Tuesday, 17 May 2011

bila hati berdoa dan berharap


ASSALAMUALAIKUM

kepada : Dia
daripada : hamba Nya
mood : pasrah

Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku dan aku tercipta buatnya
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan miliku
dan aku bukan buat dirinya
Bawalah kami jauh dari pandangan masing-masing
Luputkanlah kami dari ingatan masing-masing
Dan peliharalah kami dari kekecewaan
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah kami kekuatan
Melontar bayangan masing-masing jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah agar kami bisa bahagia
Walaupun tanpa satu sama lain
Dan ya Allah yang tercinta
Gantillah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak lagi bersama

Ya Allah ya tuhanku
Pasrahkanlah kami dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat kami
kerana Engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat segala hambaMu 

Ya Allah
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemelihara kami
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari segala hamba Mu yang daif ini
Jangan engkau biarkan kami sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan kami kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah kami pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah pada kami keturunan yang soleh



Sunday, 15 May 2011

tak faham


ASSALAMUALAIKUM

kepada : belia belia *ramai
daripada : belia *sorang je
mood : kalau faham~ anda pemikir masa depan


Rasa tercabar tak bila ada orang lain yang merendah-rendahkan kemampuan kita? Mungkin dia fikir dengan cara dia sarcasim adalah bijaksana, dimana kita akan rasa terbakar dan tercabar sekaligus, kita akan buat lebih baik untuk buktikan kemampuan kita. Well, saya rasa beza orang beza pendapat dan cara kerja. Bila kita terlalu berlembut, orang cakap kita memanjakan mereka dan mereka akan jadi malas. Pendapat tu boleh diterima juga. Namun, bagi mereka yang tersangat lemah dan masih cetek ilmu dalam sesuatu kemahiran, mesti diaorang akan rasa rendah diri dan rasa tak dihargai lansung.


Hamba Allah pernah cakap kat saya, 'Jika kita kasihankan orang itu, kita merosakan orang itu.' Agreed. Faham tak kenapa? Tak paham? Meh sini nak cerita, contohnya,



kawan kita menganggur, tak kerja. Hari-hari datang rumah kita minta duit. Kita yang kaya bin raya lagi mesra kawan, baik hati hari-hari sponser dia makan. Lama-lama dia rosak, dia malas kerja, datang rumah kita dengan muka seposen lagi tak hensem minta simpati dan duit kat kita. Kita bukan sahaja dah meningkatkan kemalasannya malah, meningkatkan jumlah orang yang hidup happy menganggur.


Solution? Bukan nak kedekut or tamak but the best way is to teach orang macam itu cari makan daripada kita beri dia makan. Panjang lebar cerita, kalau korang tak faham juga pergi baca selawat banyak-banyak okay. Tadi intro je, just nak story sikit pasal life right now. Reality life.


Saya rasa budak-budak sekarang sangat malas dan tak sedar diri kot. Sebab most of us sebenarnya dari kecil lagi tak pernah di ajar untuk menghargai masa sepenuhnya. Contoh terbaik yang sepatutnya,


Rasulullah, membahagikan masa dengan sebaiknya. Dia bahagikan 1/3 masa adalah untuk beribadah (berzikir etc), 1/3 masa lagi untuk beristirehat(tidur, keluarga etc) dan 1/3 lagi untuk hal dunia(berkerja etc).


Hebat bukan cara baginda membahagikan masa 24 jam sehari dengan kerja yang sangat tidak sia-sia. Macam mana pula dengan kita? Kebanyakan daripada kita lebih banyak fikirkan hal dunia dari akhirat. Usia dah menginjak dewasa tapi, fikiran kolot, sempit dan tak matang lansung, cakap pun pelat macam budak tak ada gigi. Masa depan di dunia buat-buat macam kabur, dan masa depan akhirat buat-buat macam buta. Seriously, pernah tak kita terfikir untuk sentiasa bersedia bila masa depan kita nanti muncul. Mungkin kita boleh pegang satu pepatah ~


WHEN WE FAIL TO PLAN, WE PLAN TO FAIL


Ramai antara kita tak fikir masa depan. Apa nak jadi pun jadilah. Well, saya tak galakkan pegang pendapat ~just ikut flow. Sebab kalau ikut flow,rosaklah. Impian boleh capai ke? Boleh jadi orang hebat ke? Boleh berjaya ke. Belum tentu lagi betul tak. Cuti dah la 4 bulan, menganggur kat rumah *siapa terasa cepat call saya sekarang, Haha. Memang manusia mudah leka dan suka pada keseronakan bercuti dan hidup senang-lenang buang masa. BETUL. Sila setuju. :P




Pelajar sekarang nak dapat biasiswa dan pinjaman sangat mudah. Benda mudah nak dapat memang lah tak dihargai. Belajar nak tak nak je. Kalau pulun habis-habisan pun belum tentu lagi dapat kerja kan. Iyalah, masalah pengangguran kan semakin membimbangan sekarang. Samada anda bergantung pada kerja atau anda independent sendiri.Faham tak?


