Tuesday 26 April 2011

mummy yummy


ASSALAMUALAIKUM

kepada : anak-anak
daripada : ibu

mood : keibuan


Disebabkan mood swing and mood exam tak sudah lagi, mood pelik-pelik memang suka masuk campur. Hari ini Cloud9 tak nak makan coklat tapi nak cerita pada anak-anak sekalian. Dah lama dah practise cakap dengan anak-anak kucing sampai dia tidur berdengkur. Dengan anak-anak ikan pun dah pernah try, diaorang tepuk tangan suka.

Ibu ada cerita best nak cerita, ini kisah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Ada sebuah keluarga yang hidup secara sederhana di padang pasir yang panas lagi tandus. Walaupun kehidupan mereka boleh dikatakan susah namum, mereka tidak pernah merungut tapi, mereka sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang mereka peroleh walaupun hanya cukup untuk makan dan pakai harian sahaja. Suaminya kerap merantau untuk berdagang dan berniaga di bandar dan terpaksa meninggalkan isteri dan dua orang anaknya yang tercinta.

Ibunya bekerja sebagai guru untuk membantu menampung kehidupannya dan anak-anaknya yang masih kecil. Rumahnya tidak pernah sunyi daripada kehadiran pelajar-pelajarnya yang sangat teruja untuk menuntut ilmu dengannya. Walaupun rumahnya kecil, namun pelajarnya tidak pernah merungut malah, sanggup menyempit hingga ke luar rumah untuk mendapatkan ilmu yang dimiliki olehnya. Dia tidak pernah mengharapkan bayaran yang tinggi daripada pelajarnya, cukuplah dengan niatnya untuk menyebarkan ilmu supaya kekal dan diamalkan.



Hari bersilih ganti, namun suaminya masih juga tidak pulang. Dia tidak pernah penat menjengguk ke luar jendela jikalau kelibat suaminya kelihatan namun disangka pelangi, rupa-rupanya panahan petir yang mendatang. Saudagar dari bandar telah menyampaikan berita kehilangan suaminya ketika ribut pasir yang melanda beberapa hari yang lepas. Dia terduduk dan air matanya mengalir perlahan sambil memandang dua anak gadis comelnya yang masih tidak mengerti apa-apa.

Dia tekad meneruskan hidup walaupun tanpa suami yang tercinta demi masa depan anak-anaknya. Dia mengajar anak-anaknya ajaran Islam yang sebenar, mempraktikan sepenuhnya ajaran Islam dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam menyebarkan ilmu. Walaupun dalam dirinya sentiasa berasa rindu yang amat sangat pada suaminya dan terasa sangat mencabar kehidupannya kini dalam membesarkan anaknya seorang diri, namun dia tidak pernah cepat melatah. Dia yakin, Allah sentiasa ada dalam membantu meringankan bebannya.

Dia melakukan kerja lebih seperti menjahit baju, mengembala kambing, bercucuk tanam dan menjualnya di pasar bagi menampung kehidupan anak-anaknya. Semakin hari semakin mencabar kehidupannya, tubuh badannya mulai lesu kerana kerja keras dan anak-anaknya yang sudah besar sudah merantau untuk menyambung pelajaran mereka. Tinggallah si ibu keseorangan di rumah usang mereka. Setiap hari dia menjenguk ke luar jendela, menantikan kepulangan anak-anaknya pula namun, tiada juga.


Keletihan yang terpapar di mukanya 
mana mungkin hilang disembunyi senyumannya
kerinduan di hatinya kepada suami dan anak-anaknya
 mana mungkin dapat disembunyi oleh senda guraunya
kepahitan yang dilaluinya 
mana mungkin disembunyi oleh tawa riangnya


Sedang dia menyidai baju di ampaian seorang diri, kelihatan bayang-bayang hitam melalui depannya. Senyuman manis terukir di bibir seorang ibu mithali. Dua anak gadisnya yang cantik bertudung litup berwarna kuning puding sedang tersenyum manis mengukir senyuman kepada ibunya yang tercinta. Akhirnya anaknya pulang juga kepangkuan ibu yang telah lama menanti kehadiran mereka. Air mata seorang ibu gugur juga akhirnya dalam dakapan anaknya yang tercinta. Ibunya berkata, 'ibu rindu sangat pada anak-anak berdua'. Anaknya menjawab pula, ' Mana mungkin kami melupakan ibu yang telah bersusah payah membesarkan kami dan mendidik kami dengan sempurna ini.Ibulah segala-galanya kepada kami '




CONCLUSION : sayangilah ibu anda yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan anda. Percayalah, ibu sememangya berhati lembut dan anda boleh berkongsi apa sahaja dengan ibu anda. Tak percaya tanya ibu saya :P Okay, sila tidur sekarang anak-anak, ibu dah habis cerita. BTW, saya rindu mama saya !!!! <3 end

6 comments:

Theye said...

1 2 3..
krogh3!!!!

tido dn bgn balik..
mn dpt cerita nih??

LyaLuna said...

yayyy! berjaya. beshh tak ibu cerita??? pnt prctise taww.. :P cerita ini hasil tulisan bersama-sama cik kisses, sik cloud9, cik ferrero,cik snikers. wahh, ramai plekk :D

Theye said...

yum3..rs mcm nak makan2 jer segala cik3 yang dr cloud9 sbeut tuh

LyaLuna said...

dr theye mmg ske coklattt. saya mmg taw cgtt !! :P

Zaza said...

Salam ziarah dr UK.
x sanggup nk bace. sbb takut nnt nangis.. hihi

LyaLuna said...

salam zaza. ala yeke.bcela. pnt sy bwt entry neiii. syg ibu2 smua:)