Tuesday, 26 July 2011

jangan kahwin sukahati


ASSALAMUALAIKUM



Siapa sokong kalau kahwin ibubapa yang aturkan? Mengaku sekalang jugak looo. Tadi saya ada baca perihal rumah tangga Jimmy Shanley yang comel kiutmiut kat SINI. *sibuk betul dengan tangga orang lain* Bia lewwww, boleh ambil iktibar dan jadikan pedoman hidup kan kan kan. Heeheee


KENAL HATI BUDI

Ada sesetengah kahwin paksa yang berjaya tapi ada juga yang tak berjaya sebab apa? Sebab tak kenal hati budi dan perangai masing-masing dulu. Sorang suka makan pedas, sorang suka makan manis. Dah berebut nak letak cili ke tak dalam masakan kan. Itu kalau hal makan, kalau hal sosial pula, sorang ajak pergi masjid, sorang lagi ajak pergi clubbing. Belah dua lah badan baru fair and lovely kan kan kan? Bila berbeza perangai yang terlampau dan dua-dua keras kepala dan tak mahu mengalah, itu yang jadi cerai burai tu.


SAMA TARAF

Dalam agama sendiri ada mengatakan. Kahwinlah perempuan itu kerana agamanya, keturunannya, hartanya dan kecantikannya. Extra, kahwin yang sekufu atau setaraf. Yes, saya tak nafikan berbeza status dan taraf bukan hal utama selagi ada sayang dan persefahaman. Tapi, bagi mereka yang pentingkan status, maruah dan air muka mereka menolak mereka yang tak setaraf mereka. Sorang cerita emas dalam bank, sorang lagi cerita lembu kat kampung. Macam kucing meoowwmeooww cakap dengan anjing woffwofff, lastlast bercakaran.




SUSAH SENANG BERSAMA-SAMA

Berbeza dengan mereka yang dah pernah kenal lama atau couple, mereka dah lama bersusah-senang bersama-sama. Bagi mereka yang baru kenal setahun jagung dan terus kahwin, mereka tak biasa bersusah-senang bersama tu sebab sebelum ni mereka bersukaduka seorang diri. Bila ada yang care, dorang rasa pelik, bila ada yang merajuk, dorang buntu, bila ada yang melenting, ada pula yang naik tangan. Haaaaaa~ Kalau time couple, boleh lah break up. Tapi, kalau dah kahwin, isteri dah tak mahu, suami masih mahu jadi suami tak nak ceraikan isteri, dah isteri terseksa sebab lafaz cerai kan kuasa pihak lelaki je.


GAYA HIDUP

Kalau dah kenal lama, dah tahu kalau pasangan tu gila bola atau gila PS II. So, tak adalah culture shock sangat kalau dia buat tak layan bila excited dengan kawan-kawan dia sampai pergi Stadium Bukit Jalil tengok Chelsea lawan Harimau Malaya. Ataupun, dia mengadap laptop tak kelip mata layan blogging. HEHE. Compare to pasangan yang baru kenal, kadang-kadang tak reti nak handle macam mana pasangan tu dan gagal terima gaya hidup seorang lagi yang pelik atau dia fikir tak masuk akal. Kalau dah kenal lama, dah masak dah dengan perangai mengarut dia tuhhhtuhhh kan !!  >.<



BELAJAR PERBAIKI KEADAAN

Mereka yang dah biasa bersama-sama adalah lebih bijak handle masalah kalau tercetusnya perang bersaudara antara mereka. Contohnya, time berkawan dulu, pernah gaduh dushhdushhh. Salah sorang memang jenis yang berdiam diri dan lebih suka biarkan sorang lagi yang selesaikan. So, bila dah kahwin tahu lah salah sorang ni supaya dia yang patut mulakan pergerakan damai dahulu. Kalau tak kenal lama, mesti tak tahu macam mana nak solve kan problem dengan dia kan. Paling jangan lupa, dalam sesebuah hubungan tu, masing-masing kena belajar perbaiki diri sendiri dan terima baik buruk sama-sama. Bukannya sekali gaduh, buang dia terus. Perbaiki diri bersama-sama tulewww kenangan yang paling berharga bersama-sama tahuuuu !! ^^,


So, macamnyewww ewww nak KAHWIN PAKSA
or KAHWIN LARI?
ke tamoo kahwin??? 
HAHA.

Yang penting kena kenal orang yang akan 
bersama-sama kita seumur hidup itu 
Jangan judge seseorang tu 
sewenang-wenangnya


Ingat KITKAT yang berbungkus cantik tu, 
semua shedappp yumyumm ke??
Ingat kerepek pisang yang tak dibungkus itu 
semuanya tak rangup ke??

:)

6 comments:

ann dhaniah said...

sokong2..eh jap2..suke jimmy ek? letak gambar jimmy je ;p

I do I need Iman said...

tapi tak jugak dear. kadang kdg. bertahun lamenye kapel. last last cerai bila dah kwin. kejap jea.

kdg kdg xslah tak kenal dulu.
kawin dulu baru bercinta. aslkan haty ikhlas insyllh Tuhan mesty tlg punya.
sunnah Nabi kan. xsmue yg bginda kawin dye kenal sgt kan.
keredhaan dan keikhlasan penting ;)

yanadimple said...

ann dhaniah : heeheee takdelah sy bru pas bce psl umah tgga jimmy. so sy mcm kesian kt doranggg. salu je artis kawen mcm2 hal ceniii. aduyaiii.

yanadimple said...

i need iman : betul2. mcm2 hal jd skunk nii. tp yg pentg bg sy la kan, sblom kawen mmg kne knal dlu ngn spe kte kawen tu. jgn ikut or ltk 100 prcent kputusan d tgn parent je sbb kta yg akn kawen kn. well, persfhmn n tlk ansur dlm hbgn sgt penting. tp, kalau sblh pihk je yg pthnkn hbgn tak kan lama jgkk. dunia pkhwinan sgt mncabar n perlukan pngrbann :) kn kn kn

cheqwa said...

saya nak cari boyapren tapi takot kena tipu.kalo nak harAp pilihan ma abah,takut xsuka plak.hahaha.demand* ;D

yanadimple said...

cheqwa : bleyje na cri bf. tp lg btter klu flirt/scandal dlu. lg sng kwn biase. knl hati budi betul2. kalau betul dye jdoh awk. kompem awk akn jmpe dye lg skali. if na ma abh awk yg crikn pon oke, but mke sure awk meet up dlu ngn org tu. myb dtg uma awk, jmpe prent awk sume bnyk2 kli dlu. den, rse okay cntinue la ^^, yg pntg kne jmpe n knl dlu ok