Samada anda mencari kerja atau anda bina kerjaya sendiri. 


Simple je. Jika anda dah plan dari sekarang lagi jalan alternative untuk mengatasi masalah, masa hadapan nanti mesti anda akan rasa lega. Biarlah bersusah dahulu sekarang, dan bersenang dikemudian. Betul tak?


Masalah politik sekarang pun memang dah macam apa lagi tah. Fitnah-menfitnah macam seronok je, sumpah sesuka hati macam tak takut dosa tipu kalau sumpah. Seriously, what happen now? Mungkin ramai belia yang  tak minat dan tak nak ambil tahu tapi tahu tak, masa depan negara teletak di tangan kita dan politik sebagai pemacu negara. Banyak kerajaan dah jatuh disebabkan pertelingkahan dalam pentadbiran.


Sekarang dalam Malaysia sendiri dah macam hura-hara, sesama Islam pun nak fitnah sesuka hati. Seronok kot makan daging sedara sendiri. Buruk perangai. Belia sekarang pun dah pening tak tahu yang mana yang auta yang mana yang betul. Pening pening. Rasanya the best solution is kita kena find out sendiri apa yang terbaik untuk negara kita, bukannya percaya pada media massa dan cakap orang lain yang berlagak macam dia tahu semua, sedangkan otak kosong, ilmu cetek tapi cakap besar.




Ini tak masuk cerita harga minyak lah, harga gula la, harga apa lagi nak naik? Semua nak tunding jari kat kerajaan. Dahla, MANJA, subsidi, biasiswa, pinjaman,duit bersara, semua kerajaan dah cuba bantu. Ada anda terima kasih? Ada belia sekarang ni berkhidmat dan berbakti sepenuhnya pada negara? Berapa percent je? Menyedihkan.


Sikit-sikit komplen sana sini. Cuba kalau kita hidup bantu-membantu, tiada perebutan kuasa, tiada fitnah-menfitnah, Belajar bersungguh-sungguh bila dah dapat biasiswa kerajaan and pastikan berkhidmat untuk negara setelusnya. Ni nak suruh pergi PLKN pun banyak alasan lah.

Ini lah rakyat kita, MANJA. Tak biasa susah sikit sebab dah dimanjakan oleh kerajaan juga. tapi bila tak tolong, bising semua.

Nak masuk pulak kes simbah-simbah asid? Penatlah. Dulu main ragut-ragut gedik, sekarang main asid plak. Ingat romantik macam siram pokok bunga ke?  TAK FAHAM LAH manusia sekarang.




CONCLUSION : Belia sekarang jangan banyak main lah, kena banyak fikirlah macam mana nak betulkan balik semua ini. Kalau tak, rosaklah kita, rosaklah negara tercinta kita. :)  with LOVE

Tuesday, 10 May 2011

tersurat tersirat


ASSALAMUALAIKUM

kepada : orang yang dengar nasihat
daripada : orang yang nak nasihat
mood : nak nasihat sikit je



1. Yang Tersurat :
Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Yang Tersirat :
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja…. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.


2. Yang Tersurat :
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu…. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Yang Tersirat :
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.


 3. Yang Tersurat :
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan...Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya... Kamu akan menyesal.

Yang Tersirat :
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…. yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu... Menyayangimu... Mengasihimu.... Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain... Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan menyesal.




