us sebenarnya dari kecil lagi tak pernah di ajar untuk menghargai masa sepenuhnya. Contoh terbaik yang sepatutnya,


Rasulullah, membahagikan masa dengan sebaiknya. Dia bahagikan 1/3 masa adalah untuk beribadah (berzikir etc), 1/3 masa lagi untuk beristirehat(tidur, keluarga etc) dan 1/3 lagi untuk hal dunia(berkerja etc).


Hebat bukan cara baginda membahagikan masa 24 jam sehari dengan kerja yang sangat tidak sia-sia. Macam mana pula dengan kita? Kebanyakan daripada kita lebih banyak fikirkan hal dunia dari akhirat. Usia dah menginjak dewasa tapi, fikiran kolot, sempit dan tak matang lansung, cakap pun pelat macam budak tak ada gigi. Masa depan di dunia buat-buat macam kabur, dan masa depan akhirat buat-buat macam buta. Seriously, pernah tak kita terfikir untuk sentiasa bersedia bila masa depan kita nanti muncul. Mungkin kita boleh pegang satu pepatah ~


WHEN WE FAIL TO PLAN, WE PLAN TO FAIL


Ramai antara kita tak fikir masa depan. Apa nak jadi pun jadilah. Well, saya tak galakkan pegang pendapat ~just ikut flow. Sebab kalau ikut flow,rosaklah. Impian boleh capai ke? Boleh jadi orang hebat ke? Boleh berjaya ke. Belum tentu lagi betul tak. Cuti dah la 4 bulan, menganggur kat rumah *siapa terasa cepat call saya sekarang, Haha. Memang manusia mudah leka dan suka pada keseronakan bercuti dan hidup senang-lenang buang masa. BETUL. Sila setuju. :P




Pelajar sekarang nak dapat biasiswa dan pinjaman sangat mudah. Benda mudah nak dapat memang lah tak dihargai. Belajar nak tak nak je. Kalau pulun habis-habisan pun belum tentu lagi dapat kerja kan. Iyalah, masalah pengangguran kan semakin membimbangan sekarang. Samada anda bergantung pada kerja atau anda independent sendiri.Faham tak?


Samada anda mencari kerja atau anda bina kerjaya sendiri. 


Simple je. Jika anda dah plan dari sekarang lagi jalan alternative untuk mengatasi masalah, masa hadapan nanti mesti anda akan rasa lega. Biarlah bersusah dahulu sekarang, dan bersenang dikemudian. Betul tak?


Masalah politik sekarang pun memang dah macam apa lagi tah. Fitnah-menfitnah macam seronok je, sumpah sesuka hati macam tak takut dosa tipu kalau sumpah. Seriously, what happen now? Mungkin ramai belia yang  tak minat dan tak nak ambil tahu tapi tahu tak, masa depan negara teletak di tangan kita dan politik sebagai pemacu negara. Banyak kerajaan dah jatuh disebabkan pertelingkahan dalam pentadbiran.


Sekarang dalam Malaysia sendiri dah macam hura-hara, sesama Islam pun nak fitnah sesuka hati. Seronok kot makan daging sedara sendiri. Buruk perangai. Belia sekarang pun dah pening tak tahu yang mana yang auta yang mana yang betul. Pening pening. Rasanya the best solution is kita kena find out sendiri apa yang terbaik untuk negara kita, bukannya percaya pada media massa dan cakap orang lain yang berlagak macam dia tahu semua, sedangkan otak kosong, ilmu cetek tapi cakap besar.




Ini tak masuk cerita harga minyak lah, harga gula la, harga apa lagi nak naik? Semua nak tunding jari kat kerajaan. Dahla, MANJA, subsidi, biasiswa, pinjaman,duit bersara, semua kerajaan dah cuba bantu. Ada anda terima kasih? Ada belia sekarang ni berkhidmat dan berbakti sepenuhnya pada negara? Berapa percent je? Menyedihkan.


Sikit-sikit komplen sana sini. Cuba kalau kita hidup bantu-membantu, tiada perebutan kuasa, tiada fitnah-menfitnah, Belajar bersungguh-sungguh bila dah dapat biasiswa kerajaan and pastikan berkhidmat untuk negara setelusnya. Ni nak suruh pergi PLKN pun banyak alasan lah.

Ini lah rakyat kita, MANJA. Tak biasa susah sikit sebab dah dimanjakan oleh kerajaan juga. tapi bila tak tolong, bising semua.

Nak masuk pulak kes simbah-simbah asid? Penatlah. Dulu main ragut-ragut gedik, sekarang main asid plak. Ingat romantik macam siram pokok bunga ke?  TAK FAHAM LAH manusia sekarang.




CONCLUSION : Belia sekarang jangan banyak main lah, kena banyak fikirlah macam mana nak betulkan balik semua ini. Kalau tak, rosaklah kita, rosaklah negara tercinta kita. :)  with LOVE

3 comments:

Theye said...

nurul lyana rahman!!!!!
cepat buat2 faham!

cloud9 said...

faz bwt la yana fham. lau ta tamoo faham :~

cloud9 said...

faz bwt la yana fham. lau ta tamoo faham :~