Sunday 22 May 2011

kasih ibu


ASSALAMUALAIKUM

kepada : mama sayang
daripada : sayang mama
mood : sayang-menyayangi



Dia memahami saya walaupun saya tidak memahaminya
Dia menyayangi saya walaupun saya tidak mahu disayangi
Dia membelai lembut saya walaupun saya cuba mengeraskan hati
Dia menangis pilu apabila saya kecundang walaupun saya menyelindungkan duka 
Dia tersenyum bangga apabila saya berjaya walaupun dia yang terakhir di khabari
Dia mampu tertawa walaupun keringat mengalir
melayan kerenah saya yang tak diduga
Dia insan teristimewa di hati seorang anak
kerana dia cekal walaupun tidak dihiraukan layanannya
Dia mengerut risau walaupun saya hanya berada jauh sedepa darinya
Dia memeluk erat memujuk saya walaupun dia lebih sedih dan terluka berbanding saya
Dia ceria memendam perasaan walaupun hanya Allah yang tahu betapa rindunya dia kepada saya
Dia rela gembira untuk saya walaupun hatinya sedang berdarah derita
Dia sentiasa sabar walaupun saya memaling muka daripadanya 
Dia berusaha mengapai tangan saya walaupun saya berusaha mengapai tangan orang lain
Dia berusaha menyemai cinta suci dalam hati saya 
walaupun saya berusaha mencari cinta baru yang lain
Dialah insan utama hati saya
Dialah insan mulia di hati saya
Dialah cinta utama saya
dan syurga adalah di bawah telapak kakinya
Dialah ibu kesayangan saya 






Selamat hari lahir kepada JAMALIAH HAJI SAAD~ saya sentiasa berdoa semoga mama panjang umur, murah rezeki dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang mulia dan disayangi ALLAH. Amin. Semoga mama saya sentiasa gembira dan tidak pernah kenal putus asa dalam melayan anak-anaknya :) ILOVEYOU MAMA <3 <3 <3 kasih sampai syurga~

2 comments:

Anonymous said...

oh
hepi besdey kepada mak ko

LyaLuna said...

trima kshhhhh :)