CONCLUSION : Sebab saya galgal, saya tak sokong galgal yang konon playgirl. Sangat tak cool. Sila jadi perempuan baik, baru dapat laki baik. InsyaAllah :) so,

to wanita dan gadis-gadis cun~

biarlah tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu
biarlah keayuanmu terpacar dek kerana lemah gemalainya perilaku
biarlah kebijaksanaanmu tepampang oleh tingginya ilmu mu

jangan sesekali kau lupa setianya mashitah pada Tuhannya,
agungnya kasih khatijah kepada agamanya
dan pejuangan srikandi agama terdahulu

jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu,
biar kesabaran mu menjadi benteng perjuangan
dan lebarkan imam mu dengan sejuta lapis mehmuda
jadilah wanita paling bahagia

sumber : solihin :)

Sunday, 8 May 2011

bubu d kelabu cat


ASSALAMUALAIKUM

kepada : pencinta kucing
daripada : kucing paling mengada

mood : meow meow


nama saya kelabu aka BUBU

saya suka berlagak

saya suka bajet cool

saya suka main bulu tangkis

saya suka tidur macam sopan

saya suka tidur katil tuan saya

saya suka superman terbalik

saya suka sibuk dalam almari

saya suka kena buli dengan tuan saya

saya suka suka hati la 

habis dah cerita saya. haha. nice to meet all of you. jangan lupa kirim friskis kat saya okay :)

Saturday, 7 May 2011

surat untuk dia


ASSALAMUALAIKUM

kepada : putera
daripada : puteri


           Assalamualaikum, hai awak, apa khabar? Sihat tak? Dah lama saya tak dengar khabar berita awak. Kalau dahulu kala, handphone saya tak pernah sunyi daripada message dan calling daripada awak. Saya tahu awak busy sekarang, saya faham tanggungjawab awak besar terhadap family awak. Malah, saya yakin, perpisahan kita juga mungkin disebabkan bebanan awak yang banyak dalam usaha awak menjadi tulang belakang keluarga awak. Saya sebenarnya kagum dengan awak, awak seorang anak yang baik dan bertanggungjawab. Awak tak pernah alpa dan lalai dalam menyayangi dan mengutamakan keluarga awak berbanding kepentingan yang lain. Saya pasti, jika arwah ayah awak  masih ada, dia juga tersenyum bangga dari kejauhan melihat anaknya memimpin keluarga yang dicintai.


            Tiada apa yang ingin saya ungkapkan di sini, cuma saya ingin memohon maaf sepanjang perkenalan rapat kita dahulu. Saya sedar, dahulu banyak dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. Sememangnya saya sedar semua itu tapi, manusia sememangya makhluk Allah yang mudah lupa dan tidak reti bersyukur apabila gembira. Nafsu sentiasa bermaharaja lela dan bisikan syaitan seperti ajakan yang sangat menyeronokkan. Walaupun begitu, setiap benda yang terjadi, saya yakin ada hikmahnya. Allah menguji kita. Walaupun kita kecundang pada mulanya dengan ujian itu, tapi akhirnya kita berjaya juga perbetulkannya. Bagi saya, orang yang rugi dan gagal adalah orang yang sentiasa hanyut dalam keseronokan dunianya sendiri dan apabila dia jatuh, dia tidak mampu untuk berdiri kembali. Tapi, bagi saya, orang yang pernah melakukan kesilapan adalah orang yang lebih kuat berbanding orang yang tidak pernah ditimpa sebarang masalah atau kesilapan yang mampu mengajarnya erti kesyukuran dan keinsafan.  Pesanan awak kepada saya dahulu masih segar dalam kotak fikiran saya,


jangan sayang saya
 melebihi sayang kepada Allah SWT
jangan sayang saya
 melebihi sayang kepada Rasullullah SAW
jangan sayang saya
melebihi sayang kepada keluarga
jangan sayang saya
 melebihi sayang kepada diri sendiri


           Mungkin surat ini pada awak, tidak membawa erti apa-apa. Awak juga selalu cakap, yang lepas biarkan berlalu. Betul, saya bukanlah ingin mengingat perkara yang silam tetapi, hal yang lalu itulah yang menjadi pegangan untuk dijadikan pengajaran pada masa hadapan buat diri saya sendiri yang masih cetek akal dalam mengharungi dunia Allah yang penuh dugaan ini. Di sini juga, ingin saya nyatakan, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang menjadi sebahagian hidup dan hati awak walaupun buat seketika waktu. Sejujurnya, saya berasa amat gembira bersama-sama awak dahulu. Saya rasa sayalah orang yang paling bertuah kerana telah berjaya menarik hati awak dan berdamping dengan awak selalu. Sekali lagi, walaupun tidak kekal lama semua itu, saya tetap bersyukur.


          Saya percaya, Allah sememangya ada perancangan yang tersendiri buat kita yang mungkin kita tak akan fahami dan tidak pernah sangka. Untuk pengetahuan awak, saya tak pernah menyimpan dendam dengan awak, walaupun sebanyak mana kesakitan yang saya rasa dan tekilan dengan tingkah laku dan perbuatan awak. Mungkin benar, cinta itu buta. Disebabkan buta itu juga lah, ia mampu menenggelamkan harga diri dan kemanusiaan. Selama saya dengan awak, saya tak pernah berlaku tidak jujur, malah saya sayang akan awak seikhlas-ikhlasnya dan hanya Allah sahaja yang tahu betapa banyaknya cinta yang saya hulurkan untuk awak. Demi Allah, dalamnya cinta saya kepada awak tidak mampu saya perlihatkan kepada awak dan mungkin awak sendiri tidak percaya.


 Saya gagal melupakan awak
bukan bermakna saya masih memerlukan awak
saya gagal mencari penganti awak
 bukan bermakna saya tidak membuka hati saya untuk yang lain
 saya gagal melenyapkan kasih saya kepada awak
 bukan bermakna saya mendambakan cinta awak
saya menangis kerana awak
 bukan bermakna saya seorang yang lemah


tetapi semunya kerana saya sayangkan Allah yang telah menemukan saya dengan cinta sejati saya walaupun tidak kekal, saya redha dengan ketentuanNya. Mana mungkin mengalir semudah itu air mata kerana seseorang melainkan saya benar-benar menyayangi hamba Allah itu. Benar, hati saya telah saya kunci kerana saya mengharapkan hadirnya sekali lagi hamba Allah yang mampu membukanya kembali. Seorang yang mampu menerima baik buruk saya, yang mampu menghargai saya, yang mampu membimbing saya dan yang mampu melakukan kesilapan dan perbaiki diri bersama-sama di dunia dan kekal hingga akhirat kelak.


          Saya tak pernah berniat untuk memusuhi awak. Saya manusia biasa yang memang tidak pernah lekang dari melakukan kesalahan dan tak pernah lari dari kekacauan jiwa. Maafkan saya. Saya bukan musuh awak. Saya kawan awak. Saya saudara seIslam awak. Saya tidak layak untuk memutuskan apa-apa tali persaudaraan antara kita. Buruk baik setiap manusia saya terima kerana tiada manusia yang sempurna. Akhir kata dari saya, saya ikhlas dengan setiap pemberian saya dahulu, sememangnya saya menganggap awak sempurna dan terbaik di mata saya. tapi, saya sedar, mungkin saya yang belum cukup sempurna dan tidak layak untuk awak. Saya menyokong setiap keputusan awak. Saya yakin, setiap keputusan yang awak ambil adalah demi kebaikan diri awak juga. Sekian. Salam.

status : trash

Thursday, 5 May 2011

kami sayang smokers


ASSALAMUALAIKUM

kepada : kaki smoking
daripada : kaki tak smoking
mood : caring sangat




Okay, hari ini kita akan membincangkan tajuk smoking. Kaki smoking lah, tak akan mulut smoking pula kan walaupun mulut yang hisap.Haha. Baiklah, kenapa seseorang itu merokok? Kebanyakan daripada kita taw cangat la asal mamat-mamat dan ada juga minah-minah yang hisap rokok, tapi tak apa, mari kita selak lagi sekali sebab-sebabnya :


1) saya stress lah ! *kau ingat kau sorang je stress? pirahhhhhh.
2) saya rasa saya cool ! *kau dah macam paip gas bocor kat umah aku dah.tak cool lansung
3) saya suka lah main-main asap *kau ingat kau bomoh nak main-main asap plak?  
4) saya mencari idea dengan menhisap rokok *rokok tu buat otak kau jadi lembab lagi adala
5) saya lelaki mestilah hisap rokok *kenapa kalau kau tak hisap rokok kau bertukar jadi perempuan ke?


Haha, well seriously, reasons para perokok ini memang pelbagai. Kalau kau suruh dia pilih gf dia or rokok pun, silap-silap ada yang pilih rokok. Hebat betul rokok ni kan. Kenapa? Kenapa rokok itu berbahaya.Saya rasa ramai yang dah tahu ingredient2 dalam rokok tu sendiri so, takpayah la saya nak rungkaikan lagi. Semua ingredient dalam rokok sememangnya berbahaya seperti bahan-bahan bakar, bahan-bahan toksik dan yang sekutu dengannya yang mampu merosakkan hati dan otak anda.Baik kau tunggang je barang tu mentah-mentah lagi hebat. Kalau saya cerita pun, kompem perokok sendiri dah naik mual dengar sebab dorang memang tahu sebenarnya cuma, saje je kan mengada buat-buat tak tahu.ALOLO. nak muntah mengada korang. :P




Tetapi, disebalik kebodohan, kepura-puraan dan kehipokritan anda yang buat-buat tak tahu bahaya merokok ni kan, adakah anda sedar bahawa anda telah turut sama melibatkan nyawa orang lain dalam bahayanya juga?


Daripada kajian Universiti Yota, hasil penelitian mereka menunjukkan sesungguhnya zat berbahaya yang dihisap oleh wanita dari asap cerut orang lain akan beralih ke sel-sel leher rahim melalui darah dan akan mengancamnya dengan jangkitan kanser


Thus, korang ada rasa macam pentingkan diri sendiri tak dengan keseronokan korang hisap rokok tu? Dahla korang berpotensi besar dengan pelbagai kerosakan organ dan penyakit. Ditambah pula dengan merosakkan harapan wanita lain yang sangat meginginkan cahaya mata kesayangan mereka. Wahwah. Betul lah, this is serious matter. Guys, please think about it.


'Apakah senang bila engkau melihatku ditimpa penyakit kanser kerana rokokmu? Sanggupkah?'


Memang benar, rokok adalah sumber ekonomi. Kerajaan atau sesuatu jabatan tidak mampu menghentikan penjualan rokok itu. Tapi, pernah belajar ekonomi tak? Apabila sesuatu barangan itu semakin kurang mendapat perhatian, ini akan menyebabkan pengeluarannya berkuarangan. Apabila semakin berkurangan, lama-kelamaan, tiada lagi barang itu dijual di pasaran. Bila tak ada orang yang nak membeli rokok, tak ada lah orang yang nak menjual nya. see see !


WHEN WE DECREASE THE PRODUCT DEMAND, WE WILL DECREASE THE PRODUCT SUPPLY AS WELL.


Tak percaya pergi cari graph dia. HAHA. :) This is what we call kuasa pembeli. yes! Kita sebagai pembeli sangat berkuasa, apa-apa kesalahan pembeli ke, barangan ke, jualan ke, penjual tak senonoh ke, penjual pakai make up over ke, semuanya kita mampu lakukan sesuatu tindakan. Hari tu saya tengok buku Law, perrrrgggh. Salah sikit pun boleh saman macam-macam. Hebat oh pembeli ni.


non-smoking heart VS smoking heart yucks


Sebenarnya, kami perempuan sangat caring lagi penyayang kepada smoker sekalian. Tahukah anda, umur para perokok juga lebih pendek dari para tak perokok. Maka, kami perempuan sangat tak mahu kalian mati cepat dan bertemu Ilahi, memandangkan amal ibadat korang pun belum cukup banyak lagi untuk dihitungan. Tak malu ke banyak dosa? Lepastu tambah dosa dengan merosakkan diri sendiri yang Allah dah cipta dengan sebaik-baik ciptaan.


Anda memang tak reti appreciate ciptaan Allah. Sama seperti perumpamaan, memberi bunga kepada beruk. Andalah beruknya. Allah ciptakan anda sangat istimewa sehingga malaikat pun tunduk memberi hormat kepada Nabi Adam. Anda tu pula, dah cantik, hensem, comel lotey, then anda hitamkan hati anda dengan arang, asap, racun,minyak,tar sampai hitam bin legam yekk, tak ada siapa kenal hati anda dah.






CONCLUSION :  kalau ada orang yang tegur anda supaya anda stop smoking, janganlah tengking balik or marah. Actually, orang itulah yang paling sayang anda. Kalau orang tu ajak anda smoke, orang itulah yang nak sangat tengok anda mati cepat kot. Saya yakin anda mampu berubah, sama ada anda mahu atau tidak je.

Janganlah anda menzalami diri anda lagi, perbuatan menzalimi diri sendiri dah termasuk dalam benda-benda HARAM dah pun. ALLAH tak suka taw. Jika anda sayang  Allah, family anda, isteri anda, anak-anak anda, kawan-kawan dan diri sendiri, dah boleh stop hisap rokok dan hisap rocky plak lepas ni. COMEL nya, hisap rocky eh. Siap boleh share dengan gf and orang lain lagi tu. Kalau kau share rokok dengan gf, memang penyepak lah kau dapat. Share rocky dapat sayang. Well, SHARING IS LOVING. haha :)

semoga teguran dan nasihat yang baik diterima.Amin